Bekas lebam kegagalan memasukkan jarum dalam ICU
bekas jarum yang dimasukkan sewaktu dalam ambulance
Jarum terakhir yang tinggal hingga saat aku nak keluar ward
Tangan kiri selepas jarum2 dibuka sebelum keluar wad
Terbaringlah aku di katil itu seorang diri. Sekejap terlena, sekejap terjaga. Rupa2nya sepanjang aku di ICU Mr Hubby ada masuk menjengah aku sebanyak 2 kali, kebetulan dia masuk aku sedang tidur dan dia x sampai hati nak gerakkan aku, tambah bila melihat 1001 jenis wayar meliliti tubuh aku. Tangan kanan aku terdapat auto BP yang akan mengeluarkan bacaan setiap 30 minit, jari tengah aku sebelah kanan dipasang wayar untuk mendapatkan bacaan nadi aku, dada aku diletakkan patch untuk bacaan jantung aku, dan tangan kiri aku penuh dengan jarum2 yang membawa masuk air dan ubat kedalam badan aku.
Jam 6.40 pagi aku digerakkan oleh jururawat untuk pemeriksaan, sekali gus mereka membaca kadar urine aku, dalam keadaan aku tidak minum itu, aku masih lagi mampu mengeluarkan sebanyak 700ml air kencing. Dan saat itu aku baru tahu bahawa satu nikmat telah ditarik oleh Allah dari aku. Nikmat kencing. Mesti korang ketawa kan bila aku cakap macam ni. Tapi inilah pengalaman aku, sebab nikmat terasa nak kencing dan sewaktu meneran dan berlakunya proses air kencing keluar secara normal adalah satu nikmat yang tidak terhingga berbanding bila tau-tau aje air kencing dah penuh dalam urine bag, tapi tak sedar bila masa aku meneran dan membuangnya. Perasaan ngilu pulak terus menerjah ke pangkal ari2 aku. Terasa amat tidak selesa ( sapa yang pernah kena urine infection akan tahu perasan ini).
Jam 7.30 aku ditolak masuk ke wad biasa bila mereka dapati keadaan aku semakin stabil. tapi segala wayar, masih lagi memenuhi badan aku. Bila aku tanya bila agaknya segala ini akan dicabut dari badan aku, mereka cuma mengatakan itu akan dilakukan sebaik sahaja pakar sendiri merawat aku. Sebaik sampai ke wad biasa,
Doctor pakar segera mendapatkan aku, membuat bacaan kepada CT scan aku dan MRI aku juga pada x-ray yang telah aku buat malam tadi. Professor Guna, kebetulan kedatangan Prof Guna ditemani seorang lagi rakannya, Prof Ramuchandran yang juga merupakan sesaorang yang sgt2 aku kenali mula menyuruh aku mengerakkan tubuh aku sebelah kiri, inilah bahagian yang gagal aku gerakkan pada malam tadi. Dia menyuruh aku mengenggam tangan nya dengan sekuat mungkin bagi mempastikan kuasa tangan yang aku ada, alhamdulillah aku mampu buktikan aku mampu mengerakkan bahagian kiri tubuh aku yang gagal aku gerakkan semalam. Dengan sepantas itu juga dia mengarahkan collar dibahagian tengkuk aku dibuka, Beberapa org jururawat yang berada disitu mula tersenyum2 cuba menunjukkan sikap ambik berat terlebih sebaik mengetahui bahawa aku adalah rakan Prof Ramuchandran. Extra treat untuk aku. ahahahha.
Pic ni sewaktu aku dalam wad biasa, sebelum collar aku dibuka.
uhuhuhuhuh...tak sanggip tgk pic nie
Jam 8am- aku terlihat kelibat sesaorang sedang mencari aku. Siapakah dia? Siapa lagi jika bukan sijantung hati Mr Hubby Ahmad Syazwan. Sebaik dia melihat aku, aku lihat dia tersenyum. Tapi nampak sgt keletihan di wajahnya. Muka yang tak tidur 1 malam. ditangannya dia menjinjit satu beg plastik, aku tengok dalam tu ada 2 kotak air soya bean, satu dah dibuka ada separuh lagi airnya, satu lagi masih belum dibuka dan air mineral botal kecil yang isinya masih penuh. Terhenti dada aku melihat, ini tandanya dia tak minum dari malam tadi, sebaik aku dimasukkan ke ICU. Mesti hati dia gundah gulana. Sebaik mendapatkan aku dahi aku dikucup penuh kasih dan sayang. Pipi aku di cium tanda kesyukuran dia melihat aku masih bernafas. Hati aku masih lagi sebak. Mr Hubby lantas melabuh punggung disisi ku sedangkan jururawat sedang sibuk membuka segala wayar yang membelit tubuh aku. Yang paling melegakan bila urine tiub aku juga dibuka, sebaik urine tiub ditarik keluar aku dinasihatkan agar minum air dengan bayak bagi membolehkan aku membuang air secara normal, kerana system otot perut aku telah berhenti menerima pesanan untuk meneran urine, jadi kemungkinan untuk aku mendapat masaalah mengawal urine akan berlaku.
Bersambung nanti. Aku nak rehat kejap.......(kepala dh berdenyut2) nak habiskan entry ni pon makan masa 4 jam. dari pagi aku taip, berhenti, taip lagi, berhenti lagi....
'