Sila klik untuk zat pembesaran
Ha!! korang perasan tak signboard tu? Kemalangan yang menimpa aku baru2 nie sangat dekat dengan signboard yang hijau tuh. Nasib jer tak langgar tiang sighboard tuh, kalau tidak maunya aku dah arwah. Alhamdulillah tuhan masih mahu aku meneruskan kehidupan aku.
Cuba korang tengok tu? Pihak PLUS siap letak cat menandakan tarikh kemalangan itu berlaku...huhuhu.
Setiap kali aku lalu kawasan ni, aku pasti masih merasakan ngeri,sangat ngeri. Masih jelas segala yang berlaku. Esok cukup sebulan kemalangan itu berlaku. Dan kesan dari kemalangan itu masih lagi aku rasai sehingga kehari ini. Walaupun jahitan dah lama dibuka, tapi rasa kebas kat kepala masih terasa. Rasa berdenyut kadang2 masih ada. Apa pun kehidupan yang masih diberi peluang kedua ini harus digunakan sebaik2 mungkin.