Duduk serumah dengan mertua selepas kawen? patut kah ini berlaku?? Terutamanya kepada perempuan yang terpaksa duduk dengan mertua, kalau bagi menantu lelaki kena duduk dengan mak mertua mungkin tak banyak konflik kan? sebab menantu lelaki tak banyak masaalah dengan mertua..( kecuali lah kalau korang senasib dengan kassim selamat) agagagaggagaga.
Tapi bagi perempuan yang terpaksa duduk dengan mak mertua ni aku rasa kurang sesuai. Kurang ker??? ishkk rasanya tak sesuai langsung kot. Macam mana yer perasaan mereka yang kena duduk dengan mak mertua? aku tak dapat nak bayangkan sebab aku tak pernah berada di dalam situasi itu, tapi rasanya mesti susah kan. Kalau pon korang ni menantu kesayangan dan menantu pilihan, pastinya tak ada masaalah mertua cari pasal, tapi tetap tak best sebab tak ada privacy kan. (nak mandi berdua pon segan ) tambah kalau dalam bilik korang tak ada bilik air. agagaggagag ...keluar bilik air rambut basah2...lepas mandi junub... ishkkk malunya...
Tapi kenapa situasi ini harus berlaku. Dalam Islam sendiri menyuruh duduk berasingan selepas berumahtangga. Aku rasa diantara sebab-sebab kenapa ini berlaku ialah:-
- Si suami ialah " mom's boy ". Tak boleh jauh dari bawah ketiak mak
- Si suami masih tak mampu nak sediakan kediaman untuk isteri
- Si suami mampu tapi nak berjimat cermat
- Si suami bagi alasan nak jaga mak ayah dia
- Si suami yang rasa selamat di sisi keluarga
- Si suami yang kononnya tak mahu isteri bersendirian
Macam2 alasan lagi lah yang ada, tapi apa pun bagi pendapat peribadi aku, eloklah sediakan tempat kediaman bila dah berumahtangga. Biarpun rumah sebesar pondok durian, asalkan duduk berdua. Bukan dgn keluarga isteri mahupun keluarga suami, sebab pasangan suami isteri sgt2 memerlukan privacy. Dalam rumahtangga mana yang tidak bergelora kan. So kalau duduk dengan mertua bila ada jer masaalah susah nak diatasi masaalah tu, sebab takkan nak kurung diri dalam bilik berjam2, nak bertegang urat dgn suami? nanti mertua cakap apa?
Bila nak keluar berjalan (honeymoon) terhad, takkan nak cuti selalu2? nant mertua korg cakap apa plak kan, tambah bila dia mintak duit kat anak dia, anak dia kata tak ada duit, tapi bwak isteri berjalan ade jer pulak budget. Kalau nak keluar dating balik jauh2 malam pon susah kan, sebab apa kata mak bapak mertua kalau setiap ujung minggu anak menantu balik 4-5 pagi?
Nak manja2 lagi susah, nak baring2 atas riba pun nak kena jeling2 dulu, yelah takkan nak menepek dengan suami 24 jam, nanti mertua cakap apa? takkan nak mandi dgn suami berdua, tambah kalau bilik air tak ada dalam bilik korang. kalau ada bilik air dalam bilik tuh boleh lagi consider.
Nak hias rumah, nak masak, nak uruskan rumahtangga ikut cara dan kreativiti sendiri pon susah, sebab itu rumah mertua. Akhirnya korang yang akan makan hati
Lagi susah kalau bila suami korang tak pandai nak jaga 2 hati dalam satu masa.Boleh ker suami korang jaga hati mak dia dan hati isteri dia dalam satu masa?
Jadi aku rasa duduk denga mertua bukanlah satu idea yang bernas, dan aku bersyukur aku tak melalui pengalaman itu. Alhamdulillah sejak kawen lagi, kami duduk sendiri, dan alhamdulillah selepas 5 bulan kawen, kami dah beli rumah sendiri, walaupon kecik, ia syurga kami, tambah bersyukur kami tak pening2 nak mengadap muka bank untuk bayar rumah, sebab rumah ini kami beli cash. Tak payah pening bila tuan rumah mintak sewa, tka payah pening nak pikir bila nak pack barang nak kena pindah, so boleh tido dengan nyenyak.