Habuk!!
Bila aku rindu
Because WE ARE Muslim
Shariah is like a boat, Tariqah like an ocean and Haqiqah is like the precious pearl. Whoever aspires after the pearl must embark on the boat and then dive into the ocean.
Agak tertarik bila menerima Email ni dari seorang TEMAN. Aku nak kongsikan apa yang telah dia kirimkan pada email aku. Hanya beberapa keping gambar, tapi cukup buat aku tertanya2 dimanakah silapnya?
Agak tertarik bila menerima Email ni dari seorang TEMAN. Aku nak kongsikan apa yang telah dia kirimkan pada email aku. Hanya beberapa keping gambar, tapi cukup buat aku tertanya2 dimanakah silapnya?
Rindu yang menggunung
Macam2 dugaan, macam2 rintangan. Terlalu lama terpisah. Insyaallah esok lepas berbuka aku akan bertemu dia. Masih samakah dia? masih gagah seperti dulukah dia? masih manja seperti dulukah dia? Bagaimana rupa dia
Selepas berbulan aku tidak bertemu dengannya? sihat kah dia? Berbagai persoalan bermain di benak fikiran ku. Sebulan pertama bila berjauhan aku masih mampu pujuk hati ku agar bersabar. Masuk dua bulan kesabaran aku mula tergugat...sangat merinduinya (nangis), tapi bila dah melepasi 2 bulan, aku jadi hilang sabar.
Aku dah tak mampu tunggu lagi. Lantas aku sanggup bergaduh asalkan sahaja dia ada dengan ku, ada didepan mata ku. Cuma satu yang mampu aku janji, lepas ni, aku akan menjaganya penuh dgn kasih dan sayang. Aku akan pastikan dia selesa dengan ku, akan ku jaga makan dan minumnya, agar dia tidak lagi jauh dari ku. Cuma aku takut, adakah dia masih mengenali ku, setelah sekian lama tidak bertemu? Aku jadi tidak keruan. Aku jadi berdebar menantikan esok.
Lambatnya putaran masa berlalu. Kerinduan ini kekadang menjadikan aku seorang yang emosi, aku kosong tanpanya. Baru aku sedari betapa penting dia dalam kehidupan ku. Aku tahu sebelum ini terlalu banyak yang aku sakiti dia, aku tidak menjaganya dengan baik. Maafkan aku...... Akan ku tebus kesalahan itu sebaik kita bertemu esok. Semoga kau tidak berubah.... semoga kau sihat.... Aku masih menyayangi mu sayang ku.....
Insyaallah esok kita akan bertemu.... sabar yer sayang. Sabar yer Chenta
Hijau D Aidilfitri
1 Syawal 1431H tahun ni adalah tahun ke 5 aku berhari raya dengan Mr Hubby. Setiap tahun seperti biasa we all akan memikirkan apakah warna terma untuk dipakai di pagi Syawal. Tahun pertama (2006) Merah menjadi pilihan kami berdua.Tahun kedua (2007) kami memilih warna hitam, tahun ketiga(2008) purple lembut menjadi pilihan,tahun ke empat (2009) kuning diraja bertakhta di mata dan dihati. Dan tahun ini warna ketenangan (hijau) menjadi pilihan. Insyaallah kalau panjang umur tahun depan pink/biru bakal menyusul.
Tahun2 sebelum ini, baju melayu Mr Hubby selalunya ditempah. Tapi tahun ini Mr Hubby teringin nak pakai baju melayu yang dijahit oleh salah satu butik yang terkenal. Siapa lagi kalau bukan OMAR ALI yang telah memulakan perniagaan menjahit baju Melayu sejak tahun 1935. So semalam mencarilah baju melayu di Omar Ali. Bukan baju melayu jer yang dia sambar, siap butang baju melayu dan sampin. Pening jugaklah kepala staff di Omar Ali melayan kerenak kitaorg. Walaupun harga dorg agak tinggi berbanding tempat lain, tapi jahitan baju melayu yang dihasilkan oleh Omar Ali memang cantik. Dan buat kali pertamanya baju melayu butang 3 menjadi pilihan Mr Hubby.
Hijau untuk tersayang
Pilihan Mr Hubby buat isterinya
Bila dah Mr Hubby hijau, so aku pun kenalah cari hijau jugak. So berjalan lah kami dari satu bazar ke satu bazar, sayangnya x ada yang berkenan di mata Mr Hubby. So masuklah dari satu kedai ke satu kedai, dari satu butik ke satu butik, sampailah kami ke Warisan Hawa Collection. Terpanalah dia pada sepasang baju kurung pesak gantung yang diperbuat menggunakan kain chiffon, di sulam dibahagian dada dan juga tangan. Sulaman yang cantik bagi yang bertudung, so tak payah risau nak pakai aksesori lain lagi.
Selesailah bahagian baju. hari minggu nanti tinggal nak cari kasut dan cari handbag jer lagi. Abang.... oh abang. Belikan baby handbag dgn kasut pulak yer...........
** Sian kat Mr Hubby tahun ni dia kena tanggung bebanan perbelanjaan sorang2 sebab aku x boleh nak membantu. Dah 2 bulan lebih aku x ada pendapatan. Tak ada kereta maknanya semua projek terbengkalai.
Rezeki Ramadhan dengan Nuffnang
Dalam bulan puasa aku masih lagi aktif dengan aktiviti Nuffnang, walaupun ramai diantara blogger 'pencen sementara' dalam bulan puasa ni.
Sila klik untuk zat pembesaran
Semalam aku terima satu jemputan exlusive dari Nuffnang untuk 'angels DG ' Jemputan ni bukan makan kat kedai mamak tau, tapi di Apartment KLCC, dan masakan yang bakal disajikan akan disediakan oleh chef professional. Cuma 25 orang bloggers yang dijemput bagi majlis berbuka puasa tersebut. Terima kasih banyak2 kepada Nuffnang kerana sudi memandang blogger cap ayam seperti aku. Tapi maaf juga aku ucapkan kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam jamuan tersebut. Kenapa erk?
- Jamuan itu adalah jamuan SDN BHD. Maknanya korang tak boleh bawak sesiapa, boleh bawak diri sendiri jer, so agak keberatan untuk aku pergi, walaupun tawaran yang ditawarkan itu memang hebat
- Aku tak sampai hati nak biarkan Mr Hubby aku berbuka sorang2 kat rumah sedangkan aku sedap2 jer makan kat sana.
Jadi demi kasih ku pada Mr Hubby aku dengan rela hati melepaskan peluang berbuka puasa yang sangat2 aku tunggu ini. (ikhlas tau)
Hari ni pulak aku dapat lagi satu tiket wayang. Tarikhnya 2 hari sebelum raya. 8hb September. Cerita Resident Evil. Insyaallah aku akan menghadirkan diri untuk wayang terakhir sebelum raya ini. Lepas habis wayang we all akan bertolak balik ke kampung halaman.
Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang kerana tidak jemu2 memberi aku peluang demi peluang. Terima kasih banyak2 Nuffnang.
Are You Moist Enough?
Kulit kering? Adakah kulit korang cukup lembab? bercakap soal kulit, kulit adalah bahagian tubuh yang paling besar. Dan ramai orang mengalami masaalah kulit. Antara masaalah kulit yang sering menghantui kita ialah:-
Kulit kering
Bagaimana mengetahui bahawa kulit kita kering?
- Cuba cakar menggunakan kuku pada bahagian permukaan kulit, jika terdapat garisan putih selepas cakaran tersebut itu menandakan bahawa kulit kita mengalami masaalah kekeringan.
- Kulit yang menggelupas seperti terdapat satu lapisan permukaan kulit yang nipis terkoyak dari bahagian tubuh, selalunya perkara ini terjadi dibahagian bibir, telapak tangan dan telapak kaki
- Kulit merekah. Ini selalunya terjadi di bahagian bibir dan kulit kaki. Ia akan kelihatan seperti kulit yang terluka dengan garisan2 halus yang agak kelihatan buruk terutamanya dibahagian kaki.
Faktor2 kulit mengalami kekeringan:-
- Tanpa kita menyedari bahawa dengan bertambahnya usia, kulit kita juga turut mengalami perubahan dan kehilangan kelembapan serta keanjalan.
- Kulit normal kehilangan di antara 80 hingga 100 gram air setiap hari dan sebab itu kulit memerlukan produk yang melembap dan berkesan bagi sepanjang hari.
- Faktor kekeringan kulit ini juga terjadi berpunca dari kekurangan pengambilan makanan seperti sayur dan buah2an, juga kekurangan pengambilan air yang cukup.
- Tidur dan rehat yang tidak culup juga membuatkan kulit kehilangan keanjalan dan menjadikan kulit mudah kelihatan letih dan tidak bermaya
- Cuaca yang kering dan panas menyumbang kepada kekeringan kulit, terutama kepada mereka yang seruing terdedeah kepada cuaca.
- Tanpa kita sedari air yang kita gunakan yang mengandungi klorin juga adalah diantara faktor yang menyumbang kepada masaalah kulit kering
- Pengambilan ubat-ubatan juga ada kalanya menjadi sebab mengapa kulit kita kelihatan kering.
- Tidak menggunakan PRODUK yang berkesan yang dapat memberikan kita perlindungan kelembapan kulit yang berpanjangan.
Apa penyelesaian untuk mengatasi masaalah ini?
Korang perlu mengatasi masaalah-masaalah diatas. Makan makanan yang baik untuk kulit. Minum air yang cukup dan rehar secukupnya, juga pastikan kulit korang mendapat perlindungan yang sempurna terutama bagi korang yang terdedah dengan cuaca. Pilih produk yang dapat melindungi kulit, ini bermakna produk tersebut harus mampu menyimpan kadar kelembapan yang lama pada kulit, mampu menyerap dan tidak melekit Produk tersebut juga haruslan selamat dan mesra untuk kulit agar ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.
Pernah tak aku mengalami masaalah kekeringan kulit? YA! aku kerap mengalami masaalah ini, terutama selepas berenang. Macam yang aku katakan faktor air juga menyumbang kepada kekeringan kulit. Disebabkan kandungan klorin yang agak tinggi didalam kolam renang maka aku sering mengalami masaalah ini.
Apa yang aku lakukan bagi mengatasi masaalah tersebut?
Menyedari keperluan harian kulit, jenama pakar penjagaan kulit selama lebih satu abad, Vaseline menghasilkan rangkaian penjagaan kulit bagi memenuhi setiap wanita Vaseline Amazing Skin.Rangkaian terbaru ini mengandungi empat produk penjagaan kulit pilihan iaitu Total Moisture, Intensive Rescue, Aloe Cool and Fresh dan Healthy White yang memberikan 10 kali lebih kelembapan dan perlindungan untuk kulit kering.
- Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.
- Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.
- Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.
- Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.
- Masaalah bibir kering dan juga mengelupas sehinggakan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan. Korang hanya perlu menyapu lapisan tibis dibahagian bibir setiap kali terasa bibir korang mula kering, selepas beberapa hari korang akan lihat kesannya, bibir korang akan mulai lembab dengan sendirinya.
- Masaalah melecet dicelah peha yang terjadi akibat geseran kulit dibahagia terbabit. Sapukan lapisan nipis dibahagian peha sebelum korang memakai pakaian. Ia dapat melembabkan bahagian tersebut disamping mambantu geseran yang agak kesat dan melukakan akibat geseran yang berlaku
- Kemerkahan dan melecet dibahagian puting akibat penyusuan badan. Sapukan vaseline selepas setiap kali penyusuan, dan ia selamat sekiranya terlupa untuk mencuci sebelum menyusukan bayi.
- Kemerkahan (stretch marak) di bahagian perut akibat kehamilan dan kesan menggaru sewaktu kehamilan. Sapukan dibahagian perut sewaktu perut mulai membesar, agar kulit kekal lembab dan lebih anjal, apabila kulit memeiliki cukup kelembapan, ia tidak akan terkoyak sewaktu proses pembesaran perut berlaku, dan ini akan membantu mengurangkan merekah dibahagian perut disampaing tidak akan merasa gatal2 lagi
- Merekah dibahagian tumit kaki. Cuma sapukan dan pakai stokin nipis sebelum tidur. dalam masa seminggu mesti korang dapat lihat perubahan yang begitu ketara.
Untuk bloggers semua, jangan lepaskan peluang untuk meraikan "Celebrate Amazing Skin with Vaseline"
Korban 1
Pagi-pagi dah terbuka isu yang buatkan dada aku macam rasa kena himpit,
Buatkan nafas aku tersekat-sekat.
Buat hati aku hiba dan sayu
Buatkan rasa kecil hati aku bertambah tebal...
Aku tak suka rasa sume nie. sangat tak suka.
Rasa nak jerit..nak cakap " g mamposlaah perasaan nie..buat bodo sudah"
tapi aku tak boleh.
ada sesiapa boleh membantu?
I H H S M
Buatkan nafas aku tersekat-sekat.
Buat hati aku hiba dan sayu
Buatkan rasa kecil hati aku bertambah tebal...
Aku tak suka rasa sume nie. sangat tak suka.
Rasa nak jerit..nak cakap " g mamposlaah perasaan nie..buat bodo sudah"
tapi aku tak boleh.
ada sesiapa boleh membantu?
I H H S M
Rezeki lagi
** Kepada yang masih belum pernah merasai apa itu buffered jangan berputus asa. teruskan usaha korang. Jadikan blog korang menarik untuk dipilih oleh para penaja dan pengiklan.
Hati yang luka | Menangis | Ubat putus cinta
Putus cinta?
Sakitkan bila putus cinta. Sakitkan bila kecewa. Kenapa perasaan ini terjadi? kenapa kebanyakan dari kes putus cinta cuma sebelah pihak sahaja yang bersedih/ kecewa? Perlukah kita bersedih/berkabung atas kehilangannya?
Cara | untuk tersayang
Juadah berbuka hari ke 8
SOTO CHENTA
Puding Caramel 'RINDU'
Inilah hidangan juadah berbuka puasa hari kelapan. dah lapan hari berpuasa, dan aku sememangnya dah semakin pupus idea nak masak apa setiap kali berbuka. Kalau nak masak heavy2... macam tak berbaloi jer, sebab yang makannya 2 orang jer. Tapi nasib baiklah berpuasa tahun ni budak ni selalu temankan aku berbuka...so tak lah sunyi sangat berbuka puasa aku. Kalau tak aku tgk muka Mr Hubby, dan Mr Hubby tengok muka aku.
Dan hari ni dengan tersiarnya gambar ni kat FB aku adalah sorang mamat ni marah.... dia kata :
v
v
v
v
v
v
v
Alossss!!!! aku kn marah tuh.salahkah aku menyiarkan kepakaran aku memasak?? ahahahahah perasannya Puan natasha nie..kahkahkahkah
**entry ni terlambat sehari aku post sebab aku bz sangat semalam.tak sempat nak post entry aku.
Rezeki bersama Nuffnang
Nuffnang masih lagi setia sayang pada akuSemalam buka2 email lagi sekali Nuffnang menunjukkan sayang dia pada aku. Seperti biasa dia jarang menghampakan aku dengan sudi memberi aku tiket wayang untuk cerita Going The Distance. Untuk dapatkan tiket ini, Nuffnang meminta untuk blogger membuat satu entry dan nyatakan sejauh mana korang sanggup menghadapi berkorban demi kekasih / pasangan korang? (untuk entry aku klik sini)
Wah!!! seronok jugak dapat tiket nie, sebab yang dapat semuanya perempuan. Dan yang pastinya mereka akan datang dgn pasangan mereka. Lagi buat aku teruja bila budak ni & budak ni dapat sama. Ini adalah tiket wayang dari Nuffnang yang pertama tuk dorang.
Dan pagi2 ni seperti biasanya, aku buka Nuffnang nak tengok berapakah simpanan hari tua aku, ahahhaha. terima kasih sekali lagi pada Nuffnang kerana memberikan aku buffred baru. Harap2 buffred yang ini akan kekal sampai Raya nanti. Insyaallah
So pendek kata, Nuffnang masih bermurah hati berkongsi rezeki dgna aku, alhamdulillah.. dan kepada kawan2 blogger ynag sudi memeriahkan blog aku nie, jutaan terima kasih jugak yer.
**Majulah Berblogging untuk Nuffnang** huhuhuhuhuhu