.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Ahmad Izdihar Syakir Ahmad Syazwan

Ahmad Izdihar Syakir adalah antara 4 anugerah terbaik buat aku dalam hidup. Bercakap mengenai anugerah, anugerah yang pertama hadir dalam hidup aku lebih kurang 11 tahun yang dulu, tapi aku tidak pernah perasan akan kehadiran itu sehinggalah 4 tahun kebelakangan ini..... dia adalah.................. (maaf aku selesa berahsia tentang dia).....anugerah kedua yang terbaik Allah berikan pada aku pastinya anak ku Muhammad Izdihar Hafiy, walaupun beliau bukannya darah daging ku, tapi apa bezanya sekiranya aku sendiri telah menyusukannya selama hampir 11 bulan .....dengan susu badan ku sendiri???? Anugerah ketiga yang terbaik pastinya suami tercinta Ahmad Syazwan..... walaupun begitu lama kami menunggu untuk mencapai dan merialisasikan impian kami, namun detik 21/12/2010 telah mengubah segalanya..terima kasih sayang.

Dan anugerah ke 4 yang terbaik ini sudah pastinya zuriat kami sendiri yang baru berusia 4 hari. Ahmad Izdihar Syakir. Mengandungkan Syakir adalah sesuatu yang terindah dalam kehidupan aku dan suami. Penantian kami untuk mendengar tangisan seorang bayi dalam rumahtangga kami akhirnya tercapai bila mana pada harijadi Mr Hubby pada tahun ini, aku sedikit tidak selesa, lalu telah ke klinik dan disahkan hamil:) ia merupakan hadiah buat suami tersayang. Namun memandangkan kami sudah beberapa kali kehilangan bila aku kerap mengalami keguguran, kami mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini dari ramai org. Cuma dikalangan mereka yang sering bertemu diri ku sahaja yang mengetahui perkara ini.

Kehamila yang cuma memberi aku berat badan extra sebanyak 9.7KG sahaja ini sgt mengembirakan kerana aku tidak mengalami alahan yang teruk disampaing kesihatan yang agak memuaskan. ( doc cuma agak berhati2 kerana sejarah keguguran ku, lalu menasihatkan aku agar berehat ) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bila aku mengambil keputusan untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Kelahiran yang begitu hebat bila aku yang disahkan akan melahirkan bayi ini pada 15/11, telah diserang sakit pinggang selama 2 hari sebelum ke hospital dan disahkan sudah sampai waktu untuk bersalin...... dan proses melahirkan Syakir cuma mengambil masa kurang dari 4 jam. Alhamdulillah.

Pastinya kami gembira kera Aidiladha kali ini kami bukan lagi berdua tapi bertiga. Ia nya juga satu hadiah istimewa buat Tok Ma dan Tok Abah di Terengganu (cucu pertama kan) selain menjadi buah hati buat Nenek di Seremban.....Insyaallah beberapa hari lagi aku akan pulang ke Kemaman, kerana tahun ini keluarga suami telah berhasrat untuk meraikan Aidiladha dengan berkorban di Kemaman.

Terima kasih kepada Nemo, Poojiepooh, Shazwani & suami, Azie & suami, Intan & bakal suami, Semua pelajar SKSM, teristimewa buat 2 org jururawat ~~ Killa (yang sering mengambil berat tentang kandungan aku) dan juga Cik Lula ( prince court ) yang sering memberi nasihat kesihatan yg berguna disepanjang kehamilan ku.....

Ahmad Izdihar Syakir.... Bagaimana nama ini menjadi pilihan? Ahmad sempena mengambil nama hadapan Suami tercinta, Izdihar ( perkembangan/kemajuan ) diambil bagi mengingati anak susuan ku, Syakir bermaksud - pengenang budi telah lahir pada 22/10/2011 jam 10am, dengan berat sebanyak 3.5kg. Alhamdulillah Syakir tidak banyak meragam. Dengan kesihatan yang baik, doc telah membenarkan aku dan putera sulung kami keluar dari wad pada 24/10 - 2pm. Amin.............

so....... just enjoy and share the sweet moment with us.....















Kepada mereka yang tak putus2 menghantar sms ucapan tahniah, doa yang tak henti2, kami berdua dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih..........dan kepada "kekanda tersayang" terima kasih atas solat hajat kekanda buat adinda dan suami...........

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM