.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Segalanya

Syukur Alhamdulillah, aku masih bernafas sehingga hari ini, masih mampu mengukir senyuman walaupun dalam senyum itu ada luka, ada kesedihan yang tidak terpapar. Pagi ni aku agak terusik, sangat terusik bila aku menghubungi seorang teman yang baru sahaja aku kenali melalui seorang teman yang lain.

Disini aku namakan dia sebagai sue. Sue baru berusia 30 tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel berusia 3 tahun. Sue baru disahkan mengidap barah payudara peringkat awal stage ke 2. Sue telah melakukan 6x cheymotheraphy. Bila sahaja aku mengetahui tentang wanita istimewa ini, hati aku tergerak untuk menghubungi nya, untuk berkongsi banyak perkara dengannya.




Berasa takut untuk pejam mata bila nak tidur, itu lumrah, kita takut sekiranya kita tak akan mampu untuk celik pada keesokan harinya, Bila pandang wajah org yang kita sayang, kita sedih yang kita akan meninggalkan mereka, kita takut sekiranya kita tak mampu mendampingi dan menemani hari2 mereka, bila org2 disekeliling menghulurkan bantuan pada kita, kita rasa diri kita 'useless' kita anggap kita beban pada mereka, bila kita ditanya " boleh ker sembuh" kita sebenarnya sedang terpekik terlolong dalam hati mengatakan "aku tak nak mati", Bila kita ditanyakan "ada harapan ker?" kita sebenarnya menjerit dalam hati mengatakan "bantulah aku untuk memberi harpan baru" tapi sayang segala itu kita pekikkan di dalam hati, sebab org tak akan dengar & memahaminya.

Segala ini telah aku lalui 6 tahun yang lampau. Sebaik Doc mengesahkan tentang aku mengidap 'bonemarrow cancer' sejak itulah hari2 aku menjadi suram, menjadi kelam, menjadi malap, tapi aku sedar dgn berperasaan sedemikian ia tidak akan membantu aku apa2, sebaliknya akan menjadikan keadaan aku bertambah teruk. Jujur aku ingin bertanya, pada mereka yang mengenali aku, pernah berjumpa dengan aku, nampak tak korang aku seperti bukan salah seorang pesakit cancer? Malah ramai yang tidak tahu aku mengalami sakit itu sejak sekian lama. Itu lah aku!!! Aku bersyukur kerana aku diberikan tangan2 yang banyak membawa aku keatas, walau dalam masa yang sama, banyak jugak kaki2 yang sedang memijak aku kebawah.

*sign* bukan senang untuk aku buka kembali lembaran ini, cerita ini, sebab jika boleh aku ingin tutup terus buku ini, tidak mahu mengingatinya, kerana ia terlalu pahit.Tapi demi seorang Hamba Allah yang memerlukan kekuatan yang sama, cuma mereka yang mengalami yer sahaja yang faham, aku rela membuka sehelai demi sehelai cerita ini, jika itu harga kepada kekuatan yang boleh dia perolehi. Aku katakan pada sue, "u got to be strong" pandang anak kecil u, katakan pada diri u, yang u perlu hidup sekurang2nya sehingga esok untuk tengok dia tersenyum sepanjang hari, dan esok katakan lagi perkara yang sama pada diri, dan lakukannya perkara ini selagi kita bernafas. Inilah salah satu rawatan minda yang aku pelajari, bagaimana melawan kesakitan dengan kekuatan yang kita ada.

Bagaimana aku mengatasi ketakutan dan gantikan dengan keceriaan ini? Insyaallah aku akan ceritakan nanti.

**hari ini aku akan memulakan perjalanan untuk ke Pantai Timur, menemui sebahagian dari diri aku di sana. Rindu lama tak jumpa dia **

Doakan perjalanan aku selamat, dan semoga selamat sampai agar aku mampu kongsikan sedikit kekuatan pada mereka yang memerlukan.




signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM