Hari Ini
Hari ini hari ke 6 aku selepas kemalangan yang berlaku, jujurnya aku masih belum pulih sepenuhnya, jujurnya aku masih terasa sakit dibeberapa bahagian tubuh, jujurnya juga aku masih trauma. Aku masih kerap bermimpikan kejadian tersebut dalam tidur ku. Arghhhh!!! Apa pun syukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini. Masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku bertaubat dan mempertingkatkan kekurangan amal dan ibadah.
Tragedi 13/06/2010 (part4)
Bila ditinggalkan seperti biasalah hati aku berasa sayu, sunyi, tambah bila menjelang waktu makan tengah hari. Melihatkan org lain semua ada keluarga yang datang, sedangkan aku seorang diri. Menunggu Mr Hubby datang untuk menjemput aku rasanya waktu berjalan terlalu perlahan.
Disebabkan rasa tidak sabar untuk keluar dari wad, aku sendiri telah menjelaskan semua bil untuk rawatan aku, nasib baik Mr Hubby awal2 dah meninggalkan duit. Dengan senang hati aku cuma menunggu mereka datang menjemput aku. Hampir jam 3.30pm bayang Mr Hubby dan mohdhairihassan.com masih tidak kelihatan lagi. Aku mula lah resah gelisah, tak sabar nak balik rumah. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Dalam kepala memikirkan macam manalah keadaan rumah aku saat ini? mesti macam tongkang pecah.
Dalam masa menunggu itu bakal room mate mohdhairihassan.com ada menelefon aku, dan kami sempat bersembang. Jam 4pm Mr Hubby muncul, dengan sepantas kilat aku angkat kaki. Tak sabar rasanya nak melihat dunia kat luar. Terasa semacam didalam penjara bila duduk hospital.

Tragedi 13/06/2010 (part3)
Sebaik segala tiub dan wayar tertanggal dari badan aku, aku lihat ada airmata jernih bertakung disudut mata Mr Hubby aku, mungkin saat itu dia begitu lega bila tahu aku tidak mengalami apa2 kecederaan pada bahagian tulang belakang selain dari mengalami kekejangan otot yang teruk.
Aku pandang Mr Hubby sambil bertanya apa yang dia lakukan sepanjang malam sewaktu aku berada di ICU? Kata Mr Hubby dia tak boleh nak tidur sebab sangat tertekan bila mengenangkan keadaan aku, terlelap beberapa ketika di tepi longkang diluar hospital sudah cukup bagi dia mengilangkan rasa mengantuk sepanjang malam. Diwajah yang amat aku sayang itu aku lihat ada garisan2 kepenatan. Kesian lelaki ini desis hati aku.
Tragedi 13/06/2010 (part2)
Sebaik dimasukkan ker ICU tangan kanan aku sekali lagi dicucuk di bahagian tepi lengan untuk memasukkan ubat, tetapi mereka sekali lagi gagal untuk mencari urat, darah menyembur keluar kerana kesalahan mereka mencucuk...sakitnya allah jer yang tahu, mereka cuba pula ke tangan sebelah kiri, alhamdulillah dapat jugak jarum masuk dan terlekat dgn sempurna. So saat tu tangan kanan aku ada 2 bekas jarum yang gagal dicucuk dan tangan kiri aku ada 2 jarum yang melekat, satu untuk air, satu untuk ubat.
Sepanjang berada di ICU aku dikawal dengan rapi, tubuh aku di ikat demi mengurangkan pergerakan aku yang mereka takut akan menjejaskan keadaan kecederaan yang aku alami. Dalam masa yang sama aku masih memakai 'collar' demi untuk mempastikan keadaan tulang belakang aku lurus dan berada dalam kedudukan yang betul. Dalam keadaan yang amat tidak selesa itu, airmata aku menjadi terlalu murah. dalam hati aku sayu, hiba, dan macam2 perasaan ada. Aku tertanya2 dimanakah suami aku saat itu? kesian dia, dari jam 10malam sampai ke bahagian kecemasan, sampailah aku dimasukkan ke ICU jam 3pagi, dia langsung tak berehat, langsung tak duduk, selalu disisi aku, sekarang ni bila dia tak dapat menemani aku lagi, dimanakah dia? ok ker dia? tadi dia sempat belikan aku air bila tengok mulut dan bibir aku kering, tapi sebalik aku dibawa masuk ke ICU aku sudah tidak dibenarkan untuk minum lagi. Aku dapat lihat wajah Mr Hubby sgt sayu saat itu.
Terbaringlah aku di katil itu seorang diri. Sekejap terlena, sekejap terjaga. Rupa2nya sepanjang aku di ICU Mr Hubby ada masuk menjengah aku sebanyak 2 kali, kebetulan dia masuk aku sedang tidur dan dia x sampai hati nak gerakkan aku, tambah bila melihat 1001 jenis wayar meliliti tubuh aku. Tangan kanan aku terdapat auto BP yang akan mengeluarkan bacaan setiap 30 minit, jari tengah aku sebelah kanan dipasang wayar untuk mendapatkan bacaan nadi aku, dada aku diletakkan patch untuk bacaan jantung aku, dan tangan kiri aku penuh dengan jarum2 yang membawa masuk air dan ubat kedalam badan aku.
Jam 6.40 pagi aku digerakkan oleh jururawat untuk pemeriksaan, sekali gus mereka membaca kadar urine aku, dalam keadaan aku tidak minum itu, aku masih lagi mampu mengeluarkan sebanyak 700ml air kencing. Dan saat itu aku baru tahu bahawa satu nikmat telah ditarik oleh Allah dari aku. Nikmat kencing. Mesti korang ketawa kan bila aku cakap macam ni. Tapi inilah pengalaman aku, sebab nikmat terasa nak kencing dan sewaktu meneran dan berlakunya proses air kencing keluar secara normal adalah satu nikmat yang tidak terhingga berbanding bila tau-tau aje air kencing dah penuh dalam urine bag, tapi tak sedar bila masa aku meneran dan membuangnya. Perasaan ngilu pulak terus menerjah ke pangkal ari2 aku. Terasa amat tidak selesa ( sapa yang pernah kena urine infection akan tahu perasan ini).
Jam 7.30 aku ditolak masuk ke wad biasa bila mereka dapati keadaan aku semakin stabil. tapi segala wayar, masih lagi memenuhi badan aku. Bila aku tanya bila agaknya segala ini akan dicabut dari badan aku, mereka cuma mengatakan itu akan dilakukan sebaik sahaja pakar sendiri merawat aku. Sebaik sampai ke wad biasa,
Doctor pakar segera mendapatkan aku, membuat bacaan kepada CT scan aku dan MRI aku juga pada x-ray yang telah aku buat malam tadi. Professor Guna, kebetulan kedatangan Prof Guna ditemani seorang lagi rakannya, Prof Ramuchandran yang juga merupakan sesaorang yang sgt2 aku kenali mula menyuruh aku mengerakkan tubuh aku sebelah kiri, inilah bahagian yang gagal aku gerakkan pada malam tadi. Dia menyuruh aku mengenggam tangan nya dengan sekuat mungkin bagi mempastikan kuasa tangan yang aku ada, alhamdulillah aku mampu buktikan aku mampu mengerakkan bahagian kiri tubuh aku yang gagal aku gerakkan semalam. Dengan sepantas itu juga dia mengarahkan collar dibahagian tengkuk aku dibuka, Beberapa org jururawat yang berada disitu mula tersenyum2 cuba menunjukkan sikap ambik berat terlebih sebaik mengetahui bahawa aku adalah rakan Prof Ramuchandran. Extra treat untuk aku. ahahahha.
Jam 8am- aku terlihat kelibat sesaorang sedang mencari aku. Siapakah dia? Siapa lagi jika bukan sijantung hati Mr Hubby Ahmad Syazwan. Sebaik dia melihat aku, aku lihat dia tersenyum. Tapi nampak sgt keletihan di wajahnya. Muka yang tak tidur 1 malam. ditangannya dia menjinjit satu beg plastik, aku tengok dalam tu ada 2 kotak air soya bean, satu dah dibuka ada separuh lagi airnya, satu lagi masih belum dibuka dan air mineral botal kecil yang isinya masih penuh. Terhenti dada aku melihat, ini tandanya dia tak minum dari malam tadi, sebaik aku dimasukkan ke ICU. Mesti hati dia gundah gulana. Sebaik mendapatkan aku dahi aku dikucup penuh kasih dan sayang. Pipi aku di cium tanda kesyukuran dia melihat aku masih bernafas. Hati aku masih lagi sebak. Mr Hubby lantas melabuh punggung disisi ku sedangkan jururawat sedang sibuk membuka segala wayar yang membelit tubuh aku. Yang paling melegakan bila urine tiub aku juga dibuka, sebaik urine tiub ditarik keluar aku dinasihatkan agar minum air dengan bayak bagi membolehkan aku membuang air secara normal, kerana system otot perut aku telah berhenti menerima pesanan untuk meneran urine, jadi kemungkinan untuk aku mendapat masaalah mengawal urine akan berlaku.
Bersambung nanti. Aku nak rehat kejap.......(kepala dh berdenyut2) nak habiskan entry ni pon makan masa 4 jam. dari pagi aku taip, berhenti, taip lagi, berhenti lagi....
'
Bekas lebam kegagalan memasukkan jarum dalam ICU
bekas jarum yang dimasukkan sewaktu dalam ambulance
Jarum terakhir yang tinggal hingga saat aku nak keluar ward
Tangan kiri selepas jarum2 dibuka sebelum keluar wad

Pic ni sewaktu aku dalam wad biasa, sebelum collar aku dibuka.
uhuhuhuhuh...tak sanggip tgk pic nie
Jam 8am- aku terlihat kelibat sesaorang sedang mencari aku. Siapakah dia? Siapa lagi jika bukan sijantung hati Mr Hubby Ahmad Syazwan. Sebaik dia melihat aku, aku lihat dia tersenyum. Tapi nampak sgt keletihan di wajahnya. Muka yang tak tidur 1 malam. ditangannya dia menjinjit satu beg plastik, aku tengok dalam tu ada 2 kotak air soya bean, satu dah dibuka ada separuh lagi airnya, satu lagi masih belum dibuka dan air mineral botal kecil yang isinya masih penuh. Terhenti dada aku melihat, ini tandanya dia tak minum dari malam tadi, sebaik aku dimasukkan ke ICU. Mesti hati dia gundah gulana. Sebaik mendapatkan aku dahi aku dikucup penuh kasih dan sayang. Pipi aku di cium tanda kesyukuran dia melihat aku masih bernafas. Hati aku masih lagi sebak. Mr Hubby lantas melabuh punggung disisi ku sedangkan jururawat sedang sibuk membuka segala wayar yang membelit tubuh aku. Yang paling melegakan bila urine tiub aku juga dibuka, sebaik urine tiub ditarik keluar aku dinasihatkan agar minum air dengan bayak bagi membolehkan aku membuang air secara normal, kerana system otot perut aku telah berhenti menerima pesanan untuk meneran urine, jadi kemungkinan untuk aku mendapat masaalah mengawal urine akan berlaku.
Bersambung nanti. Aku nak rehat kejap.......(kepala dh berdenyut2) nak habiskan entry ni pon makan masa 4 jam. dari pagi aku taip, berhenti, taip lagi, berhenti lagi....
'
Tragedi 13/06/2010 (part1)
13/06/2010 jam 9.pm-9.30pm.
Dalam perjalanan balik dari seremban aku dgn Hubby aku melalui highway PLUS. Sampai dekat dengan susur keluar Subang Airport dengan kelajuan lebih kurang 100km/sjam, kereta Satria milik kami (chenta) tiba-tiba mengeluarkan satu bunyi yang aneh, seperti sedang menyeret besi. Dengan rasa cuak dan berdebar aku telah memberitahu Mr Hubby " abg tayar kete meletup" lalu dijawab oleh Mr Hubby "aah tayar meletup" sambil Mr Hubby terus cuba mengawal keadaan Chenta pada kelajuan tersebut dengan harapan ianya akan stabil dan mampu berhenti dengan keadaan selamat, malangnya Chenta gagal dikawal pada kelajuan tersebut ditambah dengan kegagalan tayar Chenta yang meletup itu menjadikan Chenta gagal dikawal dan telah melambung terbabas ke pembahagi jalan. 2 kali kereta tersebut berpusing sebelum ianya tersadai.

Sebaik Chenta berhenti aku mula merasai sesuatu benda yang panas telah mengalir keluar dari arah mata ku, aku turunkan cermin yang terletak di penghadang matahari dan melihat kecederaan aku, dan aku terkejut bila mendapati mata sebelah kiri aku penuh dengan darah. Namun tiada rasa sebarang sakit dari dalam mata aku, sebaliknya kesakitan teramat sgt terasa disebelah atas mata. beberapa buah kereta telah berhenti untuk melihat keadaan kami dan mereka cuba membantu, sedang aku sudah tidak mampu lagi bergerak kerana keadaan aku yang sgt lemah dengan darah yang tak henti2 mengalir. Dalam keadaan kelam kabut itu ada seorang wanita menuju kearah aku dan bertanya jika ada apa2 kain utk menutup luka aku waktu itu. Sepantas kilat Mr hubby membuka bonet belakang dan mencapai sehelai boxoer dalam beg pakaian kami dan menekap luka dikepala aku. Dalam kesakitan aku aku dapat dengar salah seorang dari mereka telah menghubungi ambulance, dan ada yang mengesyorkan agar aku dihantar secepat mungin dengan kereta mereka, tetapi tiada sesiapa pun yang berani mengeluarkan aku memandangkan keadaan aku yang sgt lemah saat itu, dan mereka khuatir jika ada bahagian2 tubuh aku yang patah.
Inilah keadaan Chenta sewaktu kemalangan
10min kemudian Ambulance sampai dan membawa aku ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahmah Kelang). Sebaik memasuki ambulance tangan kanan aku terus dicucuk bagi memasukkan air supaya aku tidak kehilangan tenaga dan juga pengsan, Terasa tangan Mr hubby tersayang menggengam erat tangan aku sewaktu jarum itu menusuk kedalam urat saraf aku. Dengan kelajuan 140km/sjam lebih kurg 10 min kami sampai di HTAR. Aku terus dibawa ke bahagian kecemasan, dan mereka mula membuka balutan yang telah dibuat keatas aku sewaktu didalam ambulance, dan mendapati ada kecederaan dibahagian atas mata. Dengan kadar segera aku telah diberikan suntikan Tetanus bagi menghalang kancing gigi berlaku dalam keadaan aku sakit, juga satu satu suntikan bagi mengurangkan kadar kesakitan aku. Jarum pertama yang disuntik bagi memasukkan air kedalam badan aku tidak masuk dengan sempurna menyebabkan urat ditgn kanan aku membengkak, lantas mereka terpaksa mencabut jarum tersebut dan mencucuk satu lagi jarum baru ke tangan kiri aku bagi memasukkan air kedalam tubuh aku. Alhamdulillah jarum itu dapat masuk dengan sempurna.
Keadaan aku sebaik tiba di Emergency HTAR
Bila pemeriksaan di jalankan mereka mendapati aku gagal menggerakkan bahagian kiri tubuh aku, lantas x-ray perlu dijalankan keatas aku, dengan sepantas kilat mereka terus membawa aku ke bilik x-ray dan hasil dari x-ray tersebut mereka gagal mengesan sebarang kecederaan dibahagian tubuh aku, Tetapi memandangkan aku masihs sakit dan gagal untuk menggerakkan tubuh sebelah kiri aku maka MRI ataupun CT Scan perlu dijalankan keatas aku, lalu sekali lagi aku ditolak ke keluar dari bilik kecemasan menuju ke bilik scanning, Sepanjang segala ini berlaku MR Hubby selalu berada disisi aku. Terima kasih abang............. T___T.
Dalam menunggu segala keputusan ini dibuat dan pemerikasaan dilakukan ada satu peristiwa yang sgt MENYENTUH HATI AKU T_____T. Pundi2 kencing aku penuh, aku tak tahan tetapi dalam masa yang sama dengan leher aku dipasungkan dengan 'collar' aku tidak dibenarkan untuk berjalan, maka mereka mencadangkan aku agar memakai tiub bagi membunag air kencing, tetapi aku berkeras tidak mahu dimasukkan tiub lantas dengan penuh kasih dan sayang Mr Hubby yang sebelum ini sgt aku kenali dengan sifat pembersih dan penjijiknya telah menawarkan diri agar menampung Urine Board untuk aku. Agak terkejut dengan tawaran dan kelakuan Mr Hubby, tapi itulah dia bila org yang disayangi berada dalam keadaan sedemikian, maka segalanya mungkin berubah. Selepas segalanya keluar Mr Hubbylah juga yang telah membersihkan segalanya, hanya kerana aku berkeras untuk tidak menggunakan Urine tiub. Ya Allah selama ini aku sgt berburuk sangka terhadap Mr Hubby, aku sangkakan jika aku yang sakit beliau tidak akan mampu menjaga aku seperti aku menjaga beliau sewaktu sakit, tapi tanggapan itu meleset.
Hasil CT Scan mereka mendapati ada sedikit perkara luarbiasa dibahagian belakang tubuh aku ( ini adalah hasil Transplant aku 5 tahun yang dulu) dan aku memang tidak mahu memberitahu hal ini kepada pihak HTAR, kerana aku tahu andai aku ceritakan segalanya makan keadaan aku akan menjadi semakin rumit. Maka aku diperintahkan untuk dimasukkan ker ICU. Sedihnya Mr Hubby tidak dibenarkan untuk menemani aku. Dalam bilik ICU aku dikawal dengan begitu rapi. Dan yang paling menyedihkan bila mereka memasukkan juga tiub bagi memudahkan aku untuk membuang air kecil. Terlukis diwajah Mr Hubby kesedihan dan kerisauannya bila dia tidak boleh menjaga aku. Dia cuma dibenarkan masuk dan melihat keadaan aku setiap 3 jam sekali...... (maaf gagal mendapatkan gambar dalam bilik ICU)....
Bersambung part 2 nanti >>>>> nak rehat dan tido..... rindu nak kena feluk dgn Mr Hubby
Tragedi...:(
Pengumuman..Pemberitahuan...Pem...ape2 je la!uhuu...
Nie Cik Sayangkema a.k.a adik kak tash yg comel..(sempat!)
Kak Tash berada di Hospital Klang skarang nie....XCIDENT!!!!uhuuu..kaka ku xcident....uhuhuhuh....kete teruk...kak tash pun teruk...muka jait2.....tengkuk patah KOT...uhuuu.....
Korg2 g la mlawat...kema ptg jap g pas keje insyaallah g jaga die mlm nie....uhuhuhuhuh...kaka ku.....sedeynyeee!!!uhuhuhu.....get well soon kaka...we luv u soooo much!!!!

Hadiah ulangtahun perkahwinan
Sempena Ulang tahun perkahwinan yang ke 4, Mr Hubby telah menghadiahkan aku sepasang Kuda Laut. Bukan yang hidup tau, tapi yang kering, yang hidup bukannya senang nak jaga. Yang ini dari specis yang lutsinar semasa ianya hidup, bukan senang nak dapat. Dengar macam biasa jer kan? apa lah istimewanya kuda laut. Alahai kuda laut sekarang ni bersepah, kat mana2 pun boleh beli, cuma yang jadi istimewanya bila kita tahu satu fakta tentang kuda laut ni. Dan fakta itu telah menyentuh naluri keperempuanan aku.
Apakah fakta itu?
- Keunikannya, kuda laut adalah pasangan yang setia. Kebanyakan
spesies
dari Kuda Laut dikenali merupakan pasangan sehidup semati. Mereka hanya
akan
kawin dengan pasangannya. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi
di
dalam dunia ikan, dan jika ada diantara pasangannya mati, maka yang satu lagi yang masih hidp tidak akan mencari pengganti, dan akan menghabiskan sisa2 kehidupannya dengan berenang2 disekitar tempat pasangannya menghembuskan nafas terakhir.
( sedih ni...sangat emo T____T)
Sebut tentang kuda laut, tak ada yang pelik, rata-rata ramai yang tahu tentang specis kuda laut ini, tapi ramai yang tak tahu tentang fakta kuda laut.
Fakta:
- Kuda laut adalah jenis ikan yang hidup di laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae. Haiwan dengan ukuran yang bervariasi antara 16 mm (untuk spesies Hippocampus denise) sampai 35 cm ini dapat ditemukan di perairan tropica dan menengah di seluruh dunia.
- Kuda laut merupakan satu-satunya spesies yang jantannya dapat hamil. Tetapi bukan berarti yang jantan yang mengeluarkan
telur. Namun, telur
tersebut tetap
dihasilkan oleh betina. Tapi disimpan oleh yang jantan dalam perutnya
untuk disimpan
dan dijaga antara 10 hari hingga 6 minggu hingga telur menetas.
Kemudian kuda laut dilahirkan bapaknya, dalam erti lain telur-telur yang
dihasilkan
ibu kuda laut dipindahkan ke kantung perut sang bapak sekitar tiga mingu
telur-telur
kuda laut yang jumlahnya ratusan akan tinggal dalam perut sang bapak.
Pada minggu ketiga satu persatu kuda laut-kuda laut kecil akan lahir dan tumbuh dewasa menjadi kuda laut-kuda laut yang cantik. Kuda Laut jantan memerlukan waktu sekitar 30 minit untuk melahirkan anak-anaknya. Dalam sekali masa melahirkan, dapat mencapai jumlah 15 hingga seribu ekor, tergantung pada jenisnya.
- Sirip dorsal pada kuda laut terletak pada bagian bawah sedangkan sirip pektoralnya terletak pada bahagian kepala, berdekatan dengan insang. Beberapa spesies kuda laut berwarna transparent. sehingga tidak mudah terlihat. Populasi kuda laut terancam kerana penangkapan yang berlebihan.
- Kuda laut dimanfaatkan pada herbologi tradisional Tiongkok dan sebanyak 20 juta kuda laut telah ditangkap setiap tahunnya untuk keperluan ini.
- Kuda Laut memiliki 50 jenis berbeda di dunia.
- Bayi-bayi Kuda Laut terlihat sangat mirip dengan induknya, kecuali dalam hal ukuran. Dan yang lebih menarik lagi, mereka akan mampu mencari makan sendiri setelah dilahirkan.
**Symbol / motif : semoga cinta aku dgn Mr Hubby akan menjadi seagung cinta kuda laut pada pasangannya, setia hingga bila2.
'
Aku dapat akar bahar | Barang unik
Akar Bahar atau ada yang menyebutnya sebagai Akar Bohor dengan nama latinnya Antiphates Sp juga lebih dikenali sebagai Black Coral.Ada sesiapa yang pernah melihat barang ini?
Akar Bahar adalah terdiri dari golongan hidupan laut yang kita panggil sebagai karang, cuma ia tidak kelihatan seperti batu karang biasa, tetapi ia lebih kepada menyerupai sejenis tumbuhan.Jom usha gambar yang disedekahkan oleh pakcik google aku nie.
Akar ini sudah sangat terkenal di kalangan Jawara dari Betawi ataupun Jawa, mereka selalunya memakai akar bahar ini dibahagian lengan mereka sebagai simbol kepahlawanan.
Akar bahar atau di bali biasa di sebut kayu uli hidup di perairan laut dalam dengan nama latin Antiphates Sp. terbagi menjadi tiga jenis, yaitu Akar bahar Hitam, Akar Bahar Putih, & Akar bahar Merah. Dari ketiga jenis tadi, akar bahar hitam lah yang lebih mudah di temukan. Sebagai Aksesoris akar bahar dapat dijadikan sebagai gelang, cincin, ataupun pipa untuk merokok ( cangkong ). Akar bahar ini adalah jenis tanaman karang, karena hidupnya di karang laut dalam.
Dimanakah selalunya terdapat akar bahar ini? akar bahar ini sangat mudah didapati di Bali, Kepulauan Bangka Belitung, di Sulawesi Tenggara Kab. Konawe Utara, di Halmahera Timur, di Irian Jaya atau yang sempat singgah di negeri seberang anda dapat menemukannya di Hawaii, atau di perairan Cuba.
Semasa di dalam laut (masih basah), pokoknya agak lembut dan mudah dibentuk. Ianya akan mengeras bila kering. Seperti sedia maklum akar bahar terbahagi kpd beberapa gred, di mana ia terbahagi kepada warna hitam/ perang/ putih, untuk mengambilnya pula perlu mengambil risiko yg tinggi kerana ia terdapat pada lautan yg paling dalam .
Akar bahar amat berkhasiat untuk sesiapa yang mengalami rheumatism dan sengal-sengal otot. Ia juga dipercayai dapat merawat bisa seperti santau, bisa dipatuk ular, penolak ilmu hitam, pelaris, Wallahualambisawab. Jika kita mempercayai bahawa kayu ini mempunyai kuasa maka akan tercalar aqidah kita, tetapi jika kita beriman dengan Allah s.w.t dan meyakini setiap kejadian yang dijadikan oleh Allah atas muka bumi ini ada tugas-tugas dan kelebihan2 yang tersendiri maka tidak mustahil tumbuhan karang yang dicipta Allah ini juga mempunyai tugasnya yang tersendiri, khasiatnya yang tersendiri, dan disampaing ikhtiar itu jika berlakunya penyembuhan ucapkanlah "ALHAMDULILLAH". Barang yang menyembuhkan itu cuma perantaraan / asbab, kerana sesungguhnya yang meyembuhkan itu adalah Allah.
Aku dapat akar bahar ni secara tidak sengaja dengan mahar (tukaran) yang aku rasakan berbaloi.

v
v
v
v
v
v
Akar bahar yang masih kecil

Akar bahar yang ketinggiannya melebihi 8 meter
Sarang (tempat tumbuh) Akar bahar
batang Akar bahar
Belakang sangkar(tempat tumbuh) Akar bahar
Aku masih memikirkan apa yang ingin aku buat dengan kayu yang menjadi kegilaan ramai ini.Any Idea?
Cantik tak gelang lengan nie?
Simple tapi tetap unik
Buat tasbih pon baguskan
Ataupun buat cincin
Atau jadikan loket?
Any idea?
Cinta Abadi 30 hari
Berderai laju air mata ini membaca satu entry yang aku secara tidak sengaja membacanya. Emo dan tersentuh hati aku teramat sangat.Jika aku yang tidak pernah mengenali arwah secara peribadi pun amat2 terasa akan kesedihan itu, apa kan lagi jika mereka yang dekat dan selalu bermesra dengan arwah.
Pada 4hb Mei 2010 aku ada menulis satu entry (klik disini) mengenai permergian arwah, kepulangannya kembali kepada Pencipta. Secara peribadinya aku memang tidak mengenali arwah, cuma aku selalu jugak masuk ke blog arwah. aku suka cara penulisan arwah yang bersahaja dan gurauannya dalam menbalas komen2 pembaca.
Tapi pagi ni aku seperti terpanggil untuk membaca blog itu sekali lagi, dari satu entry ke satu entry aku baca, sehinggalah aku membaca satu entry arwah yang membuatkan kepala aku jadi berat dan deraian airmata aku mengalir tanpa mampu aku sekat lagi. Arwah seperti telah merasakan saat pemergiannya 6 bulan sebelum itu lagi, dia seperti mahu memberitahu kepada semua yang dia akan pergi buat selama-lamanya, dalam keadaan yang mengerikan. Dan pemergiannya itu akan ditinggalkan sekeping hati yang menyintainya, dan dia pergi bersama cinta itu.
Ini adalah entry arwah bertarikh 24 November 2009 (selasa) yang bertajuk " Tidak Kesampaian "
Hisham:
Aku rasakan, kita berada disebelah dunia yg lain,kesunyian dan keseorangan
Eikin:
Aku pun berfikir begitu juga, semua teman2 aku mempunyai boyfren, dan hanya tinggal kita berdua di dunia ini tanpa sebarang teman istimewa dalam kehidupan kita.
Hisham:
Yup, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi.
Eikin:
Aku tahu! kita akan bermain satu permainan...
Hisham:
Permainan apa yang kau maksudkan?..
Eikin:
Permainannya begini, aku akan menjadi girlfren kau selama 30 hari
dan kau akan menjadi boyfren aku selama 30 hari juga.Apakata kau??..
Hisham:
Wow!..hebat permainan ni,aku setuju..lagipun aku memang free dan pada minggu berikutnya pun aku free...
Hari Pertama:
Mereka pergi menonton movie pertama mereka bersama
dan mereka keduanya tersentuh kerana mereka menonton filem kisah cinta yang sungguh romamtik..
Hari ke-4:
Mereka pergi ke pantai dan berkelah sambil mandi manda, berkejaran sesama mereka ditepian pantai dan menyaksikan matahari terbenam bersama. Hisham dan Eikin merasai detik2 yang sungguh indah yang tidak pernah dialami oleh mereka sebelum ini...
Hari ke-12:
Hisham mempelawa Eikin ke Genting Highland dan mereka pergi ke Taman Tema.Disana mereka masuk ke rumah hantu.Di rumah hantu yang gelap, Eikin ketakutan dan untuk menenangkan ketakutannya dia terus memegang tangan Hisham tapi sebenarnya dia memegang tangan orang lain secara tak sengaja dan mereka berdua tertawa bila mengenangkannya.
Hari ke-15:
Mereka terjumpa dengan seorang peramal nasib di jalanan, dan mereka meminta pandangan tentang masa depan mereka.Peramal nasib itu berkata:
"Sayangku, tolong jangan mensia-siakan masa hidup anda,penuhilah saat2 indah bersama-sama, dengan gembiranya." Kemudian air mata pun mengalir keluar dari mata peramal nasib itu..
Hari ke-20:
Eikin mengajak Hisham pergi ke bukit Ampang untuk menghayati keindahan Kuala Lumpur dan melihat kecantikkan bangunan KLCC pada waktu malam dan mereka ternampak meteor dilangit serta bintang2 yang bertaburan diangkasa sambil Eikin melafaskan sesuatu secara senyap..
Hari ke-28:
Mereka menaiki bas bersama,oleh kerana jalan yang mereka tempuhi tu beralun-alun dan bas pun bergoyang-goyang..Eikin secara tidak sengaja memberikan ciuman kepada Hisham..
Hari ke-29:
11:37:
Eikin dan Hisham pergi ke taman, tempat pertama mereka bertemu dimana mereka memutuskan untuk bermain permainan ini.
Hisham:
Aku penat dan dahagalah Eikin .. kau nak apa2 minuman tak? Aku nak pergi beli air dekat kedai diseberang jalan tu..kau nak tak?
Eikin:
Aku nak air vanilla coke, itu sahaja. Terima kasih Sham..
Hisham:
Kau tunggu sekejap tau..
20 minit kemudian
Seorang anggota polis mendekati Eikin..
Anggota polis:
Adakah awakt teman kepada Hisham?
Ekin:
Ya, kenapa encik? Apa yang terjadi?
Anggota polis:
Seorang pemandu mabuk telah melanggar Hisham ketika beliau sedang melintas diseberang jalan sana.Beliau sekarang telahpun dikejarkan ke hospital dan berada didalam keadaan yang amat kritikal..
Ekin:
Ya Allah!!!..apa dah jadi..subahanallah!!!..Hisham!!!
11:57:
Doktor berjalan keluar dari bilik kecemasan dengan ditemani seorang anggota polis lalu mereka berjumpa dengan Eikin dan menyerahkan air vanilla coke yang masih didlam keadaan yg baik beserta sepucuk surat.
Doktor:
Saya terjumpa surat ini didalam kocek Hisham..
Eikin membuka lipatan surat itu dan membacanya..
Eikin, beberapa minggu terakhir ini, aku menyedari bahawa kau seorang gadis yg menawan dan baik, aku benar2 tertawan dgn senyuman manis kau, aku sayangkan kau semuanya dan kau begitu sempurna ketika kita bermain permainan ini. Sebelum permainan ini berakhir, aku ingin menjadikan kau teman wanita untuk sepanjang hayat aku dan aku nak menghabiskan sisa2 hidupku bersama kau...
Aku mencintaimu, Eikin...
Eikin meramas kertas itu dan berteriak:
"Hisham!!! Aku tidak ingin kau mati --
Aku mencintaimu; ingat tak malam itu ketika kita melihat meteor dan aku ada melafaskan sesuatu. Aku melafaskan, bahawa aku berharap kita akan bersama-sama selamanya dan aku berharap sangat bahawa kita tidak akan pernah menamatkan permainan ini. Tolong jangan tinggalkan aku Hisham .. Aku cinta kau! kau tidak boleh tidak boleh pergi begitu sahaja.. "
Kemudian, tepat pukul 12.00 AM ...
Degupan jantung Hisham berhenti mengepam ...
Itu adalah hari yang ke-30...
Segala yang Arwah tulis itu adalah seperti dialog dan jalan cerita hidupnya sendiri, Arwah telah menikahi isterinya genap 30 hari sebelum arwah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawanya. Ya allah................................Apa yang ditulis oleh arwah adalah seperti dia telah mengetahui yang dia akan pergi selepas 30 hari bersama dengan insan yang sangat dia cintai. Al-fatihah buat arwah Hisham.
Sesungguhnya aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan isteri awrah bila berdepan dengan dugaan yang maha hebat ini. Inai masih merah dijari, tubuh masih terasa kehangatan suami memeluk dan membelai, tiba-tiba harus berdepan dengan hakikat kehilangan insan tercinta yang baru saja berkongsi hidup selama 30 hari. Cuma aku berharap, isteri dan keluarga arwah akan tabah, cuma itu yang mampu aku doakan, walaupon hakikatnya jika ini berlaku pada aku, aku sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri ini.
Motif cerita ini, hargailah insan yang kita cintai dan menyintai kita sementara kita masih dipinjamkan nyawa, kerana kita tidak tahu bilakah tarik akhir pinjaman tersebut akan berakhir.

Tercapai segala hajat sebelum dia pergi
Bangun pagi ni, rasa2 perut dah kosong, mengalir lagi airmata aku. Sebak hanya Allah yang tahu. Masih terasa lagi dia menjadi penghuni rahim ini. Ya Allah tabahkan aku Ya Allah, berikan aku satu kekuatan luar biasa untuk mengharungi ini semua. Jadikan Aku setabah Mariam bila melahirkan Isa a.s, berikan aku segala kekuatan yang pernah kau berikan pada mereka2 yang terpilih itu Ya Allah.
Sekadar tinggal kenangan...........
Saat menukmati Lemanag Kijal Terengganu
Masa ni macam x tertahan-tahan rasa mengidam nak makan Lemang Kijal
Tepung Kapur ( 10Q uncle google yang macho)
Kelazatan telur penyu Terengganu
Pulut Lepa Kemaman
Otak-otak kemaman
Satar kemaman.
Sebaik dapat semua makanan-makanan yang diidamkan ni, dia pun pergi meninggalkan aku T______T.
Ya Allah berikan aku kekuatan Ya Allah. Sesungguhnya aku amat lemah menerima ujian mu ini Ya Allah.
'
Akhirnya DIA pergi jua
Ya Allah seperti mimpi.... aku kehilangan lagi. Memang kehilangan kali ini telah diduga kedatangannya, tapi aku seperti berpegang pada keyakinan aku "miracle happen" Puas aku pujuk hati dgn mengatakan " jika ia memang ditakdirkan untuk aku, ia memang milik ku" tapi telah tersurat dia pergi pada usia perkahwinan aku cukup 4 tahun.
Entry Anniversaary aku tulis pada jam 1.15pm, dan aku mengalami trauma ini pada jam 2 pm. Apa pun aku harus redha dgn ketentuan yang Maha Esa. Memang sangat down, sangat sedih, malah entry ni aku tulis dalam keadaan aku tak mampu menyekat airmata aku. 4 tahun aku tunggu.
Sewaktu pengesahan dibuat aku memang telah di nasihatkan oleh pakar agar tidak memberi apa2 harapan pada kandungan aku ni. Aku diberi 2 pilihan, sama ada mengugurkannya, atau tunggu sehingga 12 minggu bagi melihat perkembangan janin, sekiranya masih tiada apa2 perubahan, aku dinasihatkan agar melakukan D&C juga. Tapi seperti pernah aku berdoa, andai dia bukan milik ku, jgn dipaksa ia keluar dr rahim ini, biarlah ia pergi dengan sendiri, aku tidak mahu darah daging ku merasa kesan kesakitan bila dipaksa keluar melihat duni pada sebelum masanya. Ya Allah besar sungguh ujian mu ini Ya Allah
Sepanjang 3 bulan aku mengandung ni memang tekak aku ni mengidam macam2, alhamdulillah semuanya tercapai, Mr hubby carikan jugak walaupon sesukar mana sekali pon. Aku teringin sgt nak makan kueh tepung kapur yang mana kuih ni hanya ada di Terengganu, Alhamdulillah semalam pagi sewaktu sarapan Mr Hubby dapat mencarinya di pasar. Sanggup dia keluar mencari semata2 nak lepaskan rasa mengidam aku. Aku teringin nak makan lemang kijal, aku dapat malam masa ODW balik ke Terengganu pada khamis malam. Aku teringinkan telur penyu Terengganu, aku dapat makan 3 bijik malam tadi, masih ada lagi baki 7 bijik dalam peti ais tuh, itu pon Mr Hubby cari kat pasar payang bagai nak rak, sebab kebanyakan yang dijual adalah telur penyu Sabah atau pun yang sudah di asinkan, sedangkan aku mencari yang masih fresh.
Dalam perjalanan balik sempat aku singgah di kemaman, mencari satar, otak2 dan pulut lepa, semua yang aku nak makan aku dapat, rupa-rupanya aku nak kehilangan kandungan aku hari ni, rupa2nya baby ni nak makan semua yang dia nak dulu sebelum dia pergi meninggalkan rahim ku.
Kawan2...... doakan aku agar kuat, doakan aku agar ada rezeki aku di masa akan datang. Aku dah hubungi Gynecology aku. aku diminta agar berjumpa dengannya pada hari jumaat ini, bagi memastikan samaada aku memerlukan D&C atau pon tidak.
Pada kawan2 yang pernah mendoakan agar kandungan aku sihat... teruskan doa kalian agar aku ada rezeki sekali lagi, dan disini jugak aku buka kan hasrat hati aku, pada sesiapa yang tahu, mempunyai maklumat, atau mengenali mana2 wanita yang ingin memberi bayi mereka pada org lain, sila hubungi aku, sebak, sedih hati ini cuma tuhan yang tahu, dan sesungguhnya aku memerlukan tangisan bayi bagi mengubati azab dan sengsara hati aku ini.......
'
08/06/2010
sayang, sedar atau tidak sudah 4 tahun rupanya kita bersama, tanggal ini menjadi sejarah dalam hidup B, bila abg hadir berraja dihati. Kehadiran abang memang tak pernah diduga akan menukar segala dan keseluruhan cerita hidup B, Segalanya bertukar rupa, sudah tidak seperti dulu lagi.
Siapa sangka perknalan kita yang singkat itu membawa pada satu ikatan, tambahan dengan segala airmata dan kesulitan yang kita lalui. Menjadi permaisuri hidup abg, adalah sesuatu yang amat membahagiakan. Abang adalah anugerah teristimewa, abang adalah anugerah Allah yang paling berharga dalam hidup B.
Rumahtangga mana yang tidak bergelora, tridak diuji, tidak dilanda ribut dan taufan? sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita suami dan isteri, Tapi segala itu tidak mengurangkan walau sedikit pon rasa cinta yang pernah ditanam dalam hati malah ianya seolah menjadi baja bagi menyuburkan lagi benih2 kasih dan cinta yang telah kita semai
Semalam kita dalam perjalanan balik dari Terengganu ke KL, melalui jalan dan highway yang sama pernah abg lalui dengan motor abang untuk Ke KL. Bukan sekali, tapi 2 kali abg ke KL dengan cara yang sama. Semalam sebak hati bila memikirkan bagaimana seksanya berada diatas motor tuh untuk sampai ke KL, bukannya dekat, bukan boleh sampai dalam masa 1 atau 2 jam. Besar sungguh pengorbanan itu. Terima kasih abang sebab melakukan itu semua untuk baby.
Setelah 4 tahun berkongsi hidup ni..... B rasakan seperti baru jer lagi kita bersama, tak terasa ianya telah melintasi satu jangka waktu yang agak panjang. Terlalu banyak cerita hidup kita untuk dilakarkan, B cuba untuk menceritakan segalanya, tapi niat dihati nak habiskan cerita Aku & Dia pon masih tergendala, cuma mampu dilakarkan sehingga episod 17 jer setakat ini, ramai antara pembaca blog ini masih tertunggu2 cerita dan jalan cerita Aku & Dia walau telah ramai yang tahu kesudahannya kita bersama.
Abang, andai satu hari nanti terhenti cinta abang buat B, jgn abang khianati B atau dustai B, luahkan rasa itu sama seperti abg pernah luahkan segala kerinduan dan cinta abg pada B, walau pahit, tapi lebih pahit lagi andai B didustai.
Abang, besar impian B untuk hubungan ini, semoga ianya kekal hingga ke akhirat. Andai menjadi ketentuan antara kita dijemput pulang, biarlah B pergi dulu, kerana B tidak tahu bagaimana mahu menghabiskan hari2 B tanpa abg disisi B. Bagaimana mahu mengubati kerinduan itu pada abg. Pastinya itu menjadikan satu panahan petir yanga kan membakar sekala pelusuk jiwa dan nurani.
Sebagai isteri B tahu, b bukanlah isteri yang sempurna buat abg, tapi cuma satu yang mampu b katakan, cinta b terlalu besar untuk abg ukur, terlalu dalam untuk abg renangi dan selami. B sayangkan abg, akan menyintai abg sehingga berakhirnya nadi ini.
Terima kasih sekali lagi kerana menerima diri ini, terima kasih kerana tidak menjadikan jurang usia sepusingan jam itu sebagai penghalang cinta kita dari mekar
I love u Ahmad Syazwan
'
Terengganu ada McGyver
Wah!!! lama dan sangat lama aku tak update blog, iyelah kan, aku busy sangat2. Kebetulan aku balik ke terengganu, dan berukband yang digunakan dirumah mertua aku kat KT memang macam beruk. En.Biru sangat lembab disana.
Apa yang membuatkan aku balik ke KT dan bercuti panjang disana? yang itu nanti aku akan ceritakan dalam entry aku yang akan datang. Insyaallah. Tapi ni aku nak tunjuk betapa hebatnya terengganu sehingga memiliki McGyver nya sendiri.... Korang tak caye? Cuba korang tengok Pic ni.
v
v
v
v
v
v
v
v
Wah hebatkan? tak hagak2 dia nak letak nama McGyver tuh. Sampai 2 kali aku pusing sbb nak snap pic ni... ahahahahah, memang aku gelak masa tengok nama kedai ni, mana nya tak? korang tengok jer siap dia tarik pelanggan dgn nama tuh, pas tuh siap letak nombor bertuah lah kununnya 888, memang tak hagak2. Dah lah kedai ni terletak betul2 dekat tepi jalan besar Wakaf Beruas. Memang menarik minat aku.
'
Segalanya
Syukur Alhamdulillah, aku masih bernafas sehingga hari ini, masih mampu mengukir senyuman walaupun dalam senyum itu ada luka, ada kesedihan yang tidak terpapar. Pagi ni aku agak terusik, sangat terusik bila aku menghubungi seorang teman yang baru sahaja aku kenali melalui seorang teman yang lain.
Disini aku namakan dia sebagai sue. Sue baru berusia 30 tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel berusia 3 tahun. Sue baru disahkan mengidap barah payudara peringkat awal stage ke 2. Sue telah melakukan 6x cheymotheraphy. Bila sahaja aku mengetahui tentang wanita istimewa ini, hati aku tergerak untuk menghubungi nya, untuk berkongsi banyak perkara dengannya.
Berasa takut untuk pejam mata bila nak tidur, itu lumrah, kita takut sekiranya kita tak akan mampu untuk celik pada keesokan harinya, Bila pandang wajah org yang kita sayang, kita sedih yang kita akan meninggalkan mereka, kita takut sekiranya kita tak mampu mendampingi dan menemani hari2 mereka, bila org2 disekeliling menghulurkan bantuan pada kita, kita rasa diri kita 'useless' kita anggap kita beban pada mereka, bila kita ditanya " boleh ker sembuh" kita sebenarnya sedang terpekik terlolong dalam hati mengatakan "aku tak nak mati", Bila kita ditanyakan "ada harapan ker?" kita sebenarnya menjerit dalam hati mengatakan "bantulah aku untuk memberi harpan baru" tapi sayang segala itu kita pekikkan di dalam hati, sebab org tak akan dengar & memahaminya.
Segala ini telah aku lalui 6 tahun yang lampau. Sebaik Doc mengesahkan tentang aku mengidap 'bonemarrow cancer' sejak itulah hari2 aku menjadi suram, menjadi kelam, menjadi malap, tapi aku sedar dgn berperasaan sedemikian ia tidak akan membantu aku apa2, sebaliknya akan menjadikan keadaan aku bertambah teruk. Jujur aku ingin bertanya, pada mereka yang mengenali aku, pernah berjumpa dengan aku, nampak tak korang aku seperti bukan salah seorang pesakit cancer? Malah ramai yang tidak tahu aku mengalami sakit itu sejak sekian lama. Itu lah aku!!! Aku bersyukur kerana aku diberikan tangan2 yang banyak membawa aku keatas, walau dalam masa yang sama, banyak jugak kaki2 yang sedang memijak aku kebawah.
*sign* bukan senang untuk aku buka kembali lembaran ini, cerita ini, sebab jika boleh aku ingin tutup terus buku ini, tidak mahu mengingatinya, kerana ia terlalu pahit.Tapi demi seorang Hamba Allah yang memerlukan kekuatan yang sama, cuma mereka yang mengalami yer sahaja yang faham, aku rela membuka sehelai demi sehelai cerita ini, jika itu harga kepada kekuatan yang boleh dia perolehi. Aku katakan pada sue, "u got to be strong" pandang anak kecil u, katakan pada diri u, yang u perlu hidup sekurang2nya sehingga esok untuk tengok dia tersenyum sepanjang hari, dan esok katakan lagi perkara yang sama pada diri, dan lakukannya perkara ini selagi kita bernafas. Inilah salah satu rawatan minda yang aku pelajari, bagaimana melawan kesakitan dengan kekuatan yang kita ada.
Bagaimana aku mengatasi ketakutan dan gantikan dengan keceriaan ini? Insyaallah aku akan ceritakan nanti.
**hari ini aku akan memulakan perjalanan untuk ke Pantai Timur, menemui sebahagian dari diri aku di sana. Rindu lama tak jumpa dia **
Doakan perjalanan aku selamat, dan semoga selamat sampai agar aku mampu kongsikan sedikit kekuatan pada mereka yang memerlukan.