.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

~Jatuh Cinta @ Jatuh Nafsu??~



Tajuk kat atas tu macam panasss!!!!! aje kan...? memang HOT!! pon... Atcually nak wat tajuk KENAPA LELAKI MUDAH BERUBAH HATI!...tapi mcm buyers la plak kan....nanti dikatakan menikam lelaki...... Mengikut kajian yang dilakukan sebenarnya specis lelaki ni SANGAT SUKAR untuk jatuh cinta!! dah tu hape ke jadah dorg selalu sgt bertukar pasangan? kata susah nak jatuh cinta tapi dorg tukar pasangan dan bercinta macam tukar stokin busuk jer kan.....!! Sebelum aku nak teruskan dgn cerita dan kajian yang ada..aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman sorg teman ( wanita ).. dia ibu pada 4 org anak... cukup tabah dan sabar...( sampai aku selalu kata dia bodoh)...kisah hidup dia yg akan aku paparkan kat sini pon dah dapat kelulusan dia...ikutilah kisah menyayat hati ni..... ( g ambik tisu dulu ):::::::::::::::




Dia ni berkahwin dan mempunyai 4 org cahaya mata.... Suami nya yang dulu pernah berkerja dgn sykt kewangan telah berhenti kerja.... lantaran tu dia buatlah kerja2 freelance...duit & income pon freelance lerr jgk kan..ada kerja ada gaji...x ada kerja x ada gaji.... dia menanggung hampir keseluruhan kehidupan keluarga..selama hampir 4 tahun masa tu anak masih 3 org lagi...terpaksalah dia ketepikan kepentingan dan keperluan diri.... berkat kesabaran dan rezeki anak2....suami dia dapat tawaran berkerja dgn Kedutaan Malaysia di luar negara.. masa nak pergi suami dia ni punyalah syahdu syahdan...kununnya sedih tapi terpaksa pergi demi mencari rezeki utk anak2..... tak lama disana si suami berkenalan dgn perempuan lain....pas tuh putus... tak lama mana dia berscandal pulak dgn perempuan Indon yang duduk di disana (negara yang dia kerjalah)..Indon tu kununnya kawin dgn mat salleh...beragama christian..ada anak 2
Ha!!!!! dgn perempuan ni lah yang paling teruknya..kebetulan pulak isteri dia ni (member haku ler) tengah mengandung anak yg ke 4... dia tahu yg bini dia ni tgh mengandung YET!!!! dia still buat perangai.... mmg macam &^%$#@!*(&^%)*&^%$# betullah!!! masa isteri dia ni bersalin dah lah operation...dia x dapat balik Malaysia, dalam masa yg sama dia sedap berkasih2 dgn BETINA lain... ish!!!!

Dalam cerita ni yang aku pendekkan ( tak boleh ler nakc iter semua sbb kang aku dikatakan MENGAIBKAN org ler plak ) lelaki ni senangnya jatuh cinta kan? No!!NO!!NO!! dia bukan senang jatuh cinta tapi dia terjatuh nafsu..al-maklumlah isteri jauh...jiwa kosong... burung tak makan...tapi BONGOK pon ada..tak pikir ker bini yang ditinggalkan tuh pun sunyi gak...jiwa kosong gak...ada nafsu jugakkan.... tapi tu lah walaupon perempuan ni ada 9 nafsu dan 1 akal... tapi akal dia mmg bagus (quality is better then quantity)..boleh pikir mana betul mana salah lagi...... mana mungkin jatuh cinta semudah itu...dalam setahun 2 wanita mendampinginya... bukankah itu lebih kepada bersifat nafsu???


Kalau kita lihat kembali sejarah Rasullullah s.a.w.... walaupon baginda mempunyai ramai isteri tetapi hakikatnya cinta baginda cuma hadir sekali iaitu untuk Siti Khadijah a.s.... dgn isteri2 yang lain baginda cuma mampu untuk menyayangi sepenuh hati...tapi kasih syg yg ada buat isteri2 baginda yg lain x mampu untuk membuang ingatan dan kerinduan baginda terhadap Siti Khadijah a.s walaupun setelah Siti Khadijah a.s meninggal dunia..Bukankah itu lambang cinta yang agung...? itu menunjukkan lelaki sukar jatuh cinta..yg ada selepas itu cuma tarikan nafsu atau the most pon sayang je....


Apa pun aku amat mengkagumi para Isteri...kekasih (wanita ler) yang tahu bahawasanya suami mereka mempunyai wanita lain, menyimpan perasaan pada wanita lain, menyayangi wanita lain, tetapi mereka masih lagi mampu untuk mencari jalan untuk memperbaiki hubungan tersebut... masih berusaha untuk memenangi hati dan cinta suami/kekasih ..... Entahlah!! kalau aku?? aku pernah merasainya sebelum ini..... dan apa yg mampu aku buat?.... aku x akan menyesakakn otak pasangan ku dgn menyuruhnya membuat pilihan...kerana aku akan membantu mereka untuk membuat pilihan tersebut...dgn senang hati aku akan angkat kaki... ::..selamat berbahagia dgn org baru::..kenapa aku tak nak usahakan diri untuk memperbaiki hubungan tersebut?? kerana aku x nak peningkan kepala dan aku x sudi untuk menerima insan yg telah MENGKHIANATI aku..kenapa aku boleh menjaga sekeping hati aku untuk dia..setia..dan tidak mencemarinya..kenapa dia x mampu untuk melakukan sedemikian??

Kepada para lelaki@kekasih@suami..... Anda terlibat dgn cinta 3 segi kerana itu yg anda pilih..anda memberi peluang dan ruang untuk hadirnya wanita lain dalam hidup anda... anda sgt bersimpati pada wanita bila mendengar cerita sedih mereka...tapi anda tidak pernah mahu bersimpati bila melibatkan isteri anda sendiri....anda kagum dgn ketabahan wanita lain..tapi anda lupa untuk mengkagumi isteri anda yang telah bertahan dgn segala kerenah anda.... Anda puji tubuh2 yang menggiurkan diluar sana...tapi anda lupa bahawa tubuh yang semakin kendur dirumah itu adalah pengorbanan mereka melahirkan keturunan anda.... anda berlembut lidah bila berkata2 dgn mereka tetapi kenapa bila berhadapan dgn isteri anda..anda selalu mahu bertikam lidah?
renung2kan lah sejenak wahai para suami...........

** Sedalam mana cinta & sayang ku buat suami (Ahmad Syazwan) sekali cinta ku dikhianati...walaupon pahit..walaupon sukar..walaupon berat..namun kaki ku harus jua melangkah pergi... so abang.... jagalah keperayaan isteri abg sebelum ianya terguris!!**

7 comments:

Anonymous said...

kenapa tak der yang komen .. tak HOT ke post nie .. tak per meh aku komen .. for me Man always be Man .. no brain .. we cant live withour or with them withour being suffer .. TQ

fasihah said...

takde org komen mungkin sebab kakak aku ni dh ikut jejak aku...dia privatekan blog dia. hahaha..
how i wish org yg bakal sehidup semati dgnku nanti tdk tergolong dlm golongan tersebut di atas!

Byzura Mj (By) said...

bagusnya ayat kuning tu...i like!! :D

intanurulfateha said...

.kepercayaan tu penting kn kak?
.sgt penting
.so, dun break it!

Nurul said...

salam kak~
maaf ye.

saya x rasa rasulullah saw mengahwini dua belas isteri yang lain selepas Khadijah kerana nafsu..

kerana..

lihatlah siapa yg dikahwini baginda.
baginda sekadar mengahwini mereka utk mengangkat darjat dan membantu.

tidak sesekali kerana nafsu.

Rasulullah saw itu jauh bezanya dgn lelaki zaman sekarang.

iman baginda jauh lebih tinggi.

solat baginda jauh lebih banyak.

andai benar kerana nafsu Rasulullah saw berkahwin, sudah tentulah baginda tidak mampu utk bangun bertahajud dengan sangat lama saban malam.

kerana cinta baginda lebih kuat kepada Allah. bukan pada nafsu terhadap wanita.

maaf kan,
Rasulullah saw itu tidak sama sekali boleh disamakan dengan mana2 lelaki zaman ini.

jauh sekali.

Gerrard said...

Blog ini sexist gilerrr la wei, Semua salah lelaki, kalau cheating pon salah lelaki. zaman ini laki-pompuan sama jer x yah lah nak alim2kan pompuan. kalau x silap aku, aku rasa pompuan yg skrg ini banyak cheating. Cam lah pompuan sume baik sangat. Asal pompuan zaman ini x penah curang ke?? korang ini buat lawak arghh. baik punye!!!

Natasha said...

Eh...eh Gerrard terasa ker?? kenapa?? awk termakan cili erk?? sadisnya.... hahahha...saya bercakap secara umum..lainlah awk mkn cili..mmg patut pun awk terasa pedasnya... kalau x mk cili...dan awk bln dlm golongan itu...so x perlu nak terasa...

saya tak alim2kan perempuan... saya cuma cerita satu situasi dimana ppuan menjadi mangsa nafsu serakah lelaki...dan sy jugak x menafikan ada ppuan yang bersifat curang...ada ker sy kata semua ppuan tuh baik??? penat saya cari ayat saya kata ppuan ni baik dan alim..tapi sy x jumpe plak....

ohh ya lupa nak cakap...surt khabar selalu kuar kes "bapa/pakcik/datok rogol/liwat mahram sendiri...tapi ada ker kes ibu/mak sedara/nenek rogol mahram sendiri? >>> silalah makan cili lagi yer:P...

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM