Apa yang korang fikirkan? episod 2
Sambungan dan jawapan pada entry yang sebelum ini. Aganya korang rasa kat mana ermm tempat yang ada signboard nie? Korang tak rasa pelik ker? walaupon dia kata dilarang mengambil gambar, tapi gambar ini masih lagi dapat diambil?
Yer signboard ni berada di Kerteh Terengganu. Mereka meletakkan papan tanda ini sebagai langkah2 keselamatan yang mana menurut Mr Hubby aku flash camera boleh menyebabkan berlakunya perkara2 yang tidak dikehendaki seperti spark yang akan terhasil dari Gas yang berada dikawasan itu.
Dah tau tak boleh nak ambil gambar tapi kenapa ambil?
Sebab aku sangat teruja sebenarnya melihat papan tanda yang agak pelik ni. Banyak kali aku balik ke Terengganu dan melalui kawasan yang sama, tapi aku tak perasan papan tanda tersebut (nak perasan cm mana kalau asyik membuta!! hahahhaha).
Apa pun aku memang teruja, dan setiap kali aku melalui kawasan ini pasti ada sedikit rasa sayu dalam hati aku bila memikirkan "sanggup Mr Hubby meninggalkan kerjayanya di Petronas di Kerteh semata-mata untuk bersama dengan ku Di KL" Terima Kasih sayang.
***Tahniah kepada Cik Zatil kerana telah menjawab dengan betul***