Akhirnya DIA pergi jua
Ya Allah seperti mimpi.... aku kehilangan lagi. Memang kehilangan kali ini telah diduga kedatangannya, tapi aku seperti berpegang pada keyakinan aku "miracle happen" Puas aku pujuk hati dgn mengatakan " jika ia memang ditakdirkan untuk aku, ia memang milik ku" tapi telah tersurat dia pergi pada usia perkahwinan aku cukup 4 tahun.
Entry Anniversaary aku tulis pada jam 1.15pm, dan aku mengalami trauma ini pada jam 2 pm. Apa pun aku harus redha dgn ketentuan yang Maha Esa. Memang sangat down, sangat sedih, malah entry ni aku tulis dalam keadaan aku tak mampu menyekat airmata aku. 4 tahun aku tunggu.
Sewaktu pengesahan dibuat aku memang telah di nasihatkan oleh pakar agar tidak memberi apa2 harapan pada kandungan aku ni. Aku diberi 2 pilihan, sama ada mengugurkannya, atau tunggu sehingga 12 minggu bagi melihat perkembangan janin, sekiranya masih tiada apa2 perubahan, aku dinasihatkan agar melakukan D&C juga. Tapi seperti pernah aku berdoa, andai dia bukan milik ku, jgn dipaksa ia keluar dr rahim ini, biarlah ia pergi dengan sendiri, aku tidak mahu darah daging ku merasa kesan kesakitan bila dipaksa keluar melihat duni pada sebelum masanya. Ya Allah besar sungguh ujian mu ini Ya Allah
Sepanjang 3 bulan aku mengandung ni memang tekak aku ni mengidam macam2, alhamdulillah semuanya tercapai, Mr hubby carikan jugak walaupon sesukar mana sekali pon. Aku teringin sgt nak makan kueh tepung kapur yang mana kuih ni hanya ada di Terengganu, Alhamdulillah semalam pagi sewaktu sarapan Mr Hubby dapat mencarinya di pasar. Sanggup dia keluar mencari semata2 nak lepaskan rasa mengidam aku. Aku teringin nak makan lemang kijal, aku dapat malam masa ODW balik ke Terengganu pada khamis malam. Aku teringinkan telur penyu Terengganu, aku dapat makan 3 bijik malam tadi, masih ada lagi baki 7 bijik dalam peti ais tuh, itu pon Mr Hubby cari kat pasar payang bagai nak rak, sebab kebanyakan yang dijual adalah telur penyu Sabah atau pun yang sudah di asinkan, sedangkan aku mencari yang masih fresh.
Dalam perjalanan balik sempat aku singgah di kemaman, mencari satar, otak2 dan pulut lepa, semua yang aku nak makan aku dapat, rupa-rupanya aku nak kehilangan kandungan aku hari ni, rupa2nya baby ni nak makan semua yang dia nak dulu sebelum dia pergi meninggalkan rahim ku.
Kawan2...... doakan aku agar kuat, doakan aku agar ada rezeki aku di masa akan datang. Aku dah hubungi Gynecology aku. aku diminta agar berjumpa dengannya pada hari jumaat ini, bagi memastikan samaada aku memerlukan D&C atau pon tidak.
Pada kawan2 yang pernah mendoakan agar kandungan aku sihat... teruskan doa kalian agar aku ada rezeki sekali lagi, dan disini jugak aku buka kan hasrat hati aku, pada sesiapa yang tahu, mempunyai maklumat, atau mengenali mana2 wanita yang ingin memberi bayi mereka pada org lain, sila hubungi aku, sebak, sedih hati ini cuma tuhan yang tahu, dan sesungguhnya aku memerlukan tangisan bayi bagi mengubati azab dan sengsara hati aku ini.......
'