.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tragedi 13/06/2010 (part1)

13/06/2010 jam 9.pm-9.30pm.
Dalam perjalanan balik dari seremban aku dgn Hubby aku melalui highway PLUS. Sampai dekat dengan susur keluar Subang Airport dengan kelajuan lebih kurang 100km/sjam, kereta Satria milik kami (chenta) tiba-tiba mengeluarkan satu bunyi yang aneh, seperti sedang menyeret besi. Dengan rasa cuak dan berdebar aku telah memberitahu Mr Hubby " abg tayar kete meletup" lalu dijawab oleh Mr Hubby "aah tayar meletup" sambil Mr Hubby terus cuba mengawal keadaan Chenta pada kelajuan tersebut dengan harapan ianya akan stabil dan mampu berhenti dengan keadaan selamat, malangnya Chenta gagal dikawal pada kelajuan tersebut ditambah dengan kegagalan tayar Chenta yang meletup itu menjadikan Chenta gagal dikawal dan telah melambung terbabas ke pembahagi jalan. 2 kali kereta tersebut berpusing sebelum ianya tersadai.

Sebaik Chenta berhenti aku mula merasai sesuatu benda yang panas telah mengalir keluar dari arah mata ku, aku turunkan cermin yang terletak di penghadang matahari dan melihat kecederaan aku, dan aku terkejut bila mendapati mata sebelah kiri aku penuh dengan darah. Namun tiada rasa sebarang sakit dari dalam mata aku, sebaliknya kesakitan teramat sgt terasa disebelah atas mata. beberapa buah kereta telah berhenti untuk melihat keadaan kami dan mereka cuba membantu, sedang aku sudah tidak mampu lagi bergerak kerana keadaan aku yang sgt lemah dengan darah yang tak henti2 mengalir. Dalam keadaan kelam kabut itu ada seorang wanita menuju kearah aku dan bertanya jika ada apa2 kain utk menutup luka aku waktu itu. Sepantas kilat Mr hubby membuka bonet belakang dan mencapai sehelai boxoer dalam beg pakaian kami dan menekap luka dikepala aku. Dalam kesakitan aku aku dapat dengar salah seorang dari mereka telah menghubungi ambulance, dan ada yang mengesyorkan agar aku dihantar secepat mungin dengan kereta mereka, tetapi tiada sesiapa pun yang berani mengeluarkan aku memandangkan keadaan aku yang sgt lemah saat itu, dan mereka khuatir jika ada bahagian2 tubuh aku yang patah.


Inilah keadaan Chenta sewaktu kemalangan

10min kemudian Ambulance sampai dan membawa aku ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahmah Kelang). Sebaik memasuki ambulance tangan kanan aku terus dicucuk bagi memasukkan air supaya aku tidak kehilangan tenaga dan juga pengsan, Terasa tangan Mr hubby tersayang menggengam erat tangan aku sewaktu jarum itu menusuk kedalam urat saraf aku. Dengan kelajuan 140km/sjam  lebih kurg 10 min kami sampai di HTAR. Aku terus dibawa ke bahagian kecemasan, dan mereka mula membuka balutan yang telah dibuat keatas aku sewaktu didalam ambulance, dan mendapati ada kecederaan dibahagian atas mata. Dengan kadar segera aku telah diberikan suntikan Tetanus bagi menghalang kancing gigi berlaku dalam keadaan aku sakit, juga satu satu suntikan bagi mengurangkan kadar kesakitan aku. Jarum pertama yang disuntik bagi memasukkan air kedalam badan aku tidak masuk dengan sempurna menyebabkan urat ditgn kanan aku membengkak, lantas mereka terpaksa mencabut jarum tersebut dan mencucuk satu lagi jarum baru ke tangan kiri aku bagi memasukkan air kedalam tubuh aku. Alhamdulillah jarum itu dapat masuk dengan sempurna.



Keadaan aku sebaik tiba di Emergency HTAR

Bila pemeriksaan di jalankan mereka mendapati aku gagal menggerakkan bahagian kiri tubuh aku, lantas x-ray perlu dijalankan keatas aku, dengan sepantas kilat mereka terus membawa aku ke bilik x-ray dan hasil dari x-ray tersebut mereka gagal mengesan sebarang kecederaan dibahagian tubuh aku, Tetapi memandangkan aku masihs  sakit dan gagal untuk menggerakkan tubuh sebelah kiri aku maka MRI ataupun CT Scan perlu dijalankan keatas aku, lalu sekali lagi aku ditolak ke keluar dari bilik kecemasan menuju ke bilik scanning, Sepanjang segala ini berlaku MR Hubby selalu berada disisi aku. Terima kasih abang............. T___T. 

Dalam menunggu segala keputusan ini dibuat dan pemerikasaan dilakukan ada satu peristiwa yang sgt MENYENTUH HATI AKU T_____T. Pundi2 kencing aku penuh, aku tak tahan tetapi dalam masa yang sama dengan leher aku dipasungkan dengan 'collar' aku tidak dibenarkan untuk berjalan, maka mereka mencadangkan aku agar memakai tiub bagi membunag air kencing, tetapi aku berkeras tidak mahu dimasukkan tiub lantas dengan penuh kasih dan sayang Mr Hubby yang sebelum ini sgt aku kenali dengan sifat pembersih dan penjijiknya telah menawarkan diri agar menampung Urine Board untuk aku. Agak terkejut dengan tawaran dan kelakuan Mr Hubby, tapi itulah dia bila org yang disayangi berada dalam keadaan sedemikian, maka segalanya mungkin berubah. Selepas segalanya keluar Mr Hubbylah juga yang telah membersihkan segalanya, hanya kerana aku berkeras untuk tidak menggunakan Urine tiub. Ya Allah selama ini aku sgt berburuk sangka terhadap Mr Hubby, aku sangkakan jika aku yang sakit beliau tidak akan mampu menjaga aku seperti aku menjaga beliau sewaktu sakit, tapi tanggapan itu meleset.

Hasil CT Scan mereka mendapati ada sedikit perkara luarbiasa dibahagian belakang tubuh aku ( ini adalah hasil Transplant aku 5 tahun yang dulu) dan aku memang tidak mahu memberitahu hal ini kepada pihak HTAR, kerana aku tahu andai aku ceritakan segalanya makan keadaan aku akan menjadi semakin rumit. Maka aku diperintahkan untuk dimasukkan ker ICU. Sedihnya Mr Hubby tidak dibenarkan untuk menemani aku. Dalam bilik ICU aku dikawal dengan begitu rapi. Dan yang paling menyedihkan bila mereka memasukkan juga tiub bagi memudahkan aku untuk membuang air kecil. Terlukis diwajah Mr Hubby kesedihan dan kerisauannya bila dia tidak boleh menjaga aku. Dia cuma dibenarkan masuk dan melihat keadaan aku setiap 3 jam sekali...... (maaf gagal mendapatkan gambar dalam bilik ICU)....

Bersambung part 2 nanti >>>>> nak rehat dan tido..... rindu nak kena feluk dgn Mr Hubby


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM