Itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku lafazkan. Akhirnya penantian aku yang lebih dari sebulan telah berakhir. Kini aku kembali ke dunia berblogging. Insyaallah terlalu banyak yang ingin aku luahkan, ceritakan. Berikan aku sedikit masa menghimpun ayat2 bagi diterjemahkan dalam bentuk penulisan.
Seperti seperti ramai yang sedia maklum, aku berehat hampir sebulan selepas kemalangan yang menimpa aku pada 13 Jun 2010 yang lepas. Walupon kecederaannya tidak teruk tapi kesan dari kecederaan itu masih terasa hingga ke hari ini. Alhamdulillah segi tenaga aku telah kembali normal, cuma parut dr jahitan masih ada lagi berbekas di kening aku. Tangan kiri aku pun tak sekuat dulu. Kesan yang masih aku terasa, tangan kiri yang sering sakit, pinggang dan bahu yang masih sakit. Dah puas aku berurut tapi setakat ni masih belum sembuh sepenuhnya (shhhhhh jgn report Mr Hubby aku..nanti dia block balik blog aku nie..huhuhuhu)
Jutaan terima kasih kepada kawan2 yang sanggup meluangkan masa untuk datang menziarahi aku. kepada yang tidak berkesempatan pon terima kasih atas doa kalian dari jauh. Paling menyentuh hati aku bila aku tak putus2 menerima panggilan, sms, YM bertanyakan khabar, juga FB yang menjadi medan utama aku bertemu rakan2. Terima kasih kepada semua...
Mungkin permulaan entry aku selepas ini lebih berkisar kepada kemalangan yang menimpa aku. Harap korang tak bosan. Aku masih lagi trauma dan masih sering dibayangi kemalangan tersebut. ishhhhhh susah hati aku mengenangkannnya.
Terima kasih untuk semua kerana masih sedia memberi sokongan pada aku. Pada blog ni. Ramai yang masuk tinggalkan komen walaupon aku lama tak buka blog. kenapa aku tak buka blog??kerana password blog aku telah ditukar oleh Mr Hubby aku... dia mahu aku berehat sehingga tahap kesihatan aku memuaskan.