sayang, sedar atau tidak sudah 4 tahun rupanya kita bersama, tanggal ini menjadi sejarah dalam hidup B, bila abg hadir berraja dihati. Kehadiran abang memang tak pernah diduga akan menukar segala dan keseluruhan cerita hidup B, Segalanya bertukar rupa, sudah tidak seperti dulu lagi.
Siapa sangka perknalan kita yang singkat itu membawa pada satu ikatan, tambahan dengan segala airmata dan kesulitan yang kita lalui. Menjadi permaisuri hidup abg, adalah sesuatu yang amat membahagiakan. Abang adalah anugerah teristimewa, abang adalah anugerah Allah yang paling berharga dalam hidup B.
Rumahtangga mana yang tidak bergelora, tridak diuji, tidak dilanda ribut dan taufan? sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita suami dan isteri, Tapi segala itu tidak mengurangkan walau sedikit pon rasa cinta yang pernah ditanam dalam hati malah ianya seolah menjadi baja bagi menyuburkan lagi benih2 kasih dan cinta yang telah kita semai
Semalam kita dalam perjalanan balik dari Terengganu ke KL, melalui jalan dan highway yang sama pernah abg lalui dengan motor abang untuk Ke KL. Bukan sekali, tapi 2 kali abg ke KL dengan cara yang sama. Semalam sebak hati bila memikirkan bagaimana seksanya berada diatas motor tuh untuk sampai ke KL, bukannya dekat, bukan boleh sampai dalam masa 1 atau 2 jam. Besar sungguh pengorbanan itu. Terima kasih abang sebab melakukan itu semua untuk baby.
Setelah 4 tahun berkongsi hidup ni..... B rasakan seperti baru jer lagi kita bersama, tak terasa ianya telah melintasi satu jangka waktu yang agak panjang. Terlalu banyak cerita hidup kita untuk dilakarkan, B cuba untuk menceritakan segalanya, tapi niat dihati nak habiskan cerita Aku & Dia pon masih tergendala, cuma mampu dilakarkan sehingga episod 17 jer setakat ini, ramai antara pembaca blog ini masih tertunggu2 cerita dan jalan cerita Aku & Dia walau telah ramai yang tahu kesudahannya kita bersama.
Abang, andai satu hari nanti terhenti cinta abang buat B, jgn abang khianati B atau dustai B, luahkan rasa itu sama seperti abg pernah luahkan segala kerinduan dan cinta abg pada B, walau pahit, tapi lebih pahit lagi andai B didustai.
Abang, besar impian B untuk hubungan ini, semoga ianya kekal hingga ke akhirat. Andai menjadi ketentuan antara kita dijemput pulang, biarlah B pergi dulu, kerana B tidak tahu bagaimana mahu menghabiskan hari2 B tanpa abg disisi B. Bagaimana mahu mengubati kerinduan itu pada abg. Pastinya itu menjadikan satu panahan petir yanga kan membakar sekala pelusuk jiwa dan nurani.
Sebagai isteri B tahu, b bukanlah isteri yang sempurna buat abg, tapi cuma satu yang mampu b katakan, cinta b terlalu besar untuk abg ukur, terlalu dalam untuk abg renangi dan selami. B sayangkan abg, akan menyintai abg sehingga berakhirnya nadi ini.
Terima kasih sekali lagi kerana menerima diri ini, terima kasih kerana tidak menjadikan jurang usia sepusingan jam itu sebagai penghalang cinta kita dari mekar
I love u Ahmad Syazwan
'