.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aku kena risik? | Ada orang merisik?

Wah!! mahal lagi saham Natasha, kena risik!!~~!! ada orang nak jadikan menantu? perghhh.... Natasha ko boleh tolong berhenti berangan tak? haishhh, g buat keje ko jadi orang tengan untuk merisik dan bukannya ko yang nak kena risik tuh....tolong berhenti bermimpi (pang..pang..pang... *tampo muke sendiri* ) agagaggagagaa.

Sekadar gambar hiasan

Aku sebenarnya diberikan kepercayaan dari sesaorang untuk menjadi org tengah. Sipolan nie (lelaki) aku nak namakan dia FA, sementara yg perempuan nie elok jer aku bagi nama NS......

Si FA dan si NS nie berkawan, berkawan pun baru sangat lagi, tapi dalam hati si FA dah ada sayang untuk si gadis comel ini, maka beliau pun telah membawa si gadis NS nie balik ke kampung beliau untk bertemu dengan ibu dan ayah beliau.

tup..tap...tup..tap... tak nak cerita panjang lebar, now si FA sudah mahu mengikat si gadis pilihan hatinya. Maka saya yang paling dekat untuk mereka meminta tolong menjadi org tengahnya. Maka saya pagi2 lagi telah menghubungi ibu si NS untuk meminta persetujuan untuk masuk merisik. Kang kalau tetiba muncul depan rumah karang, ada lak kes kena halau sbb dorg tak sedia, maka ibu si gadis bersetujulah untuk pihak lelaki datang pada bulan April bagi merisik katanya, kununnya ....

Saya jugak telah menghubungi ibu si jejaka ini, memaklumkan persetujuan sebelah ppuan untuk merisik anak gadis mereka pada bulan hadapan, kata sepakat di capai, tarik 10 April 2011 akan bertandalah jari gadis itu dengan cincin belah rotan. Insyaallah jika diizinkan tak lama lepas merisik tuh akan muncullah cincin tunang mereka bertakhtakan batu....

So dipendekkan cerita, saya akan menemani mereka membeli cincin risik mereka dalam sehari dua ini...semoga panjang jodoh mereka hendaknya..

Kepada para blogger yang tahu siapakah gerangan 2 orang blogger yang bercinta secara rahsia ini, kita doakan yer mereka selamat, insyaallah dekat hari bahagia mereka nanti pasti mereka akan mengwar2kannya..

Kepada sigadis ~ katahuilah bahawa dia sgt menyayangi kamu
Kepada si jejaka~ Jangan diragui gadis ini, dia seperti kamu juga, dia sayang kamu, cuma tidak pandai bagaimana mahu menzahirkannya....

** bercinta lepas kawin best wooooo♥
**Tapi best ker blogger bercinta dgn blogger?? (sila jawab)

    

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM