Berderai laju air mata ini membaca satu entry yang aku secara tidak sengaja membacanya. Emo dan tersentuh hati aku teramat sangat.Jika aku yang tidak pernah mengenali arwah secara peribadi pun amat2 terasa akan kesedihan itu, apa kan lagi jika mereka yang dekat dan selalu bermesra dengan arwah.
Pada 4hb Mei 2010 aku ada menulis satu entry (klik disini) mengenai permergian arwah, kepulangannya kembali kepada Pencipta. Secara peribadinya aku memang tidak mengenali arwah, cuma aku selalu jugak masuk ke blog arwah. aku suka cara penulisan arwah yang bersahaja dan gurauannya dalam menbalas komen2 pembaca.
Tapi pagi ni aku seperti terpanggil untuk membaca blog itu sekali lagi, dari satu entry ke satu entry aku baca, sehinggalah aku membaca satu entry arwah yang membuatkan kepala aku jadi berat dan deraian airmata aku mengalir tanpa mampu aku sekat lagi. Arwah seperti telah merasakan saat pemergiannya 6 bulan sebelum itu lagi, dia seperti mahu memberitahu kepada semua yang dia akan pergi buat selama-lamanya, dalam keadaan yang mengerikan. Dan pemergiannya itu akan ditinggalkan sekeping hati yang menyintainya, dan dia pergi bersama cinta itu.
Ini adalah entry arwah bertarikh 24 November 2009 (selasa) yang bertajuk " Tidak Kesampaian "
Hisham:
Aku rasakan, kita berada disebelah dunia yg lain,kesunyian dan
keseorangan
Eikin:
Aku pun berfikir begitu juga, semua teman2 aku mempunyai boyfren, dan
hanya tinggal kita berdua di dunia ini tanpa sebarang teman istimewa
dalam kehidupan kita.
Hisham:
Yup, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi.
Eikin:
Aku tahu! kita akan bermain satu permainan...
Hisham:
Permainan apa yang kau maksudkan?..
Eikin:
Permainannya begini, aku akan menjadi girlfren kau selama 30 hari
dan kau akan menjadi boyfren aku selama 30 hari juga.Apakata kau??..
Hisham:
Wow!..hebat permainan ni,aku setuju..lagipun aku memang free dan pada
minggu berikutnya pun aku free...
Hari Pertama:
Mereka pergi menonton movie pertama mereka bersama
dan mereka keduanya tersentuh kerana mereka menonton filem kisah cinta
yang sungguh romamtik..
Hari ke-4:
Mereka pergi ke pantai dan berkelah sambil mandi manda, berkejaran
sesama mereka ditepian pantai dan menyaksikan matahari terbenam bersama.
Hisham dan Eikin merasai detik2 yang sungguh indah yang tidak pernah
dialami oleh mereka sebelum ini...
Hari ke-12:
Hisham mempelawa Eikin ke Genting Highland dan mereka pergi ke Taman
Tema.Disana mereka masuk ke rumah hantu.Di rumah hantu yang gelap, Eikin
ketakutan dan untuk menenangkan ketakutannya dia terus memegang tangan
Hisham tapi sebenarnya dia memegang tangan orang lain secara tak sengaja
dan mereka berdua tertawa bila mengenangkannya.
Hari ke-15:
Mereka terjumpa dengan seorang peramal nasib di jalanan, dan mereka
meminta pandangan tentang masa depan mereka.Peramal nasib itu berkata:
"Sayangku, tolong jangan mensia-siakan masa hidup anda,penuhilah saat2
indah bersama-sama, dengan gembiranya." Kemudian air mata pun mengalir
keluar dari mata peramal nasib itu..
Hari ke-20:
Eikin mengajak Hisham pergi ke bukit Ampang untuk menghayati keindahan
Kuala Lumpur dan melihat kecantikkan bangunan KLCC pada waktu malam dan
mereka ternampak meteor dilangit serta bintang2 yang bertaburan
diangkasa sambil Eikin melafaskan sesuatu secara senyap..
Hari ke-28:
Mereka menaiki bas bersama,oleh kerana jalan yang mereka tempuhi tu
beralun-alun dan bas pun bergoyang-goyang..Eikin secara tidak sengaja
memberikan ciuman kepada Hisham..
Hari ke-29:
11:37:
Eikin dan Hisham pergi ke taman, tempat pertama mereka bertemu dimana
mereka memutuskan untuk bermain permainan ini.
Hisham:
Aku penat dan dahagalah Eikin .. kau nak apa2 minuman tak? Aku nak pergi
beli air dekat kedai diseberang jalan tu..kau nak tak?
Eikin:
Aku nak air vanilla coke, itu sahaja. Terima kasih Sham..
Hisham:
Kau tunggu sekejap tau..
20 minit kemudian
Seorang anggota polis mendekati Eikin..
Anggota polis:
Adakah awakt teman kepada Hisham?
Ekin:
Ya, kenapa encik? Apa yang terjadi?
Anggota polis:
Seorang pemandu mabuk telah melanggar Hisham ketika beliau sedang
melintas diseberang jalan sana.Beliau sekarang telahpun dikejarkan ke
hospital dan berada didalam keadaan yang amat kritikal..
Ekin:
Ya Allah!!!..apa dah jadi..subahanallah!!!..Hisham!!!
11:57:
Doktor berjalan keluar dari bilik kecemasan dengan ditemani seorang
anggota polis lalu mereka berjumpa dengan Eikin dan menyerahkan air
vanilla coke yang masih didlam keadaan yg baik beserta sepucuk surat.
Doktor:
Saya terjumpa surat ini didalam kocek Hisham..
Eikin membuka lipatan surat itu dan membacanya..
Eikin, beberapa minggu terakhir ini, aku menyedari bahawa kau seorang
gadis yg menawan dan baik, aku benar2 tertawan dgn senyuman manis kau,
aku sayangkan kau semuanya dan kau begitu sempurna ketika kita bermain
permainan ini. Sebelum permainan ini berakhir, aku ingin menjadikan kau
teman wanita untuk sepanjang hayat aku dan aku nak menghabiskan sisa2
hidupku bersama kau...
Aku mencintaimu, Eikin...
Eikin meramas kertas itu dan berteriak:
"Hisham!!! Aku tidak ingin kau mati --
Aku mencintaimu; ingat tak malam itu ketika kita melihat meteor dan aku
ada melafaskan sesuatu. Aku melafaskan, bahawa aku berharap kita akan
bersama-sama selamanya dan aku berharap sangat bahawa kita tidak akan
pernah menamatkan permainan ini. Tolong jangan tinggalkan aku Hisham ..
Aku cinta kau! kau tidak boleh tidak boleh pergi begitu sahaja.. "
Kemudian, tepat pukul 12.00 AM ...
Degupan jantung Hisham berhenti mengepam ...
Itu adalah hari yang ke-30...
Segala yang Arwah tulis itu adalah seperti dialog dan jalan cerita hidupnya sendiri, Arwah telah menikahi isterinya genap 30 hari sebelum arwah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawanya. Ya allah................................Apa yang ditulis oleh arwah adalah seperti dia telah mengetahui yang dia akan pergi selepas 30 hari bersama dengan insan yang sangat dia cintai. Al-fatihah buat arwah Hisham.
Sesungguhnya aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan isteri awrah bila berdepan dengan dugaan yang maha hebat ini. Inai masih merah dijari, tubuh masih terasa kehangatan suami memeluk dan membelai, tiba-tiba harus berdepan dengan hakikat kehilangan insan tercinta yang baru saja berkongsi hidup selama 30 hari. Cuma aku berharap, isteri dan keluarga arwah akan tabah, cuma itu yang mampu aku doakan, walaupon hakikatnya jika ini berlaku pada aku, aku sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri ini.
Motif cerita ini, hargailah insan yang kita cintai dan menyintai kita sementara kita masih dipinjamkan nyawa, kerana kita tidak tahu bilakah tarik akhir pinjaman tersebut akan berakhir.
'