Terlalu lama aku tak menulis, dan hari ni aku begitu merindui blog nie. Kenapa aku berhenti menulis? pastinya ramai yang ingin tahu. Yang penting bila aku berhenti menulis ini tidak bermakna aku berhenti dari menjalani kehidupan aku. Hampir 7-8 bulan aku tidak menulis dengan serius. Kenapa?
- Aku takut, dengan menulis aku akan menyakiti hati banyak pihak, kerana sejak kebelakangan ini kehidupan aku banyak kepada berkaitan dengan ramai hati. So aku ambik keputusan untuk mendiamkan diri. Kekadang bila kita luahkan dan org tak mengerti dengan luahan itu, mereka menyalah tafsirkan akan maksud yg ingin kita sampaikan.
- Aku hilang semangat, hilang mood untuk menulis, bukan kerana aku tak ada pembaca dan peminat blog ini alhamdulillah boleh dikatakan adalah jugak, walau tak sehebat blog blogger2 terkenal.Kenapa aku hilang mood? entah lelr aku tak ada jawapan untuk itu
Kerana hilangnya semangat itu, banyak benda yang berlaku tidak aku tuliskan, diantaranya:-
- 10 Julay 2010- Tarikh kelahiran anak kesayangan aku Muhammad Izdihar Hafiy
- 1 syawal - Tak ada satu entry pon menceritakan tentang sambutan raya aku, walaupon sebenarnya tahun ini adalah raya yang paling meriah buat aku.termasuklah tiada cerita tentang keluarnya CHENTA dari hospital selepas kemalangan teruk.
- Tiada juga entry sambutan Hari Raya korban dari aku
- 21 December 2010- Tarikh keramat. Paling keramat. Cuma mereka yang betul2 terdekat dengan aku sahaja yang mengetahui rahsia di sebalik tarikh ini, dan aku bersyukur "sahabat baik" aku ada bersama aku pada tarikh ini sehingga segalanya selesai.
- Tiada entry sambutan tahun baru dari aku
- Tiada entry menceritakan tentang penambahan ahli keluarga aku? aku dah ada baby. Nak tengok gambar anak2 aku, nantikanlah entry2 aku selepas ni. Adakah kerana sibuk menguruskan anak2 maka aku sampai tak ada masa nak update blog? tak jugak. tak ada kena mengena langsung
Now terasa akan hati ini teramat merindui blog aku. Inilah laman kehidupan aku, inilah platform aku meluahkan perasaan, inilah cerita cinta aku.
Natasha selamat kembali berblogging!!!