.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Natasha | onetasha buka business BATIK MALAYSIA

Terkejutkah bila mendengar cerita tentang Natasha @ Onetasha buka business batik? kenapa? x percaya kah? ishkkkk. Korang ni kalau sekadar cerita memang korang tak nak dengar kan, nak jugak suruh aku bagi bukti. Ingat tak ada bukti ker ha? Meh aku nak tunjuk bukti yang nyata.



Inilah batik pertama hasil kerja ku

Inilah hasil kerja ku yang pertama.  Sebenarnya aktiviti melukis batik ini aku lakukan di pagi minggu dengan suami tercinta. memang sangat menarik bila berpeluang mencanting dan mewarna batik. Satu pengalaman yang sangat best. Tambah bila kita berpeluang memilih dan melukis design kita sendiri. Aku pastinya memilih corak abstrak dengan tulisan ONETASHA.



Inilah dia hasil canting sebelum di warnakan


Proses mewarnakan batik


Onetasha yang telah dibatikkan


Hasilnya

Dan tahukah korang apa maksud "batik"? batik adalah perkataan jawa, yang membawa maksud lukisan lilin/ lakaran lilin.Dan tahukah korang bagaimana untuk mengenali batik asli atau tidak? Cara2nya adalah dengan melihat dibahagian depan dan belakang kain, sekiranya tone warna kain tersebut sama dan tidak pudar berbanding yang dibahagian depan, ini menunjukkan bahaga batik itu adalah batik asli, sekiranya tidak, ini bermakna batik itu adalah 'cetak'


 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM