.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Umrah buat Mama

Umrah buat Mama
Yer itulah impian mama.... dan akhirnya impian itu terlaksana. Kali terakhir mama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah ialah pada tahun 2000 sewaktu mengerjakan Haji. Selepas itu Mama menyimpan impian untuk ke tanah Suci Mekah sekali lagi untuk mengerjakan Umrah. Itulah keinginan Mama, dan Alhamdulillah akhirnya impian itu terlaksana.

Cuma ini yang mampu kami berikan buat Mama sebagai tanda kasih kami berdua untuk Mama. Bila tiba disana nanti jangan lupa sampaikan salam kami berdua buat Rasullullah s.a.w, doakan yang terbaik buat kami berdua nanti.

Beberapa hari sebelum mama berangkat ke Tanah Suci Mekah, aku dgn Mr Hubby sibuk melayan kerenah mama. Kami cuba yang terbaik untuk tunaikan segala keinginan Mama. Apalah sangat keinginan Ibu tua sepertinya selain dari berada bersama anak menantu. Dan ini adalah sebahagian aktiviti kekeluargaan kami.

Mama telah kami jemput sejak Jumaat malam sabtu lagi, Sabtu tu pulak Mr Hubby  sanggup tidak mengikuti mana2 trip tempat kerja semata2 untuk berada dgn kami, begitu juga Ahad. Sementara hari isnin Mr Hubby masih perlu untuk kerja sebelum bercuti semula hari selasa bagi menghantar mama ke KLIA, So hari isnin pagi2 lagi aku dgn mama dan keluar breakfast diluar berdua. Bukan selalu kami dapat masa2 berdua begini.


Breakfast dengan mama di pagi isnin berdua



Dan pada hari selasa sampailah waktu yang ditunggu-tunggu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beberapa detik sebelum mama ke Tanah Suci Mekah


Bersama beberapa org teman yang akan menemani mama disana nanti

Dan tentunya ribuan terima kasih kepada "insan" ini kerana segala layanan baik, pengorbanannya, masa, wang ringgit yang dia peruntukkan untuk menjayakan segala impian Mama..... terima kasih kepada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
♥Terima kasih Mr Hubby ♥

Semoga Mama selamat pergi dan selamat kembali ♥




Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM