.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pasangan bercinta | berkahwin kalau gaduh buat apa?



Entry ni ditulis sebagi menjawab soalan CikHelena
v
v
v
v
v
kalau pasangan yang kawen plak cemana gaduhnye ea??

Terpanggil untuk menulis dan menjawab persoalan Cik Helena nie.....Pasangan mana yang tak pernah gaduh kan, pasangan mana yang tak pernah bertengkar dan berselisih faham kan. Cuma cara mengendalikan situasi itu berbeza dari sesaorg dgn sesaorg yang lain.

Kalau aku yang gado dgn Mr Hubby selalunya memang tak lama, setakat nie sejarah aku bergaduh yang paling lama ialah 2 hari. Itu pun dah kira paling lama lah tuh, dan setakat ni pergaduhan yang panjang cam tu cuma berlaku sekali jer. Selalunya bergaduh cam mana pun kami akan OK sebelum tidur.




Apa yang aku buat bila gaduh?
  • Mesti aku cari 'kakak' aku dulu. Mengadu a-z kat dia.......
  • Mesti aku cari FB dulu, bukan up status tau tapi g tulis email dan htr kat Mr Hubby aku. Kenapa aku suka htr email? salah satu sebab dia takkan baca immediately, (Mr Hubby akau jarang buka FB)by the time dia nak baca, dia dah berada dlm keadaan tidak marah/ kurang marah, so dia akan lebih boleh berfikir, dan menerima teguran / luahan yang aku tuliskan.
  • Aku mesti cancelkan semua program aku, dan akau suka perap diri dalam bilik di sisi laptop,hp,dan tv aku. Aku tak nak kuar rumah dan tak ada mood nak buat apa-apa kerja termasuk memasak...
  • Aku akan diamkan diri, tak guna nak bertekak, esok lusa bila baik, lelaki yang sama gak aku nak peluk dan nak cium,setiap kali aku gaduh, aku akan fikir satu benda....... - "berbaloikah nak buang 1-2 hari nak bergaduh sedangkan masa2 itu jika aku bercinta dgn Mr Hubby lagi elok"
Apa yanag akan berlaku bila dah baik bergaduh?

  • Hubungan akana jadi sangat hangat (intim)
  • Kasih sayang akan lebih membara
  • Rindu makin meluap-luap
  • Lebih memahami pasangan
  • Menyesal sebab membazirkan tenaga dan masa bergaduh dan kekadang rasa kelakar bila ingat2kan punca bergaduh tu
Siapa pujuk siapa?

  • Buat masa ni, kalau aku yang salah memang aku yang akan mengalah, tapi sebelum mengalahpun aku memang akn buat keras kepala. (memang dasar Ego) tapi ego aku tak ler sampai aku x nak tegur dengan alasan "AKU PONG ADA GOK EGO AKU"
  • Kalau dia yang salah dia pun akan minta maaf, walaupun cara dia minta maaf tuh kekadang lebih menyakitka hati
  • But satu yang aku suka mengenai Mr Hubby aku, dia tahu isteri dia tak boleh tido kalau dia tak peluk atau tido jauh2 dari dia, so walau gaduh cm mana pun dia kan tetap peluk aku bila nak tido, paling kurang pun dia kan letak kaki dia atas kaki aku, (mesti nak sentuh2 gak) sweet jer kan
So senang kata...nak elak bergaduh ni..salah sorang kenalah mengalah, kalau 2-2 keras kepala, 2-2 nak tunjuk ego, 2-2 nak tunjuk degil, jawabnya tak kemana lah. Lagi best cuba korg pikir cam nie, "aku gaduh ari nie, esok lusa baik dia gak yang aku nak.... so buat apa buang masa nak gaduh, baik diam jer, pas tuh bila dh tenang bincang....pikir dan cari jalan penyelesaian......lebih baik dari korang bergaduh dan bertekak kan :d:d:d:d

So sekian yer Cik Helena, harap2 jawapan ini membahagiakan kamu :P



Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM