.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Selamat bertunang | Era & Fauzi | Cinta Blogger| Pojipooh &

Ribuan kemaafan kerana Entry ini lambat, Entry ni dah basi, tuan punya diri dah memaklumkan dulu, tapi sekurang2nya saya jadi yang pertama mengONLINEkan berita mereka di FB. Aku dapat pic masa majlis dan terus masukkan ke FB.

Majlis pertunangan PojiPooh & Nemomimosh

Majlis yang cukup meriah, al-maklumlah Era adalah anak perempuan sulung dan satu2nya anak perempuan, Fauzi pula anak sulung lelaki, pastilah keluarga dia juga turut teruja. Kalau korang tengok majlis pertunangannya, org akan kata itu majlis kawin tau. (siyes x tipu). Apa kata kita usha pic2 dorg nie.........

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Bagai Pinang di belah dua ♥




Wajah mereka seiras, org kata serasi♥



Alhamdulillah akhirnya............


Hantaran yang sangat cantik ♥


Antara mereka yang memeriahkan majlis (blogger2 terkenal )

Majlis ini aku hadiri sebenarnya sebaik aku sampai dari Kuala Terengganu atas urusan perkahwinan adik ipar aku. Aku bertolak seawal pagi dari Kuala Terengganu semata-mata untuk berada bersama mereka yang sering buat aku tersenyum dikala orang lain membuat aku berduka, Alhamdulillah aku sampai tepat pada masanya. Kebetulan bertembung dgn keluarga pihak lelaki yang baru nak melangkah ke rumah Era. Amin aku berada disana tepat pada DETIK MEREKA.

Sebenarnya kisah mereka aku dah paparkan berkurun yang lalu, tak silap aku sejak bulan febuari lagi, tapi masa tuh semua orang ingatkan itu sekadar GOSSIP!!!! hehehhehe...sebenarnya itu KISAH BENAR... Jom skodeng semua kisah mereka dari mula... #matilah aku kena kejar dgn PojiePooh @ Fauzi & Nemo @ Era




Jujurnya aku suka kisah cinta mereka yang tak terlampau, Mereka saling suka sama suka, memendam rasa, kedua2nya saling meluah pada aku, aku jadi tempat mengadu, dua2 ego tak nak luahkan perasaan, dua2 kuat sentap, tau2 si jejaka mempelawa sigadis pulang kekampungnya, dan sigadis yang selama ini sangat sukar untuk nak ikut mana2 lelaki balik ke kampung, boleh pulak kali ni bersetuju, sebaik balik dari kampung terus kuar statement dari si jejaka " kak call mak, cakap kat mak, saya dah jumpe calom menantu mak" Aku pun tak tunggu, call mak di Muar, Call mak di kelang, arrange itu ini, begitu begini, tau2 2-3 minggu lepas tuh rombongan merisik sampai dan aku adalah antara wakil dari pihak lelaki. 

Wow!!! kemudian tiada cerita cinta mereka di FB mahupun twitter, tiada update tentang apa2 status berbau hubungan intim, kalau kat twitter pun mereka bernalas status tanpa mention nama pasangan (so org agak sukar nak nampak/syak) kat FB plak saat2 akhir mereka berlakun seperti adik~abg angkat(hahahhahaha, x boleh belah)..sampaikan saat mereka bertunang pun masih ada yang tanya "kak tash dorg bukan adik~abg angkat ker? (ini menunjukkan kami mampu menutup rahsia ini dgn lakunan yg hebat) hahahaha

okok...cukup...nak tau lelebih sila layari blog mereka sendiri dan tunggu cerita mereka.....

Apa pun semoga bahagia selalu, semoga kekal hingga ke akhir hayat...Amin




 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM