.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Terima kasih kepada yg sudi datang.....

Kegembiraan aku menyambut kelahiran putera pertama bukan sahaja kegembiraan buat aku dan suami malah ia juga satu berita yang mengembirakan buat ramai pihak. Al maklumlah aku dah tunggu "bintang" ini lebih dari 5 tahun. Dalam penantian ini aku kena telan pelbagai "SINDIRAN" pelbagai kata2 dari manusia di sekeliling aku. Tapi aku puas hati kerana penantian itu sudah berakhir, malah seronok bila mampu merahsiakan kehamilan aku. (walaupun gambar2 pregnant aku terlepas beberapa keping di blog2 dan FB kawan2).

Terima kasih kepada semua yg sudi datang untuk menjenguk aku yang dalam berpantang......



Thanks to Sis Nina , Sis Washa & the 2 kids..... Dorang datang sebaik aku balik dari Hospital.... sempat jugak dorang menjamu selera dirumah aku, berkongsi lauk2 aku makan sewaktu berpantang. Thanks for the gifts as well my dear sisters



Thanks to wani & hubby. Ishkk hadiah yang wani bagi aku kena pikir 10 kali nak buka...comel sangattttttttttttttttt!!!!! mcm pampers junjung...hahaha awal2 anakanda ku dah dipinang org:P..thanks again my  dear.....(budak nie paksa jugak aku yg tengah sememeh dalam berpantang bergambar:(



Thanks jugak pada budak kecik si Nur Intan nie sebab sudi datang all the way from Melaka to c the little Prince. Thanks jugak untuk hadiah yang di bawa. ( budak nie dtg dgn buah hati dia..tapi dia nie sellfish x ambik pic buah hati dia pon)


Thanks all for all the gifts.....

Insyaallah jika ada kelapangan nanti aku jemput korang masa Aqiqah / cukur jambul Syakir yer:)
# tu pun kalau buat kat KL, sbb dengar2nya ada org suruh balik ke Terengganu untuk buat, almaklumlah cucu pertama




Ahmad Izdihar Syakir Ahmad Syazwan

Ahmad Izdihar Syakir adalah antara 4 anugerah terbaik buat aku dalam hidup. Bercakap mengenai anugerah, anugerah yang pertama hadir dalam hidup aku lebih kurang 11 tahun yang dulu, tapi aku tidak pernah perasan akan kehadiran itu sehinggalah 4 tahun kebelakangan ini..... dia adalah.................. (maaf aku selesa berahsia tentang dia).....anugerah kedua yang terbaik Allah berikan pada aku pastinya anak ku Muhammad Izdihar Hafiy, walaupun beliau bukannya darah daging ku, tapi apa bezanya sekiranya aku sendiri telah menyusukannya selama hampir 11 bulan .....dengan susu badan ku sendiri???? Anugerah ketiga yang terbaik pastinya suami tercinta Ahmad Syazwan..... walaupun begitu lama kami menunggu untuk mencapai dan merialisasikan impian kami, namun detik 21/12/2010 telah mengubah segalanya..terima kasih sayang.

Dan anugerah ke 4 yang terbaik ini sudah pastinya zuriat kami sendiri yang baru berusia 4 hari. Ahmad Izdihar Syakir. Mengandungkan Syakir adalah sesuatu yang terindah dalam kehidupan aku dan suami. Penantian kami untuk mendengar tangisan seorang bayi dalam rumahtangga kami akhirnya tercapai bila mana pada harijadi Mr Hubby pada tahun ini, aku sedikit tidak selesa, lalu telah ke klinik dan disahkan hamil:) ia merupakan hadiah buat suami tersayang. Namun memandangkan kami sudah beberapa kali kehilangan bila aku kerap mengalami keguguran, kami mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini dari ramai org. Cuma dikalangan mereka yang sering bertemu diri ku sahaja yang mengetahui perkara ini.

Kehamila yang cuma memberi aku berat badan extra sebanyak 9.7KG sahaja ini sgt mengembirakan kerana aku tidak mengalami alahan yang teruk disampaing kesihatan yang agak memuaskan. ( doc cuma agak berhati2 kerana sejarah keguguran ku, lalu menasihatkan aku agar berehat ) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bila aku mengambil keputusan untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Kelahiran yang begitu hebat bila aku yang disahkan akan melahirkan bayi ini pada 15/11, telah diserang sakit pinggang selama 2 hari sebelum ke hospital dan disahkan sudah sampai waktu untuk bersalin...... dan proses melahirkan Syakir cuma mengambil masa kurang dari 4 jam. Alhamdulillah.

Pastinya kami gembira kera Aidiladha kali ini kami bukan lagi berdua tapi bertiga. Ia nya juga satu hadiah istimewa buat Tok Ma dan Tok Abah di Terengganu (cucu pertama kan) selain menjadi buah hati buat Nenek di Seremban.....Insyaallah beberapa hari lagi aku akan pulang ke Kemaman, kerana tahun ini keluarga suami telah berhasrat untuk meraikan Aidiladha dengan berkorban di Kemaman.

Terima kasih kepada Nemo, Poojiepooh, Shazwani & suami, Azie & suami, Intan & bakal suami, Semua pelajar SKSM, teristimewa buat 2 org jururawat ~~ Killa (yang sering mengambil berat tentang kandungan aku) dan juga Cik Lula ( prince court ) yang sering memberi nasihat kesihatan yg berguna disepanjang kehamilan ku.....

Ahmad Izdihar Syakir.... Bagaimana nama ini menjadi pilihan? Ahmad sempena mengambil nama hadapan Suami tercinta, Izdihar ( perkembangan/kemajuan ) diambil bagi mengingati anak susuan ku, Syakir bermaksud - pengenang budi telah lahir pada 22/10/2011 jam 10am, dengan berat sebanyak 3.5kg. Alhamdulillah Syakir tidak banyak meragam. Dengan kesihatan yang baik, doc telah membenarkan aku dan putera sulung kami keluar dari wad pada 24/10 - 2pm. Amin.............

so....... just enjoy and share the sweet moment with us.....















Kepada mereka yang tak putus2 menghantar sms ucapan tahniah, doa yang tak henti2, kami berdua dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih..........dan kepada "kekanda tersayang" terima kasih atas solat hajat kekanda buat adinda dan suami...........

Finally I M a Mother.............e

Finally.............. I m a mother............ ♥.....

Masa update status nie aku masih di Hospital. Keadaan semua stabil. Baby telah selamat lahir pada 22/10/2011 Jam 10am.... Insyaallah Isnin aku dah boleh balik. Sementara aku di hospital, Mr Hubby sibuk menyediakan perkakas baby yang masih tak cukup, manakan tidaknya........ aku jangka bersalin lagi 3 minggu, tengok2 bersalin awal...... so banyak benda yang tak ada lagi:).....Dengan gigihnya Mr Hubby telah bershopping sendirian. Hebat rupanya suami aku nie.

Stroller yang menjadi impian Mr Hubby buat anak tersayang



Stroller nie kami dh survey byk kali sebelum Mr huby terpaksa g beli sorang2 masa aku di hospital..... Masa dtg tgk aku kat spital, dia terus jerr bawak pic2 nie semua


Sibuk jerrr anak bulus aku Yoshi nak skodeng..ahahha..alamak baru lahir dah nak jadi BOSS????




Pandai pulak Mr Hubby aku mendandan Playpand nie


Terima Kasih sebab memyediakan tilam terbaik untuk anak kita yer sayang



Mak Aihhhhh!!!! Abg????? Abg beli banyaknya:)) hahhaha Melampau!!!!

Nak tahu buah hati kami puteri atau putera...sila tunggu update akan datang..........


Dah mula sakit nak bersalin





Ishkkk ikut due date lambat lagi 15/11..... kenapa rasa tegang, sakit pinggang.... ishkkk takkan dah nak bersalin kot...... hwaaaaaaaa anak ku tak sabar nak tgk bumi nie.....

Doakan segalanya selamat..... Amin.....










Entry panazzzzz

Wajar ker aku keluarkana entry panas nie?? rasa cm wajar, sekali fikir lagi mcm x wajar, tapi bila fikir berpuluh2 kali rasa cam wajar plak, so aku tulis gak ler.

Buat penyekodeng blog aku

Aku tahu ko penyekodeng tegar. Ko tak tunjuk ko nak ambik tahu hal aku, tapi tiap kali aku buat entry baru mesti nama ko lekat jer dekat tong sampah perangkap Nuffnang aku. Tak apalah perempuan, ko skodeng jer lah, moga2 dengan cara itu ko bahagia. Walaupon pernah jer ko beraksi seolah2 sudah tidak mahu ambil tahu hal aku. Hakikatnya ko masih nak ambik tahu. PAPE JE LAH HAISHHH.........




Apa ko nak fikir tentang entry aku, tentang aku, aku tak kisah, cuma aku geli hati bila tgk nama ko dan nama blog ko selalu masuk dalam perangkap tong sampah Nuffnang aku. Aku jadi pelik. Aku mati2 ingat ko x nak ambik pot dah. Aku ingat ko yang mengatakan "kuncu2 aku sedang berkeliaraan kat FB ko dgn kawan2 ko" rupanya ko jugak yg masih berkeliaraan kat blog aku, hye sbb ko dah tak dapat nak skodeng FB aku:).....
PAPE JE LAH HAISHHH.............









Pic berjimba dengan perut ku

Berjalan2 dan bercuti2 lagi. Ini mungkin juga trip terakhir aku sebelum aku bersalin. MUNGKIN je lah kan. Tapi rasa2nya macam nak berjalan lagi. Next destination aku malas nak buat aktiviti. Aku cuma nak lepak dan rilex2 jer. Wut about "water chalet" yang ada swimming pool dalam bilik? wahhhh mesti seronok kan:P

Apa lagi sabtu dan ahad lepas aku telah berjimba2 dengan beberapa org manusia yg selalu ada dgn aku di sepanjang "kegemukan" melanda diri aku. Mcm biasa cakap banyak, cerita banyak pon tak guna... Jom skodeng pic tersebut

Si Intan nie x habis2 nak main dengan perut aku. Nanti bila baby kuar jgn kuat nangis cam dia sudah lah. #matilah kena carut dgn intan

Hasil BBQ di malam itu :d

Banyak pic yang lain, tapi aku malas nak upload. kang upload banyak2 kang kena marah. Dorg nie semua banyak pantang larang. Tak boleh itu tak boleh ini. ikutkan jer lah.... btw cuma beberapa minggu jer lagi pon kan...kan...kan.... 



Aktiviti di Negara Matahari terbit ~~~ Jepun

Perghhhh!!~~!! Ingat lagi x entry aku pasal nak ke Jepun, dan offcoz aku janji nak update aktiviti aku disana kan.... Jom skodeng :P.....

Wahh!! aktiviti makan2 rupenya..... sedapnya OYSTER tuh:P



Scallop, Salmon, sotong & sushi yang menjadi pilihan hati


meleleh x air liur korg tgk :P



Salad, Muessel, Prosperity shrimp..


Bamboo shell, BBQ


Aku mana boleh lari dari makan benda nie..inilah fav aku kalau g mana2 pun


Lihatlah suasa di Tao



Mr Hubby x melepaskan peluang menikmati Buffet di Tao


Terima kasih sayang kerana menunaikan segala permintaan Baby♥

Yer.... Inilah Jepun yang aku maksudkan...jgn marahhh haaaaa!!!~~!!! hehehhe... Korang pun satu hal..dalam keadaan aku mcm nie...mcm manalah aku nak berjalan jauh2..kang terberanak plak kang dalam kapal terbang :p

Luncch Buffet di Tao mmg berbaloi2. Mula2 aku plan nak lunch dia Tenji, tapi sedih bila pergi sana tgk2 Tenji dah tutup dan lingkup hahaha, #just joking, Tempat tuh Shogun dah ambik alih, lagi sedih shogun dalam renovation so x dapatlah makan kat sana, dan buat kali pertamanya kami S.Giza utk makan Tao, dah alang2 lepas makan, kami berjalan2 dan terperangkap dengan satu pembelian "service"..hahah nak tau apa dia?? kena tunggu. Yang pastinya aku suka..suka..suka..suka..suka..suka..suka..sgt2





Hujung minggu 1 & 2 Oct

Apa jer yang di buat di hujung minggu kalau bukan masa untk mengisi perut, berjalan, bershopping, dan bercuti...wehuuuuuuuuu menarikkkkkkk!!! takkan nak bertapa kat rumah jer kan. membesarkan "bontot" ahakzzzz........

Many times and in many situation pictures speaks louder then words:d

Ristretto Brazillian BBQ

Nilah aktiviti kami pada sabtu malam minggu, Saturday Night Fever~~!!~~

Teringin nak makan Brazillian BBQ, maka dengan usaha Mr Hubby pun bawalah aku ke Ristretto
Memang BBQ dia adalah antara yang terbaik. Makanan dan service yang membuatkan aku tak kan melupakan kenangan ini dalam hidup. ITS LUXURY!!!! ;agi special bila Buffet ni korg tak payah susah2 nak bangun ambil makanan. Ianya akan dibawa terus dari api yang memanggang ke meja korang dan akan di potong dan di hidangkan di depan mata.

Yang paling istimewa ialah COFFEE dia. Mereka akan menghidangkan depan mata. bukan itu sahaja coffee ini datang dgn pelbagai design..hahah korang pilih jer design yang korang nak dan si pakar akan menuangkannya depan mata korang. Tak pakai machine ok......dan hasilnya cuba tengok dalam pic kat atas nie....cantikkan coffee tuh. mcm sayang jer nak minum:P

Wahh...cinta hati aku x melepaskan peluang untuk memcuba juga mengambil hidangan yang dipotong fresh....
perghhhhh memang TERBAEKKKKKK

Untuk gambar FB dari Ristretto sila click DISINI

Dan esoknya pula!!~~~~
v
v
v
v
v
v

Lihat jer suasana yang menyamankan ini. Sangat tenang ok!!

Interior Design di D'Ark masih mengekalkan ciri2 rumah melayu lama.

Interior bilik tidur yang juga menarik.

Saya sgt suka design tingkapnya yang panjang sepererti rumah melayu Melaka

Barang2 antik dijadikan hiasan di beberapa sudut

Budak Nakal manalah nie :P
Terima kasih cinta kerana menunaikan hajat isteri yang mengidam nak ber BBQ di Janda Baik :d

Ahakzzzzz...aktiviti menangkap ikan:d ngerrrrr!!!~~!!!

satu pengalaman yang menyeronokkan

Terima kasih juga pada Azie dan Nizam yang sudi melayan kerenah saya :d

Yeahhh MY FAV ~~~ Kambing


Akhir kata" D'Ark Janda Baik memang terbaik!!!"

Bagi korang yang nak bercuti untuk short trip, datanglah ke sini, memang korang akan merasai nilai duit yang korang spend.Dengan perjalanan 1 jam dari Kuala Lumpur, korang akan menikmati satu kawasan yang sejuk, nyaman dan menenangkan. Sangat baik untuk kesihatan Ibu dan anak :d

Terima kasih kepada Cinta Hati kerana senantiasa mencuba menunaikan hajat ini. Memang mabuk BBQ... ari2 BBQ pun tak apa.... serius!!! Hujung minggu nie 9/10/2011 aku akn paparkan kisah aku sepanjang berada di Jepun, sekembali dari jepun  hujung Minggu depan akan ada satu lagi aktiviti menarik  15/16 Oct. Jangan lupa mengendap blog ONETASHA yer:P








Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM