.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Natasha menjalani operation


Gambar2 gigi yang cukup buat aku terasa ngilu

Pernah tak korang hadapi masaalah kesakitan gigi atau lebih parah lagi kalau gigi yang sakit itu adalah gigi bongsu atau lebih dikenali dgn nama 'wisdom tooth'? Aku tak pernah terfikir yang aku akan melalui saat2 kesakitan ini.sangat sakit ok!!

Disebabkan sakit yang amat sangat aku telah ke klinik gigi pada 7hb Januari 2011. Pergi sorang2 dalam keadaan sakit gigi itu memang sangat menguja kesabaran aku, manakah tidak, dengan jalam jem, dengan parking yang susah. Setibanya aku di klinik gigi, Doc memeriksa keadaan gigi aku, dan seperti yang aku duga gigi ini memang tak dapat nak diselamatkan lagi.

Inilah rupanya gigi aku sebelum di cabut.... (gigih masukkan HP dalam mulut..hahahahha)


Sebenarnya ini bukan kali pertaa gigi ini sakit, seingat aku sudah hampir 7-8 tahun aku menahan sakit yang sekejap datang sekejap hilang. Bila sakit aku ke klinik, doc bagi antibiotik dan pain killer, bagi aku temu janji untuk aku buang gigi aku, dan selalunya lepas semua ubat habis, sakit pon hilang dan aku mulalah melupakan hasrat nak buang gigi tersebut. Sebenarnya aku takut!!! grkkkkkkkkkkkk!!!~~~ menurut kata doc nak buang gigi ni bukan menggunakan kaedah biasa mencabut gigi, sebab dia tumbuh senget, so kena di belah/operation, bila dengar yang tu lah yang buatkan aku cancel nak buang gigi tersebut.

Namun kesakitan yang aku alami, menjadikan aku tekad untuk buang gigi bungsu sebelah kiri aku nie, aku sudah tak mampu nak bertahan lagi. maka setelah diperiksa dan diberi antibiotik, aku diberi satu tarikh untuk aku jalani pembedahan gusi bagi mengeluarkan gigi bungsu aku. Tarikhnya ialah 28 januari 2011.

 Sementara menunggu gusi aku cukup kebas, 20 minit itu tidak disia2kan begitu sahaja.

Pada tarikh yang ditetapkan aku pon pergilah, bukannya sorang, Hubby aku ada jer menemani aku, dia yang drive, sanggup dia ambik cuti untuk aku, terima kasih sayang... dan aku juga ditemani jururawat peribadi aku, cik shakilla. Apa lagi, aku telah di berikan 5 bius bagi mengebaskan gusi dan mulut aku bagi memudahkan doc membelah dan menyiang-nyiang gusi aku cam siang ayam dan ikan.agagagga. Selepas bius aku dikendaki untuk menunggu selama 20 minit, ini sementara menunggu ubat yang diberi benar2 mampu mengebaskan kawasan yang di bius. Semantara menunggu 20 minit itu berlalu maka aku dan jururawat aku sempatlah bergambar.

Selesai 20 minit, aku dipanggil masuk, bermulalah kerja2 doc menyiang gusi aku bagi mengeluarkan gigi yang telah memberi aku satu penderitaan yang teramat sgt.


Doc yang sedang memotong gusi aku.

Bila masuk jer, diperiksa sekali lagi, bius yang diberi tak cukup kuat untuk aku, maka aku diberikan 3 lagi bius, menjadikan semuanya 8 bius, mulut aku lak dah rasa senget sebelah.hahahaha. selepas bius yang kelapan apa lagi....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Inilah hasilnya..................TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


Gigi aku telah berjaya dikeluarkan setelah separuh gusi aku di belah



Aku keluar dari bilik operation dengan senyuman yang memanjang (almaklumlah, bius masih ada lagi, so tak ler terasa sakinya lagi kan)




Dan inilah dia gigi ajaib itu :P

Dan yang paling mengejutkan aku ialah :- Operate sebatang gigi cam nie duit incik hubby telah terbang sebanyak RM 1200 :P sian incik hubby. Kenapa mahal sangat erk harga dentist la nie??


Jom layan Video ni..tengok bagaimana gigi bungsu dikeluarkan






 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM