.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Cincin merisik

Percaya atau tidak? 5 buah kedai emas kami terokai untuk emncari cincin merisik untuk SIGADIS yang menjadi pujaan SITERUNA, namun gagal!!Aduh...... Wahai siteruna kenapalah memilih gadis idaman yang jarinya boleh wat korek lubang telinga... makdatuk punya halus. Susah gila nak cari. kalau ada ulak tak berkanan dihati.

Perancangan awalnya nak g beli cincin ni cuma aku, siteruna dan sigadis sahaja, tapi entah bagaimana ibu si teruna ini pulak yang excited, almaklumlah hantu menantu petama, maka satu family besar telah pergi mencari cincin bagi memetik bunga taik ayam di belakang rumah taman. Ibu, ayah, adik perempuan, adik lelaki siteruna telah bersama2 menjelasak sepelusuk dunia kedai bagi mencari yang berkenan dihati.

Dari satu kedai ke satu kedai.....akhirnya tibalah disatu kedai "barat". pilih punya pilih, tawar menawar dilakukan, maka kami dapat pada harga yang berpatutan, ini pun sebab aku ada "bau budu" ..ahhaah bukak jer mulut cakap kelantan terus  harga jadi BEST!!

So now counting days.... 8 hari dari sekarang. wahhh aku dapat tgk muka kedua2nya berseri2 macam bunga taik ayam. Al maklumlah org nak jadi darah tinggi manis.

Atas menghormati permintaan kedua2 mereka maka gambar mereka tidak aku rakamkan, cuma yang dapat aku sediakan untuk tatapan kalian ialah cincin pengikat kasih mereka..Insyaallah.
v
v
v
v
v
v


* Kalau korg nak tau sape pasangan nie, meh lah rajin2 baca blog www.onetasha.com

 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM