.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tragedi 13/06/2010 (part3)

Sebaik segala tiub dan wayar tertanggal dari badan aku, aku lihat ada airmata jernih bertakung disudut mata Mr Hubby aku, mungkin saat itu dia begitu lega bila tahu aku tidak mengalami apa2 kecederaan pada bahagian tulang belakang selain dari mengalami kekejangan otot yang teruk. Aku pandang Mr Hubby sambil bertanya apa yang dia lakukan sepanjang malam sewaktu aku berada di ICU? Kata Mr Hubby dia tak boleh nak tidur sebab sangat tertekan bila mengenangkan keadaan aku, terlelap beberapa ketika di tepi longkang diluar hospital sudah cukup bagi dia mengilangkan rasa mengantuk sepanjang malam. Diwajah yang amat aku sayang itu aku lihat ada garisan2 kepenatan. Kesian lelaki ini desis hati aku.


Selepas mengambil sarapan yang disediakan oleh pihak hospital sambil ditemani oelh Mr Hubby, sempat berbual pengalaman kemalangan itu, aku dikejutkan dgn sms, dan panggilan bertalu2 dari ramai teman2. Orang pertama yang menghubungi aku ialah gadis yang telah mengupdatekan blog aku tentang kemalangan ini, Sayangkema, diikuti panggilan dari blogger yang rapat dengan aku Daydeck,sms dari Ciklily. Satu panggilan dari adik ipar aku di Johor juga telah aku terima. Panggilan demi panggilan aku terima tetapi ada 1 panggilan yang sangat2 aku harapkan sejak di hari aku keguguran lagi masih belum aku terima, hati aku mulai sebak, tapi tak apalah, mungkin dia sedang sgt berbahagia, biarkan aje dia dengan kebahagian dia, jangan diganggu bisik hati aku memujuk sendiri.

9.30am, Mr hubby terpaksa meninggalkan aku, ialah dengan keadaan dia yang tak tidur 1 malam, tak makan, tak mandi, lepas tu dia harus menguruskan tentang insurance kereta, laporan polis, dia perlu balik bagi mengambil pakaian aku, takkan nak tengok aku memakai baju hospital sampai aku keluar wad. Dengan selipar aku yang hilang sewaktu kemalangan, dan segala kelengkapan diri yang aku perlukan sepanjang aku berada di hospital. Sebelum Mr Hubby meninggalkan aku, aku sempat melihat yang handphone aku cuma tinggal 1 bar sahaja lagi bateri, begitu juga dengan hp Mr Hubby. Dalam hati aku sgt risau, mengenangkan bagaimana Mr Hubby terpaksa balik dari kelang menuju ke Damansara dengan menggunakan public transport yang dia sendiri tak pernah menggunakannya. Macam mana dia terpaksa menguruskan hal2 kereta tanpa aku disisi nya, sedangkan selama ini segalanya kami lakukan bersama. Akhirnya walaupon berat hati Mr Hubby terpaksa juga meninggalkan aku seorang diri di Hospital. Satu kucupan di dahi, satu kucupan dibibir diberikan sebelum dia meninggalkan aku.

Hampir 1 jam Mr Hubby balik, aku cuba menghubungi nya tapi gagal, dan ini telah aku jangka kan kerana bateri Mr hubby sendiri cuma tinggal 1 bar sebelum dia meninggalkan aku, manakala aku pulak dapat meminjam charger dari seorang pesakit yang tinggal di wad yang sama. Sepanjang ketiadaan Mr Hubby, hati aku sebak, manakan tidak, melihatkan org lain ada yang menemani, cuma aku seorang diri di hospital, siapalah yang tidak merasakan hati ini begitu sayu sekali.

Hampir jam 11am, panggilan dari sesaorang yang aku tunggu2 muncul. Akhirnya dia call............... setelah hampir 1 minggu dia tak ada khabar berita termasuklah di hari aku gugur. Jam 11.30am aku berjaya menghubungi Mr Hubby dan alhamdulillah dia telah selamat sampai kerumah. Mr Hubby turut memberitahu bahawa dia akan ke Shah Alam bagi membuat laporan kemalangan tersebut pada pukul 2pm, dan akan terus ke hospital bagi menemani aku. Aku masih lagi menerima puluhan call dan sms dari kawan2 yang telah mengetahui kejadian aku ditimpa kemalangan.

3.30pm- sedang aku terlelap aku terdengar satu suara yang sangat aku kenali. Yeah Mama aku datang, rupanya ditemani Mak Chu. Mr Hubby ada memberitahu keadaan aku yang ditimpa kemalangan pada Mama,  aku. Tapi disebabkan dia datang bukan pada masa melawat maka mereka tak dapatlah berada dengan aku lama2. tak sampai 20 minit mereka meninggalkan aku. Sesungguhnya kehadiran mereka walaupon sekejap tapi merupakan terapi buat aku agar mampu tersenyum.

Credit pic ni untuk mohdhairihassan.com.

4.30pm- Mr Hubby call dan memberitahu dia telah sampai ke HTAR, cuma tunggu masa untuk melawat bagi membolehkan dia melepasi pintu pelawat hospital. Jam 5pm Mr hubby muncul, lega aku bila melihat keadaan dia yang terurus. Dengan baju, tuala, berus gigi dan segala kelengkapan itu aku dengan seronok menuju ke bilik air bagi membersihkan tubuh yang dari semalam berbau darah. Sebaik keluar dari bilik air aku lihat wajah kesayangan aku itu sedang lena tidur dikerusi, tak sampai hati nak mengejutkannya, aku naik semula ke katil tanpa mengerakkan Mr Hubby, aku tahu dia sangat penat.



 Aku masih lagi mampu tersenyum walaupon sedang sakit!!!! ( bersama mohdhairihassan.com)


Sedang leka membaca buku La-Takhzan yang dibawa oleh Mr Hubby, tiba2 muncul sesaorang. Wajah yang sgt2 aku kenali. Siapa lagi jika bukan bakal room mate Fateha ~ Hairi. Ditangannya dibimbit satu plastik berisi buah2an ..buah tangan untuk aku. Thanks alot Hairi. Dengan kedatangan Hairi juga aku minta dia membantu untuk menjemput aku keluar Hospital nanti. Insyaallah kata hairi tak jadi masaalah, aku sedikit lega disitu walaupon aku sendiri masih belum pasti saat itu, bilakah masanya aku akan dibenarkan untuk keluar hospital.



6pm- Makan malam pihak hospital sediakan telah sampai, walaupon cuma nasi, sup ayam dan sayur campur, aku masih lagi mampu menghabiskannya. Nasib baik aku masih mampu  untuk makan. Seronok tengok Mr Hubby dan mohdhairihassan.com bersembang. Dorang berdua ni kalau jumpa memang ada jer tajuk perbualan dorang.

7pm- pelawat2 diminta agar meninggalkan wad. Pengawal keselamatan telah mula mengarahkan semua pelawat meninggalkan wad termasuklah mohdhairihassan.com dan Mr Hubby. Tapi Mr Hubby aku buat muka TOYE!!! ahahha dia buat bodoh jer bila kena halau, akhirnya pengawal keselamatan tu pon dah menyampah nak halau. Dengan senang hati Mr Hubby menemani aku. Dan malam itu menjadi sejarah bila wad wanita yang selama ini tidak dibenarkan lelaki menunggu, tetiba jer pada hari tu Mr Hubby dengan selambanya menemani aku sepanjang malam. Lena tidur aku disebelah Mr Hubby yang tidur atas kerusi. Kesian dia. Aku rapatkan kerusi agar kepala Mr hubby dapat diletakkan atas bantal yang kami kongsi berdua. Maka lenalah kami berdua dengan berkongsi bantal.

6.30am (15/6.2010) aku bangun awal supaya tak berebut bilik air, bersihkan badan, gosok gigi, sebab kejap lagi Doktor pakar nak jumpa aku, minta2 bolehlah aku keluar hari ni. Aku tak selesa di hospital, kesiankan Mr Hubby, sebab aku tahu selagi aku tak keluar hospital dia tak kan senang hati, dia tak kan mahu pergi kerja, semata2 mahu menemani aku di hospital. Sebaik keluar dari bilik air katil aku dah ada pesakit baru..yeyyyyyy!!! Mr Hubby yang naik atas katil aku dan tido, jururawat kat situ pon tak boleh nak kata apa.ahahahahah

Pagi tu Mr Hubby turun untuk mencari sarapan buat aku, dia tak sampai hati tengok aku bersarapan dengan roti dan secawan air yang disediakan oleh pihak hospital. Pagi tuh aku sarapan nasi goreng dan nescafe. Wah seronok rasa. Dan yang paling menggembirakan aku bila Doctor pakar mengatakan aku sudah boleh balik hari ini jugak, tapi aku harus tunggu selepas lunch kerana ada beberapa lagi procedure yang harus aku lakukan .

Habis jer bersarapan Mr Hubby terpaksa meninggalkan aku sekali lagi bagi menguruskan hal claim insurance dan hal2 kereta yang masih belum selesai lagi. Sekali lagi hati aku sayu. Tapi tak apa, tengah hari aku dah boleh balik. Mr Hubby & mohdhairihassan.com akan datang untuk menjemput aku.


Bersambung














signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM