.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kejutan2 yang buat aku sakit jantung!!!! | Part 3

Aduhai, x habis2 laagi aku di berikan kejutan dan kejutan lagi:). Kali ini apa pula? kali ini tak lah terkejut mana, sbb memang dah tau yang nak jumpe mereka2 ini, cuma agak terkejut bila perjumpaan itu sangat2 membuatkan perut aku senak (senak bukan sbb kena dinding okey!!)

Gelak, gelak dan gelak..mcm2 cerita lawak yang kuar. dari unsur tak lucah smpailah yang langsung tidak lucah (sila jangan percaya!!). Dan kejutan ini merupakan hari makan sedunia, kami makan, makan, dan makan..... (sememangnya yang jumpe tuh semuanya kuat makan)... kalau x percaya sila tengok gambar2 yang terakam ini....dan hari tersebut juga adalah hari wanita2.. hahahah semua dilarang membawa pasangan, sebab segala isu yang akan menjadi tajuk perbualan kami adalah untuk para wanita sahaja.. (cet!!mesti ada lelaki yang berbulu membaca) apa ada hal?? bukan aku kesah pun.

Inilah makanan yang kami oder untuk makan tgh hari

Mula2 sampai kami melantak steamboat dulu. Kat pulau ketam steambot ni ok lah, tapi lagi okey kalau kat tupai2, mana taknya kan, sebab tupai2 buffet, boleh makan ikut sesedap mulut, kat sini dia pakai set menu, harga bagi aku agak mahal jugak, sebab untuk 4 org makan, end up cik Nemo membayar RM 90+, sedangkan makanan dia cuma set menu jer, kalau kat Tupai2 4 orang RM 100 makan sampai muntah darah, udang besar2, ada sotong, ada desert lagi, aiskrim 10 perisa , boleh pilih apa nak, kalau nak makan pasta pun boleh, sbb kat sana Buffet... tapi apa pun still enjoy, thanks to Cik Nemo sbb menaja makan tengah hari kami.

Siapakah lagi gerangan yang memeriahkan majlis makan2 wanita sedunia ini?

saya dan cik Nemo @ Errapazira


Cik Wani dan Cik Fira

makan2 time!!~~!!

US ♥



Habis dari makan2 di steambot, kami pun jalan2 cuci mata sambil shopping 
lebih kurang & makan2 lagi...hahahhaa dah kata hari makan sedunia

Makan lagi dan lagi dan lagi ♥


Kemudian makan lagi, dan makan, kali ni Desert

Selesai makan2 time kami pun balik kerumah sebab cik Wani nak menziarahi menantu dan cucunya :d


Hadiah dari Cik Wani


Tapi sekali lagi aku diberikan kejutan bila besan aku ni memberikan aku hadiah harijadi.. Terima kaseh besannnnnnn.... muahhhhhh.... hadiah yang sangat comel dan sedap :d paberet aku tuh.... 
Ishkk, dah tak sanggup aku dengan kejutan dan kejutan nie, cukuplah sehari jer kalau nak celebrate pun, takkan sampai 44 hari kot :d.. Terima kasih kat semua yang membuat semua kejutan untuk aku :d

**terima kasih semua ♥



 

Kejutan2 yang buat aku sakit jantung!!!! | Part 2

Ingatkan dah habis dah kejutan untuk hari jadi aku, rupanya ada lagi!!! mak aih, dan yang ni kalau tak kuat jantung ..mesti kena sakit jantung, mana taknya kan, balik dari Estine Hotel jam 6am, aku dikejutkan dengan sekotak cake dan satu beg hadiah untuk aku..... siapa punya kerja nie?



Sekotak cake dan juga satu beg "TOMEI"

Inilah beg yang aku maksudkan..wah meriah birthday aku:P

Mana tak kena tekanan sakit jantung tengok beg kedai Emas Tomei tersangkut depan pintu rumah aku, makaih, sipemberi hadiah nie tak hagak2 nak gantung  emas depan rumah, kalau mcm nie tiap2 hari aku nak celebrate Birthday aku.

Masuk2 dalam rumah aku pun skodeng lah kek yang didalam kotak tuh....
v
v
v
v
v
v
v

kenapa kek ni tinggal 3/4 sahaj? mana lagi 1/4?? 

Malangnya kek yang saya buka itu telah dipotong...sampai hati sipemberi kek itu? nak kata tikus yang makan..kotak kek itu elok jer, x koyak pun. Ni sah !!! x lain x bukan tikus kepala hitam punya kerja nie.hahahha. so aku pun bukalah beg tomei tersebut dengan harapan terdapat jongkong emas di dalamnya... sekali lagi aku tertipu..hwaaaaaaaaaaaaa Natasha tertipu..

v
v
v
v
v

kain pasang yang duduk dalam beg 'Tomei'

Haishhh!!! bukannya jongkong emas!!! sapalah punya kerja nie semua erkk?ishhh, tapi dalam beg tuh ada nota... sat aku baca...

Nota pertama:

Akak, saya sampai kul 11.10pm tapi akak dah tido, tak apalah, thks happy birthday - Pojie

Nota kedua:

Sis,♥ Awal tido? hahahhaha! Happy Birthday!! Sorry sbb kitaorg celebrate sendiri2 je kat luar! - adik mu Nemo & Fira

Nota Ketiga:

Lama tau kitaorg tunggu kat luar, pulang jam 12am.

Aisyohhhh!!! budak2 ni nak buat kejutan mmg x kena tempat. Aku mmg ada plan nak jumppe Pojie malam tuh, tapi kununnya dia ada hal 'kejiwaan' sbb tuh nak jumpe aku, manalah tau dorg ni ada rancangan jahat nak mengenakan aku kan..hahhahaha...aduiii, aku sms dan call pojie jam 10pm , dia x respon, kebetulan plak masa dia call dan sms aku tuh aku dah berada di Eastine Hotel. Hp plak tertinggal kat dalam kereta.

So??? mcm mana kek tuh boleh jadi tinggal cm 2? jpm kita roger apa yg dorg buat masa aku x ada kat rumah!
v
v
v
v
v
v
v
Arghhhh!!! dorg celebrate on my behalf, tak aci ler cenggini!!!

tengokkkkkkkkkkkkk tu!!!!!!

Weiii!!! ni birthday sapa nie...aku x ada pun dorg leh potong kek??

tengok ler muka2 kesian dorg nie...hehehhehe

Apa pun thks guysssssss!!!! cayang korg.... terima kasih kerana sangat membuatkan tarikh 28/4/2011 ni cukup bermakna...korg sgt2 menceriakan hari2 sis.....

Psst: ehem...ehem..ehem...♥♥ saya suka pic ni :P #larimasukutan

Kalau korang nak tengok version cerita nie dari cik Nemo, jom usha disini

Kejutan2 yang buat aku sakit jantung!!!! | Part 1

Seperti yang sedia maklum, semalam adalah ulangtahun kelahiran aku, atau pun orang kampung aku panggil "birthday" aku semalam. Memang tiada apa2 pun yang meriahnya di waktu siang hari selain dari senyum aku yang tak putus2 sebab dapat CUCU. Maka aku pun tak mengharapkan apa2 kejutan yang boleh buat aku sakit jantung selain dari makan malam bersama 'cinta hati' aku 'Ahmad Syazwan'. So jom kita roger pasal makan malam nie dulu....

Mr Hubby telah bawa aku makan ke sini.....


Yess laman Grill

Tapi yang menjadikan kejutan bila sampai ajer aku ke restauran ini, pelayan2 disitu terus kenal aku dan mengucapkan "selamat hari jadi puan Natasha" oiiiiii mak aihhhh gelemernya aku, smpaikan dorg kenal aku, tapi agak musykil bila dorang panggil nama aku..mcm mana pulak dorg kenal aku dan tahu hari ni hari jadi aku?

lagi mengejutkan bila bila dipandu aku dan Mr Hubby kemeja yang telah Mr Hubby tempah, aku lagi sekali nak pengsan bila mereka 3-4 org menyayikan lagu "happy birthday" untuk aku..dan lagi sekali terkejut bila atas meja tuh dah siap ada benda nie...

v
v
v
v
v
v

Rasberry chesse cake


Tiramisu cake



Aduhaiii....2 jenis kek kegemaran aku telah terhidang diatas meja, siap dgn lilin yang menyala (masa pic ni di ambil aku dh siap tiup lilin tuh)...... Semua ini adalah kejutan yang dibuat oleh...

v
v
v
v

Terima kasih sayang ♥

kemudia sampailah masa untuk makan malam, kami dihidangkan dengan 2 jenis appetizer....

Shrimp Salad

BBQ Chicken wings


Dan untuk main course pula Mr Hubby telah meng'oder'kan sumting yang aku nak makan sbb nak balas dendam kat budak NIE.


Ini dia Tenderloin steak untuk Mr Hubby


Meat Platter untuk birthday gurl

Apple Juice for me

Yeahhhhh tercapai jugak hasrat aku nak balas dendam :d..hahhahaha kejam gilerr kan. So jom roger lagi

v
v
v
v
v


10Q abang untuk semua ini......

Dan yang penting tempat ni mmg best, sangat cozy, privacy dan mmg makanan hasil Chef Zubir ini sgt memuaskan hati ♥

Tengoklah suasana kat luar restaurat ni...sangat2 santai okey!!~~!!

Tak habis disini semua kejutan..... bila balik dari dinner, aku telah dikidnep... Mr Hubby tak bawa aku pulang sebaliknya aku telah dikejutkan dengan satu lagi kejutan

v
v
v
v
v

Hanya semata2 mahu berdua2an dan menikmati malam2 yang indah berdua:P


Tapi sayang terpaksa check out pukul 5.30am, sbb Mr Hubby kerja...hwaaaaa...sangat membazir, apa pun thks abg....



**pstt...dalam aku dikejutkan denagn banyak kejutan, rupa2nya dirumah aku, sedang ada org yang celebrate birthday aku wlpun tanpa aku, dan meninggalkan lagi kejutan demi kejutan..yang membuatkan aku mmg terkejut beruk!!!!!!!!!! ha terkejutkan?????? padan muka aku:P








.

Hadiah istimewa di hari jadi ku

Detik jam 12am 28/04/1975, aku dihujani puluhan sms, dan beberapa call. sms yang pertama datang dari sesaorang yang sangat rapat dengan aku, senang cerita siapa lagi kalau bukan my elder sister. Eh Natasha ada kakak erk? sejak bila? Kenapa? kalau panggil kakak tuh kn lahir dari ibu yang sama ker? tak kan!!~~!!

Thanks to u sista. A zillion luv and thanks ♥

Aku dengan sengaja telah meng'Deactivated' kan FB aku sementara. Kenapa? sbb aku nak tengok siapa yang benar2 mengingati tarikh 28/04 itu dan mengambil inisiatif untuk mengucapkan selamat ulang tahun pada aku, kalau x dapat cari kat FB, mesti org cari kat handphone kan, dan ramai diantara dorg ada no aku. Saja nak menguji siapa teman sejati♥

Dalam kesibukan aku tuh tetiba  sesuatu yang dah aku tunggu2 selama hampir 2 bulan muncul..... Tepat pada kemuncak aku meraikan ulangtahun aku. Yeah!!! anak aku telah memberi aku hadiah yang paling istimewa♥ .... dia bagi aku cucu, bukan 1 tapi 5..hahhahaha dah jadi nenek dah aku ^-^.


Inilah anak aku, nama dia Abadi, tapi dia lebih senang kalau aku panggil dia 'kakak'

2 Bulan yang lepas kakak telah akil baliqh, dan mulalah kegatalan kakak terserlah, maka aku pun terpaksalah mencari jalan penyelesaian, dgn mencarikan suami untuk anak aku, cari2 punya cari adalah sorg 'minah' ni sanggup nak berbesan dengan aku. Anak lelaki dia pun tak kurang gak machonya, bulu panjang lagi, maka aku pun telah menghantar anak aku ke rumah besan aku. Maka tinggalah anak dara aku yang dh tak dara tuh(ilang dara kat rumah mak mertua) kat rumah mak mertuanya.


Inilah suami yang aku pilih untuk anak aku ♥
dan akhirnya apa yg berlaku?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Maka berlaku lah aksi 'dewasa' ini.hahhahahah 

Dan hasilnya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Hambek ko 5 sekali dia keluar ♥

Tahniah kakak Abadi.



Bagaimana karektor fizik & wajah Rasulullah? | Bahagian 1




Bagaimanakah rupa paras KEKASIH ALLAH? Siapa lagi jika bukan Muhammad s.a.w.

Mari kita mngenali bentuk fizik Baginda melalui riwayat-riwayat yang ada.

Anas Ibnu Malik r.a meriwayatkan.

"Postur tubuh Rasullullah s.a.w tidak terlalau tinggi dan tidak terlalu pendek. Kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus terlerai. Allah swt mengutuskan beliau sebagai rasul ketika beliau mmasuk ke usia yang keempat puluh. Beliau tinggal dimekah selama 10 tahun,Beliau wafat pada ketika  usianya yang ke enampuluh tahun, sementara uban dirambut dan janggut beliau tidak mencapai 20 helai" (Riwayat Tirmidzi, Bukhari,Muslim,Malik &Ahmad)

**Rasullullah s.a.w menjadi Rasul pada usia 40 tahun, mangkat pada usia 60 tahun, ini bermakna baginda ada  20 tahun masa memegang amanah sebagai Rasul, manakala aku sudah hampir 36 tahun hidup, tapi Masyaallah masih banyak yang aku tidak lakukan tanggungjawab ku, sedangkkan masa 20 tahun nabi itu beliau telak berdakwah dan mengislamkan ramai ummat.... Ya Allah ampunkan kealpaan ku Ya Allah, dekatkan hati ku dengan Mu Ya Allah. Berikan aku kekuatan dalam perjalanan pulang ini Ya Allah.

Anas Ibnu Malik r.a meriwayatkan

"Rasullaullah s.a.w memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tubuh beliau menarik, Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus, Warna kulit beliau berwarna coklat, ketika berjalan tubuh beliau tegap" (Riwayat Tirmidzi, Bukhari,Muslim,Malik &Ahmad)

Al Bara'Ibnu Azib r.a meriwayatkan

"Postur tubuh Rasullullah s.a.w sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, Bahagian badan diantara dua pundaknya lebar, Rambut beliau lebat, hujungnya rambutnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah.Saya belum pernah melihat sesaorang yang lebih tampan dr beliau"
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari,Muslim,Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad)

Ali Bin Abi Thalib r.a meriwayatkan

"Postur Rasullullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Beliau memiliki tapak tangan dan telapak kaki yang tebal. Kepala dan persendian yang besar, dan bulu dada yang panjang.Ketika berjalan, tubuh beliau tegap seperti sedang menuruni tanah yang landai.Saya belum pernah melihat sesaorg pun yang sama dengan beliau, baik sebelum mahupun setelah beliau wafat (Riwayat Tirmidzi & Hakim)

Bersambung =======>>>




 

Kau Wildan Mukhalladun ku | Insyaallah

Aku mahu di dunia kau suami ku, dan di akhirat kau menjadi Wildan Mukhalladun ku, amin.......
Apa ertinya cinta jika cuma memiliki dia di dunia? menakluki cuma di sini yang tidak abadi? menyintai di dunia yang fana, namun terpisah bila sampai ke kehidupan yang abadi?



Ya Allah Ya Rabb
Aku mohon pada Mu Ya Rabb
Di dunia ini kau kurniakan aku dgn cinta yang maha agung
Kau limpahi aku dengan kasih sayang suami ku
Dan sesungguhnya Ya Rabb
Aku amat takut jika kehilangan cinta itu
Tidak mampu membayangkan tanpa cinta itu walau buat sesaat
Maka dengan itu Ya Rabb
Aku mohon kau kekalkan cinta ini
Jadikan dia suami di dunia 
Dan jadikan dia "Wildan Mukhalladun " di akhirat kelak


* aku cuma mahu dia...mahu dia selamanya untuk menjadi cinta dihati......

Isteri Mithali

Huhuhu.sejak jadi suri rumahtangga sepenuh masa nie, aku telah cuba sedaya upaya menyempurnakan segala kemahuan Mr Hubby.Termasuklah selera makannya. Mr Huby aku nie kalau bab2 makan amatlah cerewet, bukan jer dari rasa aje yang dia cerewet tapi dengan cara penyediaan makanan pun cerewet.

Lauk pulak dia tak suka lauk yang sama dalam minggu yang sama, so minima kn ada 7 resipi dalam seminggu. Aishhh jenuh aku nak memikirkan nya.

Korang tak caye erk aku masak tetiap ari? silalah belek gambar kat bawah nie. Meh tgk apa yg dia sediakan untuk aku dalam peti.


Ha Ambik ko stock lauk!!



boleh ker habis?


Apa kes aku tetiba rajin nak cerita pasal makanan dan apa dalam peti sejuk aku? huhuhu buang tebiat agaknya, sebenaynya satu jer sbb kenapa aku buat entry ni.........................................


Cuma nak ucapkan terima kasih kat Mr Hubby sebab dah belikan aku peti ais baru :d:d:d....





 

1st Birthday present

♥April bulan kelahiran ku♥
Happy birthday to me!! happy Birthday to me!! happy birthday to Natasha.... happy birthday to me!!~~!!

Ini adalah hadiah pertama yang aku terima. Advance sungguh Nuffnang nie. lambat lagi birthday aku dia dah bagi aku ticket. Sah2 dia nak aku sedar yang umur aku semakin meningkat. hahahhaha ada aku kesah, yang penting aku semakin nampak muda .agagaggagagagaga.


Perghhhh!!! bukan 1 tiket, bukan jugak 2, tapi 4 nok!!~~!! kelazzzzzz g2. ini bermakna boleh tengok 2 movie ler aku dgn Mr Hubby aku kan♥

sekali lagi thans to Nuffnang dan jutaan terima kasih kepada TGV Cinema yang menaja percutian luar negara 4 ticket wayang aku nie.

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM