.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Hadiah ulangtahun perkahwinan



Sempena Ulang tahun perkahwinan yang ke 4, Mr Hubby telah menghadiahkan aku sepasang Kuda Laut. Bukan yang hidup tau, tapi yang kering, yang hidup bukannya senang nak jaga. Yang ini dari specis yang lutsinar semasa ianya hidup, bukan senang nak dapat. Dengar macam biasa jer kan? apa lah istimewanya kuda laut. Alahai kuda laut sekarang ni bersepah, kat mana2 pun boleh beli, cuma yang jadi istimewanya bila kita tahu satu fakta tentang kuda laut ni. Dan fakta itu telah menyentuh naluri keperempuanan aku.

Apakah fakta itu?

  • Keunikannya, kuda laut adalah pasangan yang setia. Kebanyakan spesies dari Kuda Laut dikenali merupakan pasangan sehidup semati. Mereka hanya akan kawin dengan pasangannya. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi di dalam dunia ikan, dan jika ada diantara pasangannya mati, maka yang satu lagi yang masih hidp tidak akan mencari pengganti, dan akan menghabiskan sisa2 kehidupannya dengan berenang2 disekitar tempat pasangannya menghembuskan nafas terakhir. ( sedih ni...sangat emo T____T)


Sebut tentang kuda laut, tak ada yang pelik, rata-rata ramai yang tahu tentang specis kuda laut ini, tapi ramai yang tak tahu tentang fakta kuda laut.

Fakta:

  • Kuda laut adalah jenis ikan yang hidup di laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae. Haiwan dengan ukuran yang bervariasi antara 16 mm (untuk spesies Hippocampus denise) sampai 35 cm ini dapat ditemukan di perairan tropica dan menengah di seluruh dunia. 

  • Kuda laut merupakan satu-satunya spesies yang jantannya dapat hamil. Tetapi bukan berarti yang jantan yang mengeluarkan telur. Namun, telur tersebut tetap dihasilkan oleh betina. Tapi disimpan oleh yang jantan dalam perutnya untuk disimpan dan dijaga antara 10 hari hingga 6 minggu hingga telur menetas. Kemudian kuda laut dilahirkan bapaknya, dalam erti lain telur-telur yang dihasilkan ibu kuda laut dipindahkan ke kantung perut sang bapak sekitar tiga mingu telur-telur kuda laut yang jumlahnya ratusan akan tinggal dalam perut sang bapak.
    Pada minggu ketiga satu persatu kuda laut-kuda laut kecil akan lahir dan tumbuh dewasa menjadi kuda laut-kuda laut yang cantik. Kuda Laut jantan memerlukan waktu sekitar 30 minit untuk melahirkan anak-anaknya. Dalam sekali masa melahirkan, dapat mencapai jumlah 15 hingga seribu ekor, tergantung pada jenisnya.

  • Sirip dorsal pada kuda laut terletak pada bagian bawah sedangkan sirip pektoralnya terletak pada bahagian kepala, berdekatan dengan insang. Beberapa spesies kuda laut berwarna transparent. sehingga tidak mudah terlihat. Populasi kuda laut terancam kerana penangkapan yang berlebihan. 

  • Kuda laut dimanfaatkan pada herbologi tradisional Tiongkok dan sebanyak 20 juta kuda laut telah ditangkap setiap tahunnya untuk keperluan ini.

  • Kuda Laut memiliki 50 jenis berbeda di dunia. 

  • Bayi-bayi Kuda Laut terlihat sangat mirip dengan induknya, kecuali dalam hal ukuran. Dan yang lebih menarik lagi, mereka akan mampu mencari makan sendiri setelah dilahirkan. 

**Symbol / motif : semoga cinta aku dgn Mr Hubby akan menjadi seagung cinta kuda laut pada pasangannya, setia hingga bila2.


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM