.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Rezeki Ramadhan dengan Nuffnang

Dalam bulan puasa aku masih lagi aktif dengan aktiviti Nuffnang, walaupun ramai diantara blogger 'pencen sementara' dalam bulan puasa ni.


Sila klik untuk zat pembesaran


Semalam aku terima satu jemputan exlusive dari Nuffnang untuk 'angels DG ' Jemputan ni bukan makan kat kedai mamak tau, tapi di Apartment KLCC, dan masakan yang bakal disajikan akan disediakan oleh chef professional. Cuma 25 orang bloggers yang dijemput bagi majlis berbuka puasa tersebut. Terima kasih banyak2 kepada Nuffnang kerana sudi memandang blogger cap ayam seperti aku. Tapi maaf juga aku ucapkan kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam jamuan tersebut. Kenapa erk?


  • Jamuan itu adalah jamuan SDN BHD. Maknanya korang tak boleh bawak sesiapa, boleh bawak diri sendiri jer, so agak keberatan untuk aku pergi, walaupun tawaran yang ditawarkan itu memang hebat
  • Aku tak sampai hati nak biarkan Mr Hubby aku berbuka sorang2 kat rumah sedangkan aku sedap2 jer makan kat sana.
Jadi demi kasih ku pada Mr Hubby aku dengan rela hati melepaskan peluang berbuka puasa yang sangat2 aku tunggu ini. (ikhlas tau)



Hari ni pulak aku dapat lagi satu tiket wayang. Tarikhnya 2 hari sebelum raya. 8hb September. Cerita Resident Evil. Insyaallah aku akan menghadirkan diri untuk wayang terakhir sebelum raya ini. Lepas habis wayang we all akan bertolak balik ke kampung halaman.

Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang kerana tidak jemu2 memberi aku peluang demi peluang. Terima kasih banyak2 Nuffnang.







 


Are You Moist Enough?


Kulit kering? Adakah kulit korang cukup lembab? bercakap soal kulit, kulit adalah bahagian tubuh yang paling besar. Dan ramai orang mengalami masaalah kulit. Antara masaalah kulit yang sering menghantui kita ialah:-




Kulit kering

Bagaimana mengetahui bahawa kulit kita kering?
  • Cuba cakar menggunakan kuku pada bahagian permukaan kulit, jika terdapat garisan putih selepas cakaran tersebut itu menandakan bahawa kulit kita mengalami masaalah kekeringan.
  • Kulit yang menggelupas seperti terdapat satu lapisan permukaan kulit yang nipis terkoyak dari bahagian tubuh, selalunya perkara ini terjadi dibahagian bibir, telapak tangan dan telapak kaki
  • Kulit merekah. Ini selalunya terjadi di bahagian bibir dan kulit kaki. Ia akan kelihatan seperti kulit yang terluka dengan garisan2 halus yang agak kelihatan buruk terutamanya dibahagian kaki.
Faktor2 kulit mengalami kekeringan:-
  • Tanpa kita menyedari bahawa dengan bertambahnya usia, kulit kita juga turut mengalami perubahan dan kehilangan kelembapan serta keanjalan. 
  • Kulit normal kehilangan di antara 80 hingga 100 gram air setiap hari dan sebab itu kulit memerlukan produk yang melembap dan berkesan bagi sepanjang hari. 
  • Faktor kekeringan kulit ini juga terjadi berpunca dari kekurangan pengambilan makanan seperti sayur dan buah2an, juga kekurangan pengambilan air yang cukup.
  • Tidur dan rehat yang tidak culup juga membuatkan kulit kehilangan keanjalan dan menjadikan kulit mudah kelihatan letih dan tidak bermaya
  • Cuaca yang kering dan panas menyumbang kepada kekeringan kulit, terutama kepada mereka yang seruing terdedeah kepada cuaca.
  • Tanpa kita sedari air yang kita gunakan yang mengandungi klorin juga adalah diantara faktor yang menyumbang kepada masaalah kulit kering
  • Pengambilan ubat-ubatan juga ada kalanya menjadi sebab mengapa kulit kita kelihatan kering.
  • Tidak menggunakan PRODUK yang berkesan yang dapat memberikan kita perlindungan kelembapan kulit yang berpanjangan.

Apa penyelesaian untuk mengatasi masaalah ini?

Korang perlu mengatasi masaalah-masaalah diatas. Makan makanan yang baik untuk kulit. Minum air yang cukup dan rehar secukupnya, juga pastikan kulit korang mendapat perlindungan yang sempurna terutama bagi korang yang terdedah dengan cuaca. Pilih produk yang dapat melindungi kulit, ini bermakna produk tersebut harus mampu menyimpan kadar kelembapan yang lama pada kulit, mampu menyerap dan tidak melekit Produk tersebut juga haruslan selamat dan mesra untuk kulit agar ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Pernah tak aku mengalami masaalah kekeringan kulit? YA! aku kerap mengalami masaalah ini, terutama selepas berenang. Macam yang aku katakan faktor air juga menyumbang kepada kekeringan kulit. Disebabkan kandungan klorin yang agak tinggi didalam kolam renang maka aku sering mengalami masaalah ini.

Apa yang aku lakukan bagi mengatasi masaalah tersebut?

Menyedari keperluan harian kulit, jenama pakar penjagaan kulit selama lebih satu abad, Vaseline menghasilkan rangkaian penjagaan kulit bagi memenuhi setiap wanita Vaseline Amazing Skin.Rangkaian terbaru ini mengandungi empat produk penjagaan kulit pilihan iaitu Total Moisture, Intensive Rescue, Aloe Cool and Fresh dan Healthy White yang memberikan 10 kali lebih kelembapan dan perlindungan untuk kulit kering.





  • Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.


  • Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.


  • Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.


  • Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.


Disamping itu tahukan korang bahawa vaseline petroleum jelly juga mampu membantu banyak masaalah kulit. Dari pengalaman aku sendiri dan beberapa orang teman yang menggunakan vaseline


  • Masaalah bibir kering dan juga mengelupas sehinggakan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan. Korang hanya perlu menyapu lapisan tibis dibahagian bibir setiap kali terasa bibir korang mula kering, selepas beberapa hari korang akan lihat kesannya, bibir korang akan mulai lembab dengan sendirinya.
  • Masaalah melecet dicelah peha yang terjadi akibat geseran kulit dibahagia terbabit. Sapukan lapisan nipis dibahagian peha sebelum korang memakai pakaian. Ia dapat melembabkan bahagian tersebut disamping mambantu geseran yang agak kesat dan  melukakan akibat geseran yang berlaku
  • Kemerkahan dan melecet dibahagian puting akibat penyusuan badan. Sapukan vaseline selepas setiap kali penyusuan, dan ia selamat sekiranya terlupa untuk mencuci sebelum menyusukan bayi.
  • Kemerkahan (stretch marak) di bahagian perut akibat kehamilan dan kesan menggaru sewaktu kehamilan. Sapukan dibahagian perut sewaktu perut mulai membesar, agar kulit kekal lembab dan lebih anjal, apabila kulit memeiliki cukup kelembapan, ia tidak akan terkoyak sewaktu proses pembesaran perut berlaku, dan ini akan membantu mengurangkan merekah dibahagian perut disampaing tidak akan merasa gatal2 lagi
  • Merekah dibahagian tumit kaki. Cuma sapukan dan pakai stokin nipis sebelum tidur. dalam masa seminggu mesti korang dapat lihat perubahan yang begitu ketara.
Jadi tunggu apa lagi? Kini Vaseline boleh menjadi Doktor kulit anda. So pastikan dalam handbag ada produk Vaseline. Tunggu apa lagi?




Untuk bloggers semua, jangan lepaskan peluang untuk meraikan  "Celebrate Amazing Skin with Vaseline"

 

Korban 1

Pagi-pagi dah terbuka isu yang buatkan dada aku macam rasa kena himpit,
Buatkan nafas aku tersekat-sekat.
Buat hati aku hiba dan sayu
Buatkan rasa kecil hati aku bertambah tebal...


Aku tak suka rasa sume nie. sangat tak suka.
Rasa nak jerit..nak cakap " g mamposlaah perasaan nie..buat bodo sudah"
tapi aku tak boleh.
ada sesiapa boleh membantu?


I H H S M 


 

Rezeki lagi

Rezeki bersama Nuff di bulan Ramadhan ni tak berhenti. Alhamdulillah selepas satu buffered metered, satu lagi buffered baru masuk. Pagi ni buka-buka Nuff tengok-tengok dengan baik hatinya Nuff telah memberi satu lagi Buffered baru. Terima kasih Nuffnang.


** Kepada yang masih belum pernah merasai apa itu buffered jangan berputus asa. teruskan usaha korang. Jadikan blog korang menarik untuk dipilih oleh para penaja dan pengiklan.



Hati yang luka | Menangis | Ubat putus cinta


 Putus cinta?

Sakitkan bila putus cinta. Sakitkan bila kecewa. Kenapa perasaan ini terjadi? kenapa kebanyakan dari kes putus cinta cuma sebelah pihak sahaja yang bersedih/ kecewa? Perlukah kita bersedih/berkabung atas kehilangannya?

Cara | untuk tersayang

Bby.. abang lama tak makan kuih cara, esok Bby tolong buatkan untuk abang yer

Maka inilah yg terhasil 

v
v
v
v
v
v


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
v
v
v
v
v
v



Harap abang happy dapat mkn apa yg abg nk bby buat kueh ni dgn kasih syg bby..istimewa but abg



Juadah berbuka hari ke 8

SOTO CHENTA


 Puding Caramel 'RINDU'

Inilah hidangan juadah berbuka puasa hari kelapan. dah lapan hari berpuasa, dan aku sememangnya dah semakin pupus idea nak masak apa setiap kali berbuka. Kalau nak masak heavy2... macam tak berbaloi jer, sebab yang makannya 2 orang jer. Tapi nasib baiklah berpuasa tahun ni budak ni selalu temankan aku berbuka...so tak lah sunyi sangat berbuka puasa aku. Kalau tak aku tgk muka Mr Hubby, dan Mr Hubby tengok muka aku.

Dan hari ni dengan tersiarnya gambar ni kat FB aku adalah sorang mamat ni marah.... dia kata :
v
v
v
v
v
v
v




Alossss!!!! aku kn marah tuh.salahkah aku menyiarkan kepakaran aku memasak?? ahahahahah perasannya Puan natasha nie..kahkahkahkah


**entry ni terlambat sehari aku post sebab aku bz sangat semalam.tak sempat nak post entry aku.




 

Rezeki bersama Nuffnang

Nuffnang masih lagi setia sayang pada aku
Semalam buka2 email lagi sekali Nuffnang menunjukkan sayang dia pada aku. Seperti biasa dia jarang menghampakan aku dengan sudi memberi aku tiket wayang untuk cerita Going The Distance.  Untuk dapatkan tiket ini, Nuffnang meminta untuk blogger membuat satu entry dan nyatakan sejauh mana korang sanggup menghadapi berkorban demi  kekasih / pasangan korang? (untuk entry aku klik sini)

Wah!!! seronok jugak dapat tiket nie, sebab yang dapat semuanya perempuan. Dan yang pastinya mereka akan datang dgn pasangan mereka. Lagi buat aku teruja bila budak ni & budak ni dapat sama. Ini adalah tiket wayang dari Nuffnang yang pertama tuk dorang.



Dan pagi2 ni seperti biasanya, aku buka Nuffnang nak tengok berapakah simpanan hari tua aku, ahahhaha. terima kasih sekali lagi pada Nuffnang kerana memberikan aku buffred baru. Harap2 buffred yang ini akan kekal sampai Raya nanti. Insyaallah


So pendek kata, Nuffnang masih bermurah hati berkongsi rezeki dgna aku, alhamdulillah.. dan kepada kawan2 blogger ynag sudi memeriahkan blog aku nie, jutaan terima kasih jugak yer.

**Majulah Berblogging untuk Nuffnang** huhuhuhuhuhu

Tentang Kaaba

Allahhuakhbar,Allahhuakhbar,Allahhuakhbar



Menyebut tentang Kaaba, berapa ramai antara kita yang tahu info penjagaan kaaba,dan berapa ramai antara kita tahu tentang penjagaan Kaaba?


  • Rumah Allah yang terletak di Mekah ini senantiasa di tutupi oleh kain yang di panggil 'KISWA'.
  • Kiswa akan dihasilkan dan diganti setiap tahun
  • Ianya dijahit di sebuah kilang di Mekah.
  • Setiap kiswa bernilai lebih kurang Rial Saudi (SR) 17 Million


  • Lebih kurang 120kg emas tulin dan juga 50kg perak akan digunakan untuk menyulam tulisan2 Al-Qurang yang terdapat pada setiap kiswa

  • Kain yang digunakan untuk membuat kiswa itu dihasilkan daripada 670kg perak yang telah dicelup warna hitam


  • Saiz bagi setiap kiswak adalah 658 kaki persegi.


Dan beginilah rupanya lakaran dalaman Mekah
v
v
v
v



Renung2kan lah


NickVujicic


Terpanggil untuk menulis artikal ni selepas menontob video Nick Vujicic di FB Hairi. Lelaki yang bernama Nick Vijicic ini telah membuatkan aku mengkaguminya dalam masa yang sgt singkat.



Siapa Nick Vujicic?

Nick Vujicic dilahirkan pada  4 Disember 1982 di Brisbane, Australia dan kini berusia 28 tahun, beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Dushka Vujicic, dan suami Pastor Boris Vujicic. Beliau adalah seorang penceramah, Motivater dan juga pengarah persatuan ' Life Without Limbs ' (orang kurang upaya / tanpa anggota)

Sewaktu kecilny Nick bharus berdepan dengan pelbagai kerenah rakan2 yang ada segeintir dari mereka suka membuli Nick, mengejek dan mencercanya. Kerana berasa kekurangan maka Nick selalu menyendiri dan akibat dari itu dia sering berasa kesunyian.Sering kali juga Nick bertanya pada ibu bapanya mengapa ia dilahirkan sedemikian, tidak seperti kanak2 lain, malah dia sering mempersoalkan, apakah hikmah disebalik kecacatannya?



Selepas tamat alam persekolahan Nick menyambung pembelajarannya di Griffith University di Logan, Australia dalam bidang perakaunan &Perancang  kewangan. Pada usianya 19 tahun Nick sudah mula menonjolkan dirinya di mata umum dan masyarakat sebagai pemberi semangat (motivater). Dia telah banyak merubah pandangan ribuan manusia tentang apa itu kehidupan. Bagi Nick setiap yang berlaku itu bersebab dan ia cuma bergantung pada kita bagaimana mahu melihat kehidupan itu sendiri dan dari sudut mana kita ingin menilai kehidupan kita.



Cuba bayangkan jika kita lahir tanpa tangan, tanpa kaki, rasanya kehidupan kita akan penuh dengan kemurungan, berbanding semangat yang ada dalam diri Nick Vujicic. Beliau sangat positive dalam kehidupan beliau. Bagi beliau tidak ada satu sebab yang menjadikannya perlu berasa rendah diri/ malu/takut/sedih/muram kerana itu beliau keluar dari semua itu dan tambil gah sehingga menjadi idola ribuan manusia di serata dunia.



 


Juadah berbuka hari ke 7

Laksa Penang + Puding Caramel
Hari ini dah masuk hari ke 7 berpuasa, dan aku masih lagi gigih memasak untuk Mr Hubby setaip hari. Semalam aku buat mee kari + puding jagung, tapi x sempat nak snap pic, sebab ada tetamu datang, so sibuk, hari ni pulak Mr Hubby minta aku buatkan Lasa penang & puding caramel. Aku buatlah... masak sorang2, sambil berON9, wah!!seronok....

Dan inilah hasilnya.....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

v
v
v
v
v
v



Kenyataan yang berbeza | mana 1 nak percaya?

Terkejut!!!! terkejut!!!!!! terkejut!!!!!!
Ini jer yang mampu aku katakan!!! nasib aku tak ada sakit jantung, kalau tak mau aku kena serangan jantung tahap kritikal!! korang nak tahu kenapa? cuba korang baca entry berani mati sorang blogger nie



Aku tak bayangkan macam mana dia boleh buat entry yang sebegitu.Ish!!! tak masuk akal betul lah! kenapa aku cakap tak masuk akal? sebab beberapa minggu yang lepas aku juga menemui satu lagi entry berani mati, tapi ceritanya berbeza, dan cerita itu BERTENTANGAN. So sekarang yang mana satu korang nak percaya yer?? Jom usha entry berani mati yang pertama nie..


Cover handphone kulit babi

Zaman sekarang ni pakai handphone sudah menjadi perkara biasa, dan me'makeup' kan handphone pun dah menjadi perkara biasa. Bertukar2 casing,handphone sock, housing, macam2lah. Ada jugak yang sampai sanggup menghabiskan ratusan ringgit bagi menjadikan kulit handhope seperti yang diingini (coustom made)

Mengapa KAABAH Enggan Bergerak?| Kuliah Subuh

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan Titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek.Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah KAABAH. Malaikat datang membawa perintah ALLAH kepada KAABAH yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Juadah hari kedua

Bila bersuamikan orang yang tak suka makan kat luar, cerewet pasal kebersihan makanan, menjadikan aku terpaksa selalu basahkan kain untuk masuk dapur. Alhamdulillah aku bersyukur kerana disepanjang perjalanan hidup aku, aku banyak diberi bimbingan dari segi masakan oleh sesaorang yang aku panggil abang (tak pernah aku mention nama ni dalam blog aku...Insyaallah aku akan ceritakan tentang abg aku dalam entry aku nanti)

Kerinduan dibulan Ramadhan

Pernah tak korang rasa kerinduan? pasti adakan!! tapi yang lagi pasti, tentu tak ramai yang mengalami kerinduan seperti yang aku lalui.

Entah dimana dia saat ini? Dapatkah dia menikmati juada berbuka dan bersahur seperti yang dia inginkan? Ada ker orang lain yang nak melayan kerenah dia? nakal ker dia bulan puasa nie? Kuat ker dia nak habiskan puasa sehingga penuh? Ya Allah macam2 persoalan di benak fikiran yang aku sendiri tak mampu nak menjawabnya

Airmata terlalu murah saat ini................ dan aku menangis lagi!!!!!!


Juadah berbuka | makanan kegemaran Rasullullah

Bila menjelang sahaja bulan Ramadhan pasti semua orang berebut2 melakukan yang terbaik, termasuklah memilih makanan. Diantara yang menjadi rutin di bulan Ramadhan ini adalah buah kurma. Buah ini terkenal di bulan Ramadhan kerana ia merupakan makanan yang sunnat dimakan ketiga berbuka puasa. Namun ramai yang tidak tahu selain dari buah kurma ini, makanan2 manis semulajadi juga digalakkan untuk dimakan. Logik akal juga semua orang tahu bahawa sumber tenaga datangnya dari gula, jadi menganbil sesuatu yang manis dapat memberi tenaga diwaktu berbuka setelah seharian berlapar dan kehilangan tenaga.

Ahlan Wahsahlan Al-Ramadhan



Salam. Saya SYAUFI kawan SYA'BAN, saya ingin mengingatkan bahawa sahabat kita RAMADHAN akn dtg menziarahi kita pada esok hari bersama isterinya UMMU REZEKI & 2 anaknya SAHUR & IFTAR serta 3 cucunya iaitu RAHMAT,BARAQAH & KEAMPUNAN dengan membawa buahtangan LAILATULQADAR.

Maizawati Zainal | bekas isteri Akhil Hayy diijabkabulkan

Gempar!!!! Bekas isteri Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal telah selamat diijabkabulakn pada hari ini di Ipoh perak. Maizawati telah disunting oleh jejaka yang berusia 23 tahun, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, manakala Maizawati sendiri telah berusia 33 tahun dan mempunyai 6 orang anak.2 orang dengan suami pertama dan 4 orang dengan Akhil Hayy.


“Fighting Umbrella Corporation

Wah!!!! Satu lagi Movie yang menarik untuk di tonton. RESIDENT EVIL: AFTERLIFE telah di inspirasikan dari video game yang terkenal, tambahan cerita ini mendapat sentuhan seni bagi mendapatkan seni 3D yang hebat. Jika anda mahu menikmati bagaimana peluru yang dihalakan untuk ditembak mensasar ke muka anda dengan teknik 3 D ini, jangan tunggu, saksikanlah RESIDENT EVIL: AFTERLIFE yang akan muncul dipawagam pada bulan september yang akan datang.


Setelah berjaya dengan Resident Evil Extinction, kini Resident Evil kembali hadir dengan cerita RESIDENT EVIL: AFTERLIFE. Filem yang akan dibintangi oleh Milla Jovovich, Ali Larter, Spencer Locke, Wentworth Miller, dan Shawn Roberts dan diarahkan oleh Paul W. S. Anderson ini akan berada dipawagan bagi menemui peminatnya pada 10 September 2010. RESIDENT EVIL: AFTERLIFE ini termasuk diantara cerita yang sudah lama saya tunggu-tunggu kehadirannya.





poster 
 

Taniea dot com yang DENGKI

EeEeEeEeEe sebut jer sal minah nie, dia ni dari dulu sampai sekarang tak habis2 nak dengki dengan aku. Apa aku ada sume dia nak. Kekadang mau sakit jiwa gak haku dibuatnya. Ni pagi2 lagi aku dh dikejutkan dengan satu benda yang nyaris buat aku pengsan. Apa bendanya tu?

v
v
v
v
v
v
v



Asal Usul Tamar

Ahlan wahsahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.




Bayi manusia berwajah khinzir | Bayi khinzir berwajah manusia

Bila manusia dah terlalu canggih, mereka cuba melawan fitrah alam, melawan hukum Allah. Cuba bayangkan jika ini berlaku di dalam dunia, kacukan DNA antara binatang dan manusia, pastinya satu hari nanti kita tak dapat mengenali yang mana satu manusia, dan yang mana satu binatang.


 klik untuk zat  tumbesaran

Bayi manusia berwajah babi @  Bayi khinzir berwajah manusia?


Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.


POKOK GHARQAD (pokok yahudi)



Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi



" Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

POKOK GHARQAD 


Orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.



Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM