8/6/2011 ini cukuplah sudah 5 tahun kami bersama. Dan ingin ku imbas kenangan cinta itu sekali lagi. Ianya terlalu manis untuk dilupakan begitu sahaja.
5 tahun yang dulu, memang aku tak pernah menjangkakan aku akan menerima dia sebagai teman hidup dan berkongsi kehidupan. Memang aku mengelak semahu mungkin untukjatuh cinta, tapi takdir lebih kuat mahu kami bersama....
Maka lahirlah lirik lagu ini sebagai luahan hati aku pada dia yang ketika itu belum menjadi suami ku♥
Aku pernahberjanji pada dirikau sekadar teman dihatimana tahu pada penghujungnyaaku telah jatuh cinta**Engkau merubah warna hidup kudari suram menjadi pelangiwalau sedalam mana kasih kubiarlah hanya rahsiabiarlah cuma aku mengertisesungguhnya bukan ku inginkankerna perasaan ini aku kehilangan diri muKu pendamkan dalam hatikerna USIA MEMBATASIrela ku memujuk hatisimpan diri musebagai teman sejatiUlang **Kaulah segala mimpi indah kuengkau adalah angan kutapi aku harusn menyedarinyakita tak mungkin bersama.......................Ulang**Lirik: Natasha ~~~Melodi/Nyanyian: Zuan
Dan manalah aku tahu yang aku dalam diam akan jatuh cinta padanya, namun menyedari perbezaan usia yang amat ketara dan jauh berbeza, aku cuba pujuk diri menyimpan sidia sebagai teman sejati, namun takdir berlaku sebaliknya, dia telah ditentukan menjadi jodoh ku..amin Ya Allah kerana mempertemukan aku dan dia♥
Terima kasih kat 'budak kecik' ni sbb tolong masukkan lagu ni ke dalam blog aku yang cap ayam nie