.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Anak-anak | Hobi | Aktiviti

Kehidupan aku semakin sibuk. Banyak aktiviti yang dilakukan, dengan hobi baru aku, dengan anak-anak aku, dan macam2 benda yang harus dan nak aku lakukan.

Hobi baru


Inilah diantara hobi baru aku, melukis batik. boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu aku akan ke "sini" untuk melakukan aktiviti melukis batik ni. Tiba-tiba aku merasakan bahawa ianya sesuatu yang amat menarik, bukan senang sebenarnya untuk menghasilan selembar kain batik lukis dan canting tangan. Terlalu banyak persediaan yang harus dilakukan. InsyaAllah jika dipanhangkan usia, aku akan buat satu entry khas tentang proses menghasilkan batik ini dari mula hingga akhir.

My anak-anak
Dan inilah dia 'anak-anak' yang telah menjadikan kehidupan aku amat sibuk. Melayan kerenah mereka sudah cukup memenihi masa aku sepanjang hari. Kehadiran 5 anak-anak yang umpama rezeki ini telah menjadikan kehidupan aku sarat dengan aktiviti. Itu tak termasuk lagi dengan aktiviti 'show' mereka. Setakat ini sudah 2 kali aku join cat show dari beberapa penganjur, Alhamdulillah setakat ini jugak aku dh merasa naik ke pentas mengambil hadiah kemenangan. Walupun bukan tempat pertama atau hadiah utama, tapi inilah permulaan mereka.


Makan-makan

Ini tak termasuk lagi aktiviti makan2 yang menjadi aktiviti wajib aku dgn Mr Hubby setiap hujung minggu. Ada yang kami jalan2 cari makan, ada yang kami mencuba resipi baru. Tapi makan...makan...& makan mmg menjadi aktiviti utama aku dan Mr Hubby, sampaikan ada yang cop aku "BERLAGAK" sebab duk tayang pic aku kesana dan kesini untuk makan. Salah ker aku berkongsi kegembiraan, yang ada hati terasa kenapa? agak2 korang nak benda ni, korang usaha lah ke arah itu. Ajaklah pasangan masing2 buat cam tu. Tak payah nak loya dan sakit hati bila tengok org lain bahagia melakukannya sebegitu. 

♥♥Kami masih sangat bahagia walau telah bersama selama 5 tahun ♥♥


Dan pastinya antara aku dan suami tersayang, setelah hampir 5 tahun bersama, kami semakin memahami diri masing-masing, semakin menghargai kehadiran masing2, semakin tahu tanggungjawab masing2, pendek kata..
panjang cerita, kasih sayang kami semakin kuat dan erat. Segala2nya kami lakukan bersama. Kebahagiaan itu terlalu indah untuk diucapkan, dan tahun 2010 telah banyak membuktikan kasih sayang kami sangat erat setelah beberapa peristiwa yang datang menguji kasih sayang itu, antaranya kemalangan yang hamir2 meragut nyawa aku sendiri........... dan setelah 3 bulan berada di tahun 2011, keindahan dan kebahagiaan itu semakin terasa..... Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang tahu keinginan aku, kemahuan aku. Aku suka berjalan, dan Mr hubby sanggup temankan aku kemana sahaja. Memang lately ni terlalu banyak kami berjalan, kesana kesini. Dia tahu aku sangat sukakan kucing, dan dia sanggup berhabisan beribu ringgit untuk membelikan aku kucing. Dia tahu aku suka makan & shopping, dia sanggup menurut aku bershopping dan mencari tempat makan. Bertuahkan aku? dan sejak dua menjak nie..aku suka manjakan diri aku dengan menghabiskan masa di spa2... dan apa lagi credit card Mr hubbylah yang jadi mangsa aku:)..... sayangggggggg abang (lepas nie adalah org akan cakap, "yelah sayang sbb laki boleh bg itu dan ini...!!!" hahaha ada aku kesah? sebab mereka tak tahu apa kesusahan dan kesukaran yang pernah kami lalui untuk berada disini hari ini)








Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM