.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Fasa perubahan




Walaupun dah dapat password untuk online, tapi aku masih lagi bermalas-malasan untuk mengupdate, bukannya tak ada cerita melambak2 cerita yang nak aku ceritakan.Cerita yang paling aku rasakan aku ingin sangat meluahkannya disini ialah berkenaan aku telah MEMBLOCK sesaorang yang sangat rapat dengan aku di Facebook aku. Bukannya aku block semua, aku cuma block dia dari tengok wall aku, itu sahaja.


 Apa tujuan aku buat macam tu?

Pertamanya, aku nak ruang untuk diri aku. Aku sedang belajar menerima fasa perubahan diantara hubungan aku dgn dia. Aku cuba memahami tanggungjawab baru yang dia sedang pikul, dan kerana tanggungjawab itu membuatkan sedikit sebanyak hubungan kami menjadi agak jauh.

Kenapa aku katakan kami semakin jauh?

Sebenarnya tiada halangan mahupun alasan untuk kami sering berhubung tanpa apa2 EXTRA COST, cumanya sejak dia memikul tanggungjawab baru itu, dia mungkin tak perasan sesuatu yang dulu sering dia lakukan, kini dia tinggalkan. Sewaktu aku kehilangan 'permata hati' ku, dia langsung tidak bertanyakan khabar walau sepatah dari aku. Hati aku agak terasa, namun ku pujuk hati mengatakan dia sedang sibuk juga menyesuaikan diri dengan kehidupan baru yang dia lalui. Dia menyepikan diri sehinggalah kemalangan yang menimpa aku, kemalangan yang hampir meragut nyawa aku. Dia adalah diantara org2 pertama yang Mr Hubby hubungi bagi memaklumkan tentang kemalangan tersebut. Sekali lagi dia buat aku tertunggu2, bila panggilan dari dia tak kunjung tiba sehinggalah hampir jam 11am (14 Jun 2010). Aku sangkakan dia akan menjadi org yang terawal menghubungi aku setelah mengetahui tentang kemalangan tersebut. Apa pun sekali lagi aku pujuk hati dengan mengatakan  "sekurg2nya dia masih ingat dan hubungi aku"



Tapi aku agak terkejut dengan Emil yang aku terima dari dia di FB aku

"Saya baru bukak fb ari ni n saya dpti awak blok saya. saya tanye Cik X,. Cik X  kata dia tak so fine. memang awak nk blok saya dr fb awak. Knp tak delete terus? kalau dlm hati tu ada perasaan mcm2, baik cakap. buat mcm ni buat saya tertanya2 knp? saya ada wat salah ape? ................................................................................................................................
.................................................................................................................
kalau awka rasa hubungan kita pon stkat ini... baik delete terus dr list fb ni. jgn simpan apa2 yg menjengkelkan dlm hati. ampun dan maaf dari sy"

Kenapa dia htr email? kenapa dia tak call aku? x ada top up?? dulu boleh jer dia suruh operator kat tempat keje dia dailkan no aku, ker dia dah lupa nombor aku? aku tak jawab email tuh? kenapa? sebab rasanya dia sendiri tahu mcm mana sayangnya aku pada dia, Tak ada istilah "hubungan kita sampai sini"

Ada satu hari tuh setelah agak lama aku tak tengok nama dia muncul di screen HP aku, tiba2 satu malam 10 July 2010 dia htr satu sms. Bila aku buka inbox HP aku, aku agak terkejut dengan sms yang aku terima yang hanya berbunyi " apa maksud pecah dalam bahasa english? contoh: pecah kaca " setelah sms itu aku jawab.... dia langsung menyepikan diri. dan dia bukan seperti itu sebelum ini. Dan kerana perkara itulah yang menjadikan aku mengatakan pada diri aku " sudah masanya aku terima hakikat ada perubahan dalam hubungan ini" dan keesokkan harinya aku mengambil keputusan memblock dia dari FB aku.

Bukan kerana benci, bukan kerana marah, cuma aku perlukan sedikit ruang yang membolehkan aku bernafas sendiri, ruang untuk aku jeritkan pada diri aku "natasha bukan hanya ada kau dalam hidup dia" Dan sememangnya aku bercadang untuk membuka kembali dia dari FB yang telah aku block, cuma berikan aku sedikit masa.

Ada juga pihak ketiga yang cuba menjernihkan keadaan ini, tapi aku seperti menolak segala pujukan Miss X itu, apa yang aku perlukan saat itu adalah "RUANG" dan alhamdulilalh kini aku sudah boleh bernafas dengan lega :)



 **Jika 'dia' ada membaca coretan ini, aku cuma mahu dia tahu, aku sayang padanya........... maafkan aku andai perilaku aku ada yang membuatkannya terasa.... dan kini aku semakin menerima FASA PERUBAHAN itu...syukur.....semoga masih ada sekeping hati dia yang masih menyayangi aku seperti dulu**




Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM