.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Delima anak lembut | TV 3


Hari ni TV3 dalam rancangan wanita hari ini telah membangkitkan isu "Delima anak lembut". Memang hotzzz dan memang menarik isu ini. So aku pun tercanguk ler depan TV3. Memang hebat lah bila tetamu jemputannya ialah seorang Ibu yang mempunyai anak lelaki berperwatakan lembut, anak lelaki itu sendiri, dan seorang prof pakar pscycology 

Si anak yang berperwatakan lembut dikenali sebagi Amy itu bukan sekadar lembut yang ala2 ppuan okey!!! dia memang berperwatakan ppuan, pakai gelang, cincin, rantai cm ppuan (design ppuan) ada buah dada (kecik jer ler), berambut paras bahu, pendek kata memang mcm perempuan. Tapi secara peribadi (sila baca elok2 yer SECARA PERIBADI) aku sgt menghormati pendirian si Ibu yang menerima anaknya dan  terus berdoa agar anaknya berubah satu hari nanti.

Walaupun si anak membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berubah, tidak pernah terfikir untuk mengahwini seorang perempuan walaupun si ibu sgt2 mengharapkan si anak membawa balik menantu perempuan, namun ibu ini masih dengan usaha nya sebagai ibu iaitu berdoa.



Memang agak sukar menerima hakikat bila ada dlm keluarga kita berperwatakan seperti ini, tapi hakikatnya manusia mana yang minta diri mereka lahir dengan kekurangan sebegitu. Dia juga mengharap kesempurnaan tapi perasaan mereka lebih terdorong menjadi seorang ppuan dari lelaki menyebabkan mereka dalam dilema dan sering menjadi cemuhan masyarakat

By the way aku suka cara prof tu merfikir.."berdoa lebih baik dari mencemuh". Disinilah masyarakat memainkan peranan, memberi kekuatan kepada lelaki lembut ini agar berubah, meyakinkan bahawa mereka akan lebih hebat jika mereka mendampingi makhluk bernama perempuan, mengingatkan mereka tentang fitrah hidup kita dicipta berpasang2an. Bercakap dgn terbuka dgn mereka, jgn disimpan perasaan jijik bila mereka mula menceritakan sesuatu perbuatan yang agak bertentangan dengan fitrah sebagai lelaki, sebab disaat korang tidak bersetuju dgn cara kehidupan mereka, mereka sebenarnya telah meletakkan satu tembok dengan signboard "NO ENTRY" kat korang. dan mereka akan mula menjauhkan diri dari korang.

Aku yakin setiap lelaki yang lahir dengan sempurna sebagi lelaki, nama lelaki, walaupun dalam perubahan usia bertukar perwatakan menjadi perempuan namun mereka masih ada sekelumit naluri lelaki, cuma bagaimana dan banyak mana dorongan yang mereka terima untuk mereka berubah kepada menjadi lelaki sejati........

So jgn putus asa merebuah mereka..... Terima diri mereka seadanya, sejarah mereka tutup rapat2 sebagai sejarah, ITUKAN SEJARAH, walau sehitam mana pun sejarah itu. Sesungguhnya Allah senantiasa menerima taubat mereka sejud kepadanya. Wallahualam

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM