.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aktiviti di petang sabtu

Baby Fair di Midvalley amat ditunggu2..... huhu apa lagi kalau bkn nak shopping barang si kecil nie.... Plan asal nak pergi hari Ahad, tapi Mr hubby sanggup balik kerja awal pada hari sabtu semata2 tak sabar nak ke Midvalley..... Takut2 hari Ahad crowd. Tapi setelah sampai disana... kami terpaksa mengubah fikiran. selain bershopping pada hari ini (sabtu) kami terpaksa kesana lagi esok...hwaaaaaa x cukup tgn nak bwak barang:P

Jom roger apa jer yang di shoppingkan.....


Melampau betul sekali bershopping baju :))


Lamaze:D:D:D I Liokeeeeeee!!~~!!

So esok sambung shopping!!!!~~!!

*saya dalam projek menyiapkan kamar beradu untuk putera kecil ini...tunggu!!!!!!!!







Untuk mu si kecil ku



Hari2 yang dilalui sangat berbeza.... Al-maklumlah dari berdua kini bertiga. Masuk minggu ni dah 3 minggu aku bersalin. Berpantang? yer aku berpantang makan. Ubat? Yer aku makan segala jenis akar kayu yang dibekalkan oleh mak mertua aku. Keluar rumah? TIDAK!! yang ini aku tak berpantang. bukan tak nak berpantang tapi aku tak percaya pada tak boleh keluar rumah ...alasan zaman dulu kala boleh lah, sebab hutan..banyak nyamuk nanti kena denggi:P

Cuma minggu pertama jer aku beria2 duduk rumah, selebihnya aku dah keluar, cumanya bila keluar tuh aku pakailah baju lengan panjang, stokin. terperap dalam rumah all the time pun akan mengakibatkan post natal depression kan.(hahahha alasan nak berjalan). Sebenarnya aku dah mulakan aktiviti Gym aku di minggu ketiga nie. Nak kurus cepat!!!! aku tak nak gumuks2 lepas beranak... Alhamdulillah berat badan asal aku dah kembali, now nak kurangakn mana2 yang perlu jer lagi, malah berat aku lebih ringan dari sebelum bersalin, pinggang aku kurang 3cm dari sebelum aku hamil (wow!!!)

Nasib Syakir bukan jenis yang meragam, bawak ke gym pun dia diam jer asalkan perut dia kenyang


Macam mana aku ke gym dengan baby? boleh jer...bila aku workout, Mr Hubby aku jaga baby, bila Mr Hubby aku workout, aku yang jaga baby. mcm tuh lah cabarannya.....

Let roger pic aktiviti kami bertiga....(pic aku? tungggggguuuuuuu )

Hujung minggu yang lepas Mr Hubby sgt bersimpati dengan aku yang sudah seminggu terperap dirumah lalu membawa aku dgn si kecil keluar shoppinggggggg!!!yahooooooooooooo!!! Tapi sebelum akmi keluar rumah Kami telah melakukan satu aktiviti:P nak tau apa dia sila tgk pic di bawah nie:P

v
v
v
v
v
v



Ya Allah panjangnya rambut anak ku



Ni baru betul...... hahahha nilah dia projek aku dgn Mr Hubby. Kami telah menggondolkan kepala si kecil ini.



Walid yang baik, sedia berkhidmat bila2 masa.


Shopping tak boleh lari dari kami berdua......


Aduiii kat serata sudut kat rumah nie semua barang baby jer dah


Walid yang rela membazirkan RM 169 untuk sehelai selimut buat anak kesayangan dia...haishhh


Wahh lena diselimuti selimut yang walid beli yer sayang?


Hasil dari susu badan sepenuhnya....♥ (x sabar  nak tunggu check up 6 minggu nanti)

Tak sia2 penantian aku selama 5 tahun, dan betullah janji Mr Hubby aku.... "sayang selepas tarikh 21/12/2010 abg akan pastikan kita ada cahayamata"...terima kasih abg ..... kerana menunaikan janji itu, dan kita sama2 besarkan NYAWA kita nie yer sayang...






Aidiladha di Terengganu

Qurban pertama di Terengganu, Cucu pertama beraya bersama TokAbah dan TokMa. Aidiladha pertama jugak saya dan suami sambut di Terengganu. Wahh semuanya yang pertama.....

Keseronokan beraya kali ini tak boleh nak digambarkan....... so let share some sweet moment .......


Kali pertama beraya bersama di kecil ini menjadikan Mr hubby sgt excited:)



Diantara mereka2 yang tak lekang dari memberikan perhatian...... Bertuahlah kamu anakanda ku 
Ahmad Izdihar Syakir 

Pic aku?? heheh tunggu dulu...bagi slim dulu yerrr... now aku dh boleh pakai jeans aku balik...thanks to Mr Hubby yang tak penat2 memberi aku galakan meneruskan Gym aku walaupun masa tuh dah dekat nak bersalin. Hasilnya.... aku cuma ambik masa 2 minggu jer untuk kembalikan bentuk badan asal aku..now dalam proses nak menguruskan MORE!!!...tunggu !!!!!





Persediaan Aidiladha

Excited....Excited....Excited.....
Cuma itu yang mampu aku katakan.... Sangat excited sehingga aku lupakan soal pantang dan berpantang. Lantas mendesak Mr Hubby untuk ke OneU bagi menyopping (ada ker perkataan nie) barang2 baby. Al-maklumlah kan ini raya pertama kami bersama insan kecil yang istimewa.

Dari satu kedai ke satu kedai, dari Pumkin ker Okaidi, ke Guess dan akhirnya bertemu baju untuk "infant" cuma di OshKosh. Nak melangkah ker MotherCare aku kena berjalan merentasi trowong masa untuk ker Old wings, so fikir2kan balik dengan keadaan aku yg sebenarnya tak sepatutnya berjalan, maka aku decide untuk settlekan pengembaraan bershopping tuh di OshKosh. Jom roger....




Pendek kata aku dan Mr Hubby tak sabar untuk berangkat pulang malam ini............ Terengganu here we come!!!!!!!



Terima kasih kepada yg sudi datang.....

Kegembiraan aku menyambut kelahiran putera pertama bukan sahaja kegembiraan buat aku dan suami malah ia juga satu berita yang mengembirakan buat ramai pihak. Al maklumlah aku dah tunggu "bintang" ini lebih dari 5 tahun. Dalam penantian ini aku kena telan pelbagai "SINDIRAN" pelbagai kata2 dari manusia di sekeliling aku. Tapi aku puas hati kerana penantian itu sudah berakhir, malah seronok bila mampu merahsiakan kehamilan aku. (walaupun gambar2 pregnant aku terlepas beberapa keping di blog2 dan FB kawan2).

Terima kasih kepada semua yg sudi datang untuk menjenguk aku yang dalam berpantang......



Thanks to Sis Nina , Sis Washa & the 2 kids..... Dorang datang sebaik aku balik dari Hospital.... sempat jugak dorang menjamu selera dirumah aku, berkongsi lauk2 aku makan sewaktu berpantang. Thanks for the gifts as well my dear sisters



Thanks to wani & hubby. Ishkk hadiah yang wani bagi aku kena pikir 10 kali nak buka...comel sangattttttttttttttttt!!!!! mcm pampers junjung...hahaha awal2 anakanda ku dah dipinang org:P..thanks again my  dear.....(budak nie paksa jugak aku yg tengah sememeh dalam berpantang bergambar:(



Thanks jugak pada budak kecik si Nur Intan nie sebab sudi datang all the way from Melaka to c the little Prince. Thanks jugak untuk hadiah yang di bawa. ( budak nie dtg dgn buah hati dia..tapi dia nie sellfish x ambik pic buah hati dia pon)


Thanks all for all the gifts.....

Insyaallah jika ada kelapangan nanti aku jemput korang masa Aqiqah / cukur jambul Syakir yer:)
# tu pun kalau buat kat KL, sbb dengar2nya ada org suruh balik ke Terengganu untuk buat, almaklumlah cucu pertama




Ahmad Izdihar Syakir Ahmad Syazwan

Ahmad Izdihar Syakir adalah antara 4 anugerah terbaik buat aku dalam hidup. Bercakap mengenai anugerah, anugerah yang pertama hadir dalam hidup aku lebih kurang 11 tahun yang dulu, tapi aku tidak pernah perasan akan kehadiran itu sehinggalah 4 tahun kebelakangan ini..... dia adalah.................. (maaf aku selesa berahsia tentang dia).....anugerah kedua yang terbaik Allah berikan pada aku pastinya anak ku Muhammad Izdihar Hafiy, walaupun beliau bukannya darah daging ku, tapi apa bezanya sekiranya aku sendiri telah menyusukannya selama hampir 11 bulan .....dengan susu badan ku sendiri???? Anugerah ketiga yang terbaik pastinya suami tercinta Ahmad Syazwan..... walaupun begitu lama kami menunggu untuk mencapai dan merialisasikan impian kami, namun detik 21/12/2010 telah mengubah segalanya..terima kasih sayang.

Dan anugerah ke 4 yang terbaik ini sudah pastinya zuriat kami sendiri yang baru berusia 4 hari. Ahmad Izdihar Syakir. Mengandungkan Syakir adalah sesuatu yang terindah dalam kehidupan aku dan suami. Penantian kami untuk mendengar tangisan seorang bayi dalam rumahtangga kami akhirnya tercapai bila mana pada harijadi Mr Hubby pada tahun ini, aku sedikit tidak selesa, lalu telah ke klinik dan disahkan hamil:) ia merupakan hadiah buat suami tersayang. Namun memandangkan kami sudah beberapa kali kehilangan bila aku kerap mengalami keguguran, kami mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini dari ramai org. Cuma dikalangan mereka yang sering bertemu diri ku sahaja yang mengetahui perkara ini.

Kehamila yang cuma memberi aku berat badan extra sebanyak 9.7KG sahaja ini sgt mengembirakan kerana aku tidak mengalami alahan yang teruk disampaing kesihatan yang agak memuaskan. ( doc cuma agak berhati2 kerana sejarah keguguran ku, lalu menasihatkan aku agar berehat ) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bila aku mengambil keputusan untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Kelahiran yang begitu hebat bila aku yang disahkan akan melahirkan bayi ini pada 15/11, telah diserang sakit pinggang selama 2 hari sebelum ke hospital dan disahkan sudah sampai waktu untuk bersalin...... dan proses melahirkan Syakir cuma mengambil masa kurang dari 4 jam. Alhamdulillah.

Pastinya kami gembira kera Aidiladha kali ini kami bukan lagi berdua tapi bertiga. Ia nya juga satu hadiah istimewa buat Tok Ma dan Tok Abah di Terengganu (cucu pertama kan) selain menjadi buah hati buat Nenek di Seremban.....Insyaallah beberapa hari lagi aku akan pulang ke Kemaman, kerana tahun ini keluarga suami telah berhasrat untuk meraikan Aidiladha dengan berkorban di Kemaman.

Terima kasih kepada Nemo, Poojiepooh, Shazwani & suami, Azie & suami, Intan & bakal suami, Semua pelajar SKSM, teristimewa buat 2 org jururawat ~~ Killa (yang sering mengambil berat tentang kandungan aku) dan juga Cik Lula ( prince court ) yang sering memberi nasihat kesihatan yg berguna disepanjang kehamilan ku.....

Ahmad Izdihar Syakir.... Bagaimana nama ini menjadi pilihan? Ahmad sempena mengambil nama hadapan Suami tercinta, Izdihar ( perkembangan/kemajuan ) diambil bagi mengingati anak susuan ku, Syakir bermaksud - pengenang budi telah lahir pada 22/10/2011 jam 10am, dengan berat sebanyak 3.5kg. Alhamdulillah Syakir tidak banyak meragam. Dengan kesihatan yang baik, doc telah membenarkan aku dan putera sulung kami keluar dari wad pada 24/10 - 2pm. Amin.............

so....... just enjoy and share the sweet moment with us.....















Kepada mereka yang tak putus2 menghantar sms ucapan tahniah, doa yang tak henti2, kami berdua dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih..........dan kepada "kekanda tersayang" terima kasih atas solat hajat kekanda buat adinda dan suami...........

Finally I M a Mother.............e

Finally.............. I m a mother............ ♥.....

Masa update status nie aku masih di Hospital. Keadaan semua stabil. Baby telah selamat lahir pada 22/10/2011 Jam 10am.... Insyaallah Isnin aku dah boleh balik. Sementara aku di hospital, Mr Hubby sibuk menyediakan perkakas baby yang masih tak cukup, manakan tidaknya........ aku jangka bersalin lagi 3 minggu, tengok2 bersalin awal...... so banyak benda yang tak ada lagi:).....Dengan gigihnya Mr Hubby telah bershopping sendirian. Hebat rupanya suami aku nie.

Stroller yang menjadi impian Mr Hubby buat anak tersayang



Stroller nie kami dh survey byk kali sebelum Mr huby terpaksa g beli sorang2 masa aku di hospital..... Masa dtg tgk aku kat spital, dia terus jerr bawak pic2 nie semua


Sibuk jerrr anak bulus aku Yoshi nak skodeng..ahahha..alamak baru lahir dah nak jadi BOSS????




Pandai pulak Mr Hubby aku mendandan Playpand nie


Terima Kasih sebab memyediakan tilam terbaik untuk anak kita yer sayang



Mak Aihhhhh!!!! Abg????? Abg beli banyaknya:)) hahhaha Melampau!!!!

Nak tahu buah hati kami puteri atau putera...sila tunggu update akan datang..........


Dah mula sakit nak bersalin





Ishkkk ikut due date lambat lagi 15/11..... kenapa rasa tegang, sakit pinggang.... ishkkk takkan dah nak bersalin kot...... hwaaaaaaaa anak ku tak sabar nak tgk bumi nie.....

Doakan segalanya selamat..... Amin.....










Entry panazzzzz

Wajar ker aku keluarkana entry panas nie?? rasa cm wajar, sekali fikir lagi mcm x wajar, tapi bila fikir berpuluh2 kali rasa cam wajar plak, so aku tulis gak ler.

Buat penyekodeng blog aku

Aku tahu ko penyekodeng tegar. Ko tak tunjuk ko nak ambik tahu hal aku, tapi tiap kali aku buat entry baru mesti nama ko lekat jer dekat tong sampah perangkap Nuffnang aku. Tak apalah perempuan, ko skodeng jer lah, moga2 dengan cara itu ko bahagia. Walaupon pernah jer ko beraksi seolah2 sudah tidak mahu ambil tahu hal aku. Hakikatnya ko masih nak ambik tahu. PAPE JE LAH HAISHHH.........




Apa ko nak fikir tentang entry aku, tentang aku, aku tak kisah, cuma aku geli hati bila tgk nama ko dan nama blog ko selalu masuk dalam perangkap tong sampah Nuffnang aku. Aku jadi pelik. Aku mati2 ingat ko x nak ambik pot dah. Aku ingat ko yang mengatakan "kuncu2 aku sedang berkeliaraan kat FB ko dgn kawan2 ko" rupanya ko jugak yg masih berkeliaraan kat blog aku, hye sbb ko dah tak dapat nak skodeng FB aku:).....
PAPE JE LAH HAISHHH.............









Pic berjimba dengan perut ku

Berjalan2 dan bercuti2 lagi. Ini mungkin juga trip terakhir aku sebelum aku bersalin. MUNGKIN je lah kan. Tapi rasa2nya macam nak berjalan lagi. Next destination aku malas nak buat aktiviti. Aku cuma nak lepak dan rilex2 jer. Wut about "water chalet" yang ada swimming pool dalam bilik? wahhhh mesti seronok kan:P

Apa lagi sabtu dan ahad lepas aku telah berjimba2 dengan beberapa org manusia yg selalu ada dgn aku di sepanjang "kegemukan" melanda diri aku. Mcm biasa cakap banyak, cerita banyak pon tak guna... Jom skodeng pic tersebut

Si Intan nie x habis2 nak main dengan perut aku. Nanti bila baby kuar jgn kuat nangis cam dia sudah lah. #matilah kena carut dgn intan

Hasil BBQ di malam itu :d

Banyak pic yang lain, tapi aku malas nak upload. kang upload banyak2 kang kena marah. Dorg nie semua banyak pantang larang. Tak boleh itu tak boleh ini. ikutkan jer lah.... btw cuma beberapa minggu jer lagi pon kan...kan...kan.... 



Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM