Bahagiakah aku dengan kehidupan ku kini? yer !!!! sangat-sangatAku bahagia kerana dikurniakan satu kehidupan yang sederhana, namun lengkap, tiada kekurangan. Lengkap dan sederhana itu menjadi impian aku sejak dulu lagi. Mungkin saje ada yang akan menunding jari mengatakan aku cuma menulis sebegini, namun jauh di sudut hati aku mahukan sesuatu yang lebih. Siapa yang tidak mahukan kehidupan yang lebih baik, namun aku sudah sangat2 bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada saat ini.
Di saat orang lain sibuk mencari pinjaman untuk membeli rumah/ menyimpan duit bagi membayar deposit rumah, aku diberikan rezeki memiliki rumah sendiri yang tidak berhutang lagi. Rumah atas nama aku sendiri. TUNAI!!! (ni penting). So aku tak perlu sakit kepala nak pikir mana nak cekau duit nak bayar bank, mana nk cr bank nak buat loan, nak sediakan dokumen nak buat loan, nak sewa rumah, nak bayar sewa, sampai masa tuan rumah nak rumah, kena cari rumah lain, pindah lagi. Ishk tak berkesudahan.
My chenta hati ku
Di saat orang lain masih terkontang kanting membayar kereta, alhamdulillah kami berdua dianugerahkan dengan sebuah kereta, walaupon kereta yang cuma bernilai 16k, namun yang penting kereta ini jugak tiada hutang. TUNAI!!! so kami berdua boleh tido lena tanpa memikirkan kalau ansuuran bulanan gagal di bayar mana nak sorok kereta, mana nak cari penjamin, nak jamin pinjaman, mana nak cr deposit nak bayar booking kereta.
Yang paling penting, walaupon ini perkahwinan ku yang kedua, namun aku BAHAGIA, sebab ....
Aku tak perlu kongsi-kongsi. Lelaki yang aku cintai dan lelaki yang menyintai aku adalah hak aku, bukan berkongsi kasih dgn org lain.
Aku bahagia, walaupun banyak dugaan yang mendatang, suami tercinta tak pernah membiarkan aku sendirian menghadapi segala ini. Dia sangat2 memberi aku segala kekuatan, dan tak pernah membiarkan aku tenggelam kesaorangan. Untuk apa sekali pon, dia selalu ada bersama ku :)
Sejak detik 21 Dec 2010, segalanya telah berubah:)... dari tarikh ini, dia sangat2 mem'permaisuri'kan diri aku, segala kehendak, segala keinginan, tiada ayat TIDAK dalam kamus kehidupannya, Terima kasih sayang atas segala2nya...