.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Malaysian International Shoe Festival 2011 | Venue Putra World Trade Centre (PWTC)

Malaysian International Shoe Festival pada 7-10 April 2011. Bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC).
Perghhhhh!!! melihat kepada tajuk diatas pun aku dh tak boleh tahan. Berdebar2 rasa jantung aku nie. Tambah kencang bunyi jantung nie bila aku dimaklumkan bahawa favourite designer aku ada kat sana. siapa lagi kalau bukan Jimmy Choo (JC)

Cuba korang jeling-jeling design JC ni. Perghh kalau x meleleh air liur tak tau lah nak cakap.

Cantik pakai dgn Jeans kan


Ni kalau dapat digayakan dgn kebaya mesti lawa


Pakai santai2 best, simple & elegance





Yang tumit rendah cam ni pun still nampak lawa


So Unique, kalau pakai untuk Dinner mesti sgt elegance


Santai lagi


Padankan dgn baju kurung pun lawa



But i love this..i liokeeeee.... tak sakit kaki :d

Sumtime pictures can tell u 1000 story and meaning.

So di sini the meaning of the pic is..aku tak sabar nak tgu 7-10 April nie, boleh minta Mr Hubby belikan aku kasut sempena hadiah birthday aku ♥


 

Pendedahan identiti blogger yang nak dirisik dan merisik

sibuk di FB dan Twitter bercerita isu yang sama.. pasal sipolan dan sipolan ni yang dalam diam2 tau2 si dia jejaka dah nak nak masuk merisik sidia gadis. Sibuk lah jugak orang bertanya siapa sipolan dan sipolan itu....
Hakikatnya memang ramai yg tak tau:) Yang tau pun 4-5 orang jer, yang lain2 nya ada yang tak tahu langsung, ada yang tahu tapi 50-50, cm tak pasti..hehehhee...so aku dengan sukacitanya nak memaparkan wajah sipolan dan sipolan itu. Nak tengok tak?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Ha inilah pasangan yang nak dirisik dan merisik tuh



Apa korang gelak2? tak caye ker? tak caye lantak korang ler..malas aku nak paksa....mereka berdua nilah yang bakal pergi merisik nanti, bukannya dirisik... hahahhahahaha... ini pengantin baru.

Korang doakan jer semoga pasangan yg sedang hangat iu bahagia, semoga semuanya berjalan dgn lancar...




Ini jer pic dorang yang aku ada..... lain2 aku tak ada.... so korang nantikan jerr update aku yer nanti...........hehehhehehee



 

Aku kena risik? | Ada orang merisik?

Wah!! mahal lagi saham Natasha, kena risik!!~~!! ada orang nak jadikan menantu? perghhh.... Natasha ko boleh tolong berhenti berangan tak? haishhh, g buat keje ko jadi orang tengan untuk merisik dan bukannya ko yang nak kena risik tuh....tolong berhenti bermimpi (pang..pang..pang... *tampo muke sendiri* ) agagaggagagaa.

Sekadar gambar hiasan

Aku sebenarnya diberikan kepercayaan dari sesaorang untuk menjadi org tengah. Sipolan nie (lelaki) aku nak namakan dia FA, sementara yg perempuan nie elok jer aku bagi nama NS......

Si FA dan si NS nie berkawan, berkawan pun baru sangat lagi, tapi dalam hati si FA dah ada sayang untuk si gadis comel ini, maka beliau pun telah membawa si gadis NS nie balik ke kampung beliau untk bertemu dengan ibu dan ayah beliau.

tup..tap...tup..tap... tak nak cerita panjang lebar, now si FA sudah mahu mengikat si gadis pilihan hatinya. Maka saya yang paling dekat untuk mereka meminta tolong menjadi org tengahnya. Maka saya pagi2 lagi telah menghubungi ibu si NS untuk meminta persetujuan untuk masuk merisik. Kang kalau tetiba muncul depan rumah karang, ada lak kes kena halau sbb dorg tak sedia, maka ibu si gadis bersetujulah untuk pihak lelaki datang pada bulan April bagi merisik katanya, kununnya ....

Saya jugak telah menghubungi ibu si jejaka ini, memaklumkan persetujuan sebelah ppuan untuk merisik anak gadis mereka pada bulan hadapan, kata sepakat di capai, tarik 10 April 2011 akan bertandalah jari gadis itu dengan cincin belah rotan. Insyaallah jika diizinkan tak lama lepas merisik tuh akan muncullah cincin tunang mereka bertakhtakan batu....

So dipendekkan cerita, saya akan menemani mereka membeli cincin risik mereka dalam sehari dua ini...semoga panjang jodoh mereka hendaknya..

Kepada para blogger yang tahu siapakah gerangan 2 orang blogger yang bercinta secara rahsia ini, kita doakan yer mereka selamat, insyaallah dekat hari bahagia mereka nanti pasti mereka akan mengwar2kannya..

Kepada sigadis ~ katahuilah bahawa dia sgt menyayangi kamu
Kepada si jejaka~ Jangan diragui gadis ini, dia seperti kamu juga, dia sayang kamu, cuma tidak pandai bagaimana mahu menzahirkannya....

** bercinta lepas kawin best wooooo♥
**Tapi best ker blogger bercinta dgn blogger?? (sila jawab)

    

Penawar kesunyian

Bila sunyi , sepi apa yang korang buat? Sunyi bukan bermakna korang tak ada buah hati, tapi masakan sidia boleh menemani korang 24/7 kan? mcm kes aku lah, nama jer sebumbung dengan Mr Hubby, tapi sehari cuma dapat jumpe 1 jam pagi sebelum dia pergi kerja, dan 1-2jam sebelum tido. adalah 2-3 jam masa utk kami bersembang. Selainnya??

Selainnya aku ada peneman setia dikala aku kesunyian. dengan budak nilah aku selalu bergaduh, dengan dialah aku bergurau.... ishkk tak boleh bayangkan kalau hari2 yang aku lalui dia nie tak ada.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jantung hati aku~~~ ♥ Mr Fabby






   

Umrah buat Mama

Umrah buat Mama
Yer itulah impian mama.... dan akhirnya impian itu terlaksana. Kali terakhir mama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah ialah pada tahun 2000 sewaktu mengerjakan Haji. Selepas itu Mama menyimpan impian untuk ke tanah Suci Mekah sekali lagi untuk mengerjakan Umrah. Itulah keinginan Mama, dan Alhamdulillah akhirnya impian itu terlaksana.

Cuma ini yang mampu kami berikan buat Mama sebagai tanda kasih kami berdua untuk Mama. Bila tiba disana nanti jangan lupa sampaikan salam kami berdua buat Rasullullah s.a.w, doakan yang terbaik buat kami berdua nanti.

Beberapa hari sebelum mama berangkat ke Tanah Suci Mekah, aku dgn Mr Hubby sibuk melayan kerenah mama. Kami cuba yang terbaik untuk tunaikan segala keinginan Mama. Apalah sangat keinginan Ibu tua sepertinya selain dari berada bersama anak menantu. Dan ini adalah sebahagian aktiviti kekeluargaan kami.

Mama telah kami jemput sejak Jumaat malam sabtu lagi, Sabtu tu pulak Mr Hubby  sanggup tidak mengikuti mana2 trip tempat kerja semata2 untuk berada dgn kami, begitu juga Ahad. Sementara hari isnin Mr Hubby masih perlu untuk kerja sebelum bercuti semula hari selasa bagi menghantar mama ke KLIA, So hari isnin pagi2 lagi aku dgn mama dan keluar breakfast diluar berdua. Bukan selalu kami dapat masa2 berdua begini.


Breakfast dengan mama di pagi isnin berdua



Dan pada hari selasa sampailah waktu yang ditunggu-tunggu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beberapa detik sebelum mama ke Tanah Suci Mekah


Bersama beberapa org teman yang akan menemani mama disana nanti

Dan tentunya ribuan terima kasih kepada "insan" ini kerana segala layanan baik, pengorbanannya, masa, wang ringgit yang dia peruntukkan untuk menjayakan segala impian Mama..... terima kasih kepada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
♥Terima kasih Mr Hubby ♥

Semoga Mama selamat pergi dan selamat kembali ♥




Tupai-Tupai Dinner

Makan malam untuk mama sebelum mama berangkat ke Umrah!! yeahhhh... hopefully she's enjoy her dinner. Mama sejak berusia ni dia memmang kurang makan, dah tak kuat makan mcm dulu-dulu, tapi malam tadi masa bawak mama ke Steambot Buffet Tupai-Tupai di Shah Alam, she's really eat, dan dia sgt2 enjoy the food. Layanzzzzzzz



Menantu & mak mertua yang seronok makan


Perghhhhhh...sangat menggiurkan


Makanan dan suasana yang menyegarkan

Alhamdulillah hajat dia nak makan best2 sebelum pergi sudah tercapai


 

Tamarind Springs | Tukar whistlist boleh?

Aku beria-ria buat whistlist, tapi ntah macam mana tetiba mamat ni bukak cerita pasal Tamarind Springs. Aku apa lagi meloncat lah nak pergi tempat ni. Rasa2nya nak tak Mr Hubby aku tunaikan impian aku? (malam ni nak urut2 Mr Hubby lah) moga2 impian aku jadi kenyataan.


Apa yg special pasal Tamarind Springs tu? pastinya suasana dia yang amat romantik lah apa lagi? tak caye? jom skodeng gambar ni...perghh meleleh aiir liur tengok, wine & dine dia...

Wah....suasana hutan yang mendamaikan

Restaurant yang cukup romantik.


Pancaran lilin yang menjadikan suasana suram cukup memencarkan cinta baru

Abang T________________T, bawak baby ke sini yer. Boleh yer..................


Wishlist for my birthday

Lagi sebulan lebih aku akan menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke ............. (hahahaha..mana boleh bg tau korg). Birthday tahun ni sangat bermakna buat aku.... pastinya aku inginkan sesuatu yang istimewa ( mata duitan kan?) hahahha harus!!! aku bukan mintak duit korang pun, aku habiskan duit laki aku...kakkaka gile kejam kan.  

Tak adalah, aku tak minta apa-apa pun dari Mr Hubby, tapi kalau dia bagi aku ambik!! tak kan nak tolak yer tak? tapi kalau dia tak bagi pun, cukuplah sekadar aku nyatakan wishlist aku (mana tahu dia boleh pertimbangkan)agaggagagaga

Aku dah ada semua yang aku nak..kalau tak adapun boleh jer aku mintak kat Mr hubby belikan, cumanya offcoz untuk hari yang istimewa ini aku inginkan sumting yang istimewa jugak. Tak nak hadiah pun, cuma nak makan-makan (aku kan memang sangat suke makan)


Kalau Mr Hubby bawak kat subak nie...wow!!!!!! mmg sangat romantik . Ambiance dia memang sesuai untuk orang yang sedang bercinta mcm aku dan Mr hubby aku  (apa korang sengih2? 5 tahun kawin kitaorg masih bercinta tau). Subak nie mcm adik beradik dengan Bora Asmara lah (hadiah hari jadi aku utk Mr Hubby), konsep Romantica D Amore in garden .


Makan2 dekat Sri Angkasa pun best gak.  Dinner dia mesti romantik kan.sambil makan, sambil tengok satu KL. Tak payah jalan2, sebab menara restaurant tu berpusing sendiri. Harga dia pun not too bad, Dinner baru RM 138 perpax.

Ini satu lagi impian aku, Cruise Dinner, tapi kalau Mr Hubby bawak aku kesini, rugilah sebab aku dh booking untuk bulan Jun, untuk our anniversary. Tapi kalau Cruise Dinner menjadi pilihan Mr Hubby pun ok jer kot. boleh tengok bulan dan bintang sambil makan-makan.

Kalau sume2 ni melampau...Mr Hubby bawak aku g Tupai-Tupai jer lah kan..... Budget pun rendah T______T..... alaaaaaaahhhh...tapi rasa cm nak Restaurant Sri Angkasa punyer Dinner...boleh yer abg....boleh yer...boleh yer...... ^-^

Tapi kalau sume2 ni tak ada pun, tak dapat pun tak apa lah!!!! yang penting bby ada nie

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


♥♥♥♥


Dapat yang ni pun cukuplah . Kasih sayang abg buat baby , cinta abg buat baby , segalanya tentang abang buat baby adalah yang terbaik ♥. (ayat nak minta hadiah lak nie) agagaggagagaa...

But seriousely baby tak nak apa dari abg, cuma yang baby inginkan agar kita kekal bahagia begini ♥. Baby tak nafikan susah untuk ramai pasangan mengekalkan cinta dan kasih sayang setelah 5 tahun bersama. Kebanyakkan nya lepas 3 tahun, jalan pun tak nak pimpin tangan, tido pun tak nak peluk2 lagi, tak nak mandi sama2 lagi, tak nak itu, tak nak ini. YET we still do everything together, sama macam kita bercinta dan mula2 kawin dulu. Terima kasih abang


Terima kasih sayang atas segala2nya, terima kasih kerana telah menobatkan diri ini di tempat tertinggi dihati abg selepas wanita bertuah bernama Wan Nor Azizah ♥♥






      

Anak-anak | Hobi | Aktiviti

Kehidupan aku semakin sibuk. Banyak aktiviti yang dilakukan, dengan hobi baru aku, dengan anak-anak aku, dan macam2 benda yang harus dan nak aku lakukan.

Hobi baru


Inilah diantara hobi baru aku, melukis batik. boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu aku akan ke "sini" untuk melakukan aktiviti melukis batik ni. Tiba-tiba aku merasakan bahawa ianya sesuatu yang amat menarik, bukan senang sebenarnya untuk menghasilan selembar kain batik lukis dan canting tangan. Terlalu banyak persediaan yang harus dilakukan. InsyaAllah jika dipanhangkan usia, aku akan buat satu entry khas tentang proses menghasilkan batik ini dari mula hingga akhir.

My anak-anak
Dan inilah dia 'anak-anak' yang telah menjadikan kehidupan aku amat sibuk. Melayan kerenah mereka sudah cukup memenihi masa aku sepanjang hari. Kehadiran 5 anak-anak yang umpama rezeki ini telah menjadikan kehidupan aku sarat dengan aktiviti. Itu tak termasuk lagi dengan aktiviti 'show' mereka. Setakat ini sudah 2 kali aku join cat show dari beberapa penganjur, Alhamdulillah setakat ini jugak aku dh merasa naik ke pentas mengambil hadiah kemenangan. Walupun bukan tempat pertama atau hadiah utama, tapi inilah permulaan mereka.


Makan-makan

Ini tak termasuk lagi aktiviti makan2 yang menjadi aktiviti wajib aku dgn Mr Hubby setiap hujung minggu. Ada yang kami jalan2 cari makan, ada yang kami mencuba resipi baru. Tapi makan...makan...& makan mmg menjadi aktiviti utama aku dan Mr Hubby, sampaikan ada yang cop aku "BERLAGAK" sebab duk tayang pic aku kesana dan kesini untuk makan. Salah ker aku berkongsi kegembiraan, yang ada hati terasa kenapa? agak2 korang nak benda ni, korang usaha lah ke arah itu. Ajaklah pasangan masing2 buat cam tu. Tak payah nak loya dan sakit hati bila tengok org lain bahagia melakukannya sebegitu. 

♥♥Kami masih sangat bahagia walau telah bersama selama 5 tahun ♥♥


Dan pastinya antara aku dan suami tersayang, setelah hampir 5 tahun bersama, kami semakin memahami diri masing-masing, semakin menghargai kehadiran masing2, semakin tahu tanggungjawab masing2, pendek kata..
panjang cerita, kasih sayang kami semakin kuat dan erat. Segala2nya kami lakukan bersama. Kebahagiaan itu terlalu indah untuk diucapkan, dan tahun 2010 telah banyak membuktikan kasih sayang kami sangat erat setelah beberapa peristiwa yang datang menguji kasih sayang itu, antaranya kemalangan yang hamir2 meragut nyawa aku sendiri........... dan setelah 3 bulan berada di tahun 2011, keindahan dan kebahagiaan itu semakin terasa..... Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang tahu keinginan aku, kemahuan aku. Aku suka berjalan, dan Mr hubby sanggup temankan aku kemana sahaja. Memang lately ni terlalu banyak kami berjalan, kesana kesini. Dia tahu aku sangat sukakan kucing, dan dia sanggup berhabisan beribu ringgit untuk membelikan aku kucing. Dia tahu aku suka makan & shopping, dia sanggup menurut aku bershopping dan mencari tempat makan. Bertuahkan aku? dan sejak dua menjak nie..aku suka manjakan diri aku dengan menghabiskan masa di spa2... dan apa lagi credit card Mr hubbylah yang jadi mangsa aku:)..... sayangggggggg abang (lepas nie adalah org akan cakap, "yelah sayang sbb laki boleh bg itu dan ini...!!!" hahaha ada aku kesah? sebab mereka tak tahu apa kesusahan dan kesukaran yang pernah kami lalui untuk berada disini hari ini)








12hb Mac 2011

25 tahun yang lalu, pada tarikh ini, sepasang suami isteri En Ahamad Pauzi Abd Jalil dan Puan Wan Nor Azizah Ton Ali tersenyum bahagia menyambut kelahiran putera sulung mereka. Lantas bayi lelaki itu diberi nama Ahmad Syazwan.

Dan sekarang pada tahun 2011, sudah masuk 5 kali aku meraikan tarikh tersebut. Ya inilah tarikh kelahiran suami ku yang tersayang. Seperti entry aku yang sebelum ini, hadiah Mr Hubby telah aku serahkan pada 1 Mac yang lalu, kerana setiap tahun aku tidak pernah memberi hadiah pada tarikh yang sebenarnya, selalunya aku akan bagi awal, walau bagaimana pun, pada tarikh ini, aku masih lagi keluar makan, dan memberi ucapan. Kali ini, disinilah kami meraikan tarikh keramat ini.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Birthday Dinner at Bora Asmara

Tempat ni suasana dia mmg sangat romantik. Bora Asmara berkonsepkan bali, cuma diterangi oleh lilin(candle light dinner), sesuai untuk jamuan makan malam yg romantik. Dengan alunan mizik sunda, berada di Bora Asmara terasa seperti berada di sebuah spa yang amat menenagkan.



Inilah dia pemandangan hiasan dalaman di Bora Asmara..romantikkan, suasana suram denagn lilin2 sebagai penerang.

Kepada sesiapa yang merancang untuk makan malam secara candle light dinner, korang bolehlah cuba datang kat sini, Food? oklah not bad, ada western ada malaysian food, dan aku kesini bukan sebab food sangat pun, its more on nak rasa suasana yang damai, dan tenang. Dan memang ianya sangat tenang.

Untuk suami tercinta, Bby minta maaf, turun jer  flight dari Manila, abg dh terus dibawa kesini. Mesti penatkan.huhuhu sowee!! dah tu siapa suruh abang g Manila masa Birthday abg kan..hakhakhak..bby tak kira, bby nak gak celebrate!!~~!!

 

Happy Birthday Mr Hubby

HAPPY BIRTHDAY TO YOU & I LOVE U

Selamat menyambut bulan kelahiran. Yeah 12hb Mac ni usia abang genap 25 tahun. Tapi seperti selalunya Bby memang tak suka sambut pada tarikh tersebut. Kenapa?? rasanya abg pun tahukan kenapa!!
Bby lebih suka sambut awal2 bulan. Dan seperti biasa setiap tahun pasti ada kejutan buat abang. Cuma tahun lepas kita tak meraikannya dengan gilang gemilang ..hahahah cewah~~cewah~~.

Sebagai menebus hadiah tahun lepas, tahun ni bby memang sgt2 menantikan bulan Mac....Tak sabar nak sambut hari dimana cinta hati baby dilahirkan...bermula dari akhir bulan Feb bby dah mula survey hadiah abg, tak tahu nak bagi apa. semua abg dh ada. nak belikan abg apa yer. Puas di catu-catukan akhirnya bby ambik keputusan membeli ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kenapa Bby pilih jam untuk abg? kerana ia melambangkan waktu. Apa kena mengena waktu dan masa dgn abg? ooohhhh sangat banyak!!

1- Kerana selama mana WAKTU beredar, kasih sayang kami masih seperti dulu, malah semakin kuat 
2- MASA-MASA yang pernah kami lalui satu masa dulu yang menjadikan kami hari ini
3- SAAT-SAAT bersama suami tercinta adalah diantara saat yang paling membahagiakan
4- Jam ada 12 pusingan, hampir sama dgn perbezaan usia kami 11 tahun
5- Kerana setiap DETIK dan WAKTU aku mahu dia pahatkan kasih sygnya pada ku

v
v
v
v
v
v
v
v

Hadiah buat suami tercinta -Guess special 25th  Edition



Terima kasih kpd gadis ini yang sgt2 banyak membantu aku sewaktu berada di butik jam tersebut



Cash ok!!! bkn bayar dgn credit card Hubby aku, sbb ni hadiah utuk dia, x adil pakai duit dia kan


Cuma ini yang aku mampu aku berikan sempena ulangtahun buah hati kesayangan aku ini....Semoga hadiah ini akan selalu membawa makna untuk dirinya. Sepertimana jam ini akan selalu berada di tangannya, harapan aku, semoga aku juga akan selalu dihatinya.

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran sayang. Terima kasih kerana sgt2 menyayangi baby....... sgt2 menjaga baby.......sangat2 menyintai baby.......... terima kasih sekali lagi sayang


Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM