.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aduh.....aduh......aduh......aduh......

Bangun pagi elok jer sihat-sihat. Tak sakit. Tetiba masuk pukul 11am, gigi sebelah kanan bawah (gigi taring) dh mulla rasa ngilu dan berdenyut. Bukan main sakit lagi. Bila gigi dgn gigi bertemu pun mak aihh sakitnya tuhan jer yang tahu mcm mana. Tak sanggup nak bayangkan dan ceritakan.

Akhirnya gigi yang sakit ni terpaksa aku buang. Mula-mula ingat nak ke klinik yang sama masa aku buang gigi bungsu aku hari tu, sayangnya klinik tu tutup (cuti Maulidurasul). So nak tak nak aku terpaksalah cari mana2 aje klinik gigi yang buka. Sampailah aku TTDI JAYA, Klinik Gigi Indra. Bila dah register, terpaksalah aku tunggu 40 minit sebab ada patient lain yang buat scalling. Dalam keadaan sakit nie terppaksa jugak aku tunggu, kalau tak mengenangkan kesakitan ini, dah lama aku angkat punggung. aku memang tak sabar bab-bab nak tunggu nie.... 

Akhirnya gigi yang sakit tuh tercabut juga, malangnya ia tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan biasa, ia harus dipotong, dan gusi aku harus dijahit.


Inilah rupanya gusi aku bila sudah dijahit


Rupa gigi aku yang telah dicabut


Aku dah ada 2 koleksi gigi yang dicabut :D

Disebabkan gigi ini tidak dicabut secara biasa, pembedahan kecil harus dilakukan, maka harga cuti am juga termasuk, maka terbanglah RM 125.00


 

Natasha | onetasha buka business BATIK MALAYSIA

Terkejutkah bila mendengar cerita tentang Natasha @ Onetasha buka business batik? kenapa? x percaya kah? ishkkkk. Korang ni kalau sekadar cerita memang korang tak nak dengar kan, nak jugak suruh aku bagi bukti. Ingat tak ada bukti ker ha? Meh aku nak tunjuk bukti yang nyata.



Inilah batik pertama hasil kerja ku

Inilah hasil kerja ku yang pertama.  Sebenarnya aktiviti melukis batik ini aku lakukan di pagi minggu dengan suami tercinta. memang sangat menarik bila berpeluang mencanting dan mewarna batik. Satu pengalaman yang sangat best. Tambah bila kita berpeluang memilih dan melukis design kita sendiri. Aku pastinya memilih corak abstrak dengan tulisan ONETASHA.



Inilah dia hasil canting sebelum di warnakan


Proses mewarnakan batik


Onetasha yang telah dibatikkan


Hasilnya

Dan tahukah korang apa maksud "batik"? batik adalah perkataan jawa, yang membawa maksud lukisan lilin/ lakaran lilin.Dan tahukah korang bagaimana untuk mengenali batik asli atau tidak? Cara2nya adalah dengan melihat dibahagian depan dan belakang kain, sekiranya tone warna kain tersebut sama dan tidak pudar berbanding yang dibahagian depan, ini menunjukkan bahaga batik itu adalah batik asli, sekiranya tidak, ini bermakna batik itu adalah 'cetak'


 

Mungkinkah 1/11/2011 tragedi itu akan berlaku?


Tragedi......... 
menyebut tentang tragedi, pastinya ia sesuatu yang amat menakutkan. Mungkin kah 1/11/11 ini akan berlaku sesuatu? Korang percaya ker pada tilik nasib? Sebagai org islam, mempercayai tilik nasib itu dh jatuh hukum haram, so jangan percaya. Cumanya aku nak tunjukkan SATU KEAJAIBAN yang akan berlaku pada tarikh ini.


Cuba korang tuliskan tahun kelahiran korang. Contoh korang lahir tahun 1980 dan sekarang umur korang 31, cuba korang campurkan :-

80 + 31 = 111

sekiranya korang lahir pada tahun 1986 dan sekarang umur korang 25, cuba korang campurkan :-

86 + 25 = 111

pendek kata sebarang tahun kelahiran jika dicampurkan dengan umur korang pada tahun ini, maka jumlahnya pasti 111.

Ajaibkan????? cuba korang kira, dan tengok dapat tak 111? kalau tak dapat maknanya korang kena tunggu 3 jumaat lah tu...agagaggagagagagaagga






 

Kebahagiaan

Bahagiakah aku dengan kehidupan ku kini? yer !!!! sangat-sangat  
Aku bahagia kerana dikurniakan satu kehidupan yang sederhana, namun lengkap, tiada kekurangan. Lengkap dan sederhana itu menjadi impian aku sejak dulu lagi. Mungkin saje ada yang akan menunding jari mengatakan aku cuma menulis sebegini, namun jauh di sudut  hati aku mahukan sesuatu yang lebih. Siapa yang tidak mahukan kehidupan yang lebih baik, namun aku sudah sangat2 bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada saat ini.

Di saat orang lain sibuk mencari pinjaman untuk membeli  rumah/ menyimpan duit bagi membayar deposit rumah, aku diberikan rezeki memiliki rumah sendiri yang tidak berhutang lagi. Rumah atas nama aku sendiri. TUNAI!!! (ni penting). So aku tak perlu sakit kepala nak pikir mana nak cekau duit nak bayar bank, mana nk cr bank nak buat loan, nak sediakan dokumen nak buat loan, nak sewa rumah, nak bayar sewa, sampai masa tuan rumah nak rumah, kena cari rumah lain, pindah lagi. Ishk tak berkesudahan.



My chenta hati ku


Di saat orang lain masih terkontang kanting membayar kereta, alhamdulillah kami berdua dianugerahkan dengan sebuah kereta, walaupon kereta yang cuma bernilai 16k, namun yang penting kereta ini jugak tiada hutang. TUNAI!!! so kami berdua boleh tido lena tanpa memikirkan kalau ansuuran bulanan gagal di bayar mana nak sorok kereta, mana nak cari penjamin, nak jamin pinjaman, mana nak cr deposit nak bayar booking kereta.

Yang paling penting, walaupon ini perkahwinan ku yang kedua, namun aku BAHAGIA, sebab ....
Aku tak perlu kongsi-kongsi. Lelaki yang aku cintai dan lelaki yang menyintai aku adalah hak aku, bukan berkongsi kasih dgn org lain.

Aku bahagia, walaupun banyak dugaan yang mendatang, suami tercinta tak pernah membiarkan aku sendirian menghadapi segala ini. Dia sangat2 memberi aku segala kekuatan, dan tak pernah membiarkan aku tenggelam  kesaorangan. Untuk apa sekali pon, dia selalu ada bersama ku :)

Sejak detik 21 Dec 2010, segalanya telah berubah:)... dari tarikh ini, dia sangat2 mem'permaisuri'kan diri aku, segala kehendak, segala keinginan, tiada ayat TIDAK dalam kamus kehidupannya, Terima kasih sayang atas segala2nya...






Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM