.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tragedi 13/06/2010 (part4)

Bila ditinggalkan seperti biasalah hati aku berasa sayu, sunyi, tambah bila menjelang waktu makan tengah hari. Melihatkan org lain semua ada keluarga yang datang, sedangkan aku seorang diri. Menunggu Mr Hubby datang untuk menjemput aku rasanya waktu berjalan terlalu perlahan.

Disebabkan rasa tidak sabar untuk keluar dari wad, aku sendiri telah menjelaskan semua bil untuk rawatan aku, nasib baik Mr Hubby awal2 dah meninggalkan duit. Dengan senang hati aku cuma menunggu mereka datang menjemput aku. Hampir jam 3.30pm bayang Mr Hubby dan mohdhairihassan.com masih tidak kelihatan lagi. Aku mula lah resah gelisah, tak sabar nak balik rumah. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Dalam kepala memikirkan macam manalah keadaan rumah aku saat ini? mesti macam tongkang pecah.

Dalam masa menunggu itu bakal room mate mohdhairihassan.com ada menelefon aku, dan kami sempat bersembang. Jam 4pm Mr Hubby muncul, dengan sepantas kilat aku angkat kaki. Tak sabar rasanya nak melihat dunia kat luar. Terasa semacam didalam penjara bila duduk hospital.







Sebaik meninggalkan perkarangan hospital kami berempat telah menuju ke Subang Jaya bagi melihat keadaan kereta, dalam masa yang sama mengambil segala barang yang tertinggal di dalam kereta. Tiba aje di perkarangan workshop tersebut aku sendiri bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Memandangkan keadaan kereta tersebut aku bagaikan tidak percaya bahawa aku masih hidup, masih bernafas. Syukur Ya Allah.





Mr Hubby sibuk mengutip barang2 dalam kereta dan aku sempat merakamkan kesan2 darah akibat kemalangan malam itu, dan sempat  aku rakamkan gambar tayar meletup yg menjadi punca kemalangan











Selesai sahaja mengambil segala barang yang ada didalam kereta, kami berempat terus menuju ke Damansara. Nasib baik ada mohdhairihassan.com yang sudi menjemput dan membantu kami bagi mengambil barang2 di Subang Jaya.

Setibanya dirumah, aku terus mengeluarkan segala pakaian yang aku pakai pada malam kejadian termasuk juga boxer Mr Hubby yang menjadi kain pelekap kepala aku sewaktu kemalangan berlaku. Aku sendiri agak terkejut melihatkan kesan darah pada jeans, baju dan tudung yang aku pakai. Sesungguhnya Allah masih menyayangi aku













Dan bila sahaja aku buka blog dan FB aku setelah beberapa hari aku tidak online, aku agak terkejut dengan  kata2 semangat dan doa, juga simpati yang ditujukan untuk aku, pastinya aku bersyukur kerana masih lagi mampu untuk membaca segala luahan teman2 dan masih mampu membalasnya.

Saat itu aku teringat kata2 seorang blogger " kak tash saya tak boleh nak bayangkan andai satu hari nanti wall di FB saya pula yang akan dipenuhi oleh ucapan2 takziah dan Al-fatihah" Syukur aku masih mampu membalas kata2 teman dan sahabat yang ditinggalkan di wall FB aku.Lebih mengejutkan sebaik aku membuka blog, aku lihat banyak dikalangan teman2 blogger yang membuat entry tentang aku. Terima kasih kepada kamu semua. Tak sangka korang begitu mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku.


Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka2 dibawah diatas entry istimewa mereka
Daydeck
Hairihassan
Fateha
Hana
CikHel
Pojie Pooh
CikLilyPutih




 ** buat masa ini keadaan kesihatan Natasha masih lagi tidak begitu baik. Leher masih tidak boleh dipusing ke kanan dan ke kiri, bahu masih sakit, kepala masih lagi berdenyut2**


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM