Akhirnya debaran mereka berakhir
Akhirnya.................
Bertemulah 2 keluarga buat kali pertama. Jauh datangnya keluarga si jejaka, dari Muar Johor ke Kelang Selangor membawa hajat yang besar. Demi hati anak teruna mereka yang telah dicuri, si Ibu dan Ayah datang meminta dengan baik agar sipencuri hati itu mencuri dengan tuannya sekali, jgn dicuri hati nya sahaja.
Bila dua keluarga bertemu...............
Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.
Akhirnya kata sepakat telah dicapai, bunga yang telah mencuri hati si kumbang bersetuju untuk menjaga tuan badan yang hatinya telah dicuri. Insyaallah bunga dan kumbang ini akan diikat pada bulan July 2011 ini. Dan Insyaallah mereka akan mula berkongsi kehidupan bersama tidak lama selepas itu.
Akhirnya cincin tersarung dijari manis si gadis
Dan yang penting majlis merisik ini bukan sahaja merupakan majlis merisik, ianya mcm syampu, 2 in 1, Ia juga merupakan kejutan buat si jejaka oleh si gadis. habis jerr menjamu selera sigadis dengan lenggang lenggoknya telah keluar membawa kek yang tertulis 'happy birthday abang F'.. wahhhh!!! abang katanyaaaaaa!!!! agagaggagagaga
Tanda kasihnya sigadis pada si jejaka
Bersama meraikan ulangtahun sidia tersayang
si jejaka dan si gadis bersama keluarga si jejaka
Ni korang tengok yang indah2kan...tapi korang tak tengok lagi cm mana si jejaka nie kena "PERINTAH"...huhuhuhu kena queen control lerr si jejaka ni nampaknya tak lama lg:P
(aku nak lari laju2)
Untuk korang yang nak tahu identiti sebenar blogger ini, jgn lupa ikuti terus cerita mereka. Tak pun korang teka2lah siapa mereka yerr