Ya Allah Ya Tuhan ku.... aku amat bersyukur dgn apa yg telah kau kurniakan dalam kehidupan aku.Tak ternilai nikamat yang telah kau turunkan. Kau kurniakan aku insan2 yang menyayangi aku dalam kehidupan seharian ku. Salah satu diantara mereka ialah suami tercinta.
Bila berbicara soal suami tidak pernah aku temui walau satu isteri yang tidak pernah bersungut tentang suami mereka...begitu juga dgn aku.... itulah sifat semulajadi manusia..tak pernah berpuas hati dgn apa yg diberikan...kita lupa bahawa tiada satu manusia yang sempurna termasuklah diri kita.......
Tapi bila aku pandang nasib rakan2 disekeliling ku...aku bersyukur kerana dikurniakan Ahmad Syazwan sebagai suami.... sekurang2nya dia amat menyayangi aku, diacuba utk memberi aku segala yang terbaik. Baru2 ni aku bersembang dgn sorang teman yang aku anggap seperti adik. Mendengar keluhannya aku menginsafi betapa aku jauh beruntung. Kesian dia...Dia yang aku namakan sebagai ::MsT:: telah berkahwin dan memiliki 3 org anak, semuanya lelaki, dia yang masih terlalu muda diawal 20an telah cuba utk menyesuaikan diri sebagai isteri dan ibu pada anak2nya.Dia yang bersuamikan seorang lelaki yang tidak jauh usia darinya telah menghadapi krisis rumahtangga, tetapi alhamdulillah setakat ni dia mampu menentang gelombang ombak perkahwinan, namun bila suami tersayang terlibat dgn penagihan.... ::Ms T:: jadi teruja.. Suami yang diharap dapat menyempurnakan kehidupannya suami itulah yang menyumbingkan kehidupannya...Suami yang diharap dapat membelai diri, suami itulah yang mula mengungkit segala sejarah silamnya, suami yang diharap menjadi tempat bergantung, telah mula meletakkan tanggungjawab itu diatas bahu ibunya sendiri, makan tinggallah ::Ms T:: dirumah mertua.
Bila berbicara soal suami tidak pernah aku temui walau satu isteri yang tidak pernah bersungut tentang suami mereka...begitu juga dgn aku.... itulah sifat semulajadi manusia..tak pernah berpuas hati dgn apa yg diberikan...kita lupa bahawa tiada satu manusia yang sempurna termasuklah diri kita.......
Tapi bila aku pandang nasib rakan2 disekeliling ku...aku bersyukur kerana dikurniakan Ahmad Syazwan sebagai suami.... sekurang2nya dia amat menyayangi aku, dia
Sedih dan tersentuh hati mendengar cerita ::Ms T:: Sepatutnya dalam usia dia sebegini, dia menikmati alam rumahtangga, dan suasa membesarkan anak2 dgn sempurna, dia sepatutnya dibelai, disayangi, dicintai, seharusnya dalam usia perkahwinan yang masih agak baru mereka masih lagi berbulan madu, tak salahkan berbulan madu dgn adanya anak2......tertekan dgn sikap suami, ::Ms T:: mula mula menjinak2kan diri di alam cyber, dia mula menghabiskan masa dgn dunia chatting, lantas mula jatuh cinta cyber... SALAH DIA KAH??? jika ditanya aku, aku akn jawab SALAH SUAMI NYA!!! dia mengabaikan jiwa isteri, jiwa yg masih muda... jiwa yang ingin dibelai.Cuma setakat ini dia belum lagi dipukul, dibelasah..... fizikal aje yang tak didera, tetapi aku yakin penderaan mental lagi sakit dari penderaan fizikal......
Merenung nasib yang menimpa ::Ms T:: sekurang2nya aku mempunyai seorang suami yang selalu menyayangi aku, selalu membelai aku, selalu bergurau dgn aku, aku dibawa kemana sahaja kaki dia melangkah. Dia selalu ada untuk diri aku. Sekurang2nya suami aku tak campakkan aku utk duduk di rumah mertua. Susah mcm mana pun kami, makan atau tidak, dia lebih rela menanggung segala itu dari menghumbankan aku kerumah keluarganya, walaupon dia tahu jika itu yang dia lakukan, keluarga mertua aku tidak keberatan untuk menanggung kehidupan kami, tapi aku bersyukur suami tersayang bukannya yang jenis lepas tangan.
3 tahun 5 bulan menjadi isterinya, aku rasakan seolah seperti baru beberapa bulan bersama, kerana hari2 kami penuh dgn cinta, bergaduh, tangisan itu adat dlm rumahtangga, tapi dalam pertelingkahan itu, aku masih nampak cinta yg kuat menyala buat ku, bukannya tak ada ujian yang melanda, ada jer anasir yang ingin mengganggu hubungan kami, tapi alhamdulillah setakat ini dia masih lagi mampu mempertahankan kasih syg kami.
Mula2 hidup bersama kami menyewa bilik... kemudian kami pindah dan menyewa rumah...kemudian kami beli rumah sendiri, X mampu nak gunakan lori, setiap kali kami pindah kami angkat brg dgn motosikal.... brg2 besar kami pinjam kereta mama aku...kereta Datsun 120Y yang lama tu lah jadi mangsa kami.... walaupon mama bagi tuh mcm ikhlas dgn tidak tapi kami buat muka tebal..kerana kami terpaksa...keadaan kewangan tidak mengizinkan kami utk menyewa lori masa tu. Kemana aje kami pergi kami pergi dgn motorsikal... tapi suami aku x pernah bersungut. Aku sendiri yang tak pernah bergantung hidup dgn mosikal terpaksa membonceng kemana aje, jauh utuk bersungut kerana kesusahan yang kami lalui kerana kesusahan itulah harga bahagia kami hari ini. Bagi Hubby aku pulak, aku kagum dgn dia, walau terpaksa hidup susah, makan bercatur dia tenang, walaupon dikaji latar belakang family hubby aku, rasanya bukan senang dia nak lalui semua itu kerana dia bukannya dari keluarga yg susah.
Selama hidup dgn suami tercinta, x pernah dia mengungkit kisah silam ku....itulah dia Ahmad Syazwan. Seperti aku katakan tak ada manusia yang sempuran.....dia juga ada sikap dan sifat yang tak kena di mata ku, tapi apalah sangat semua itu jika dibandingkan dgn cinta, kasih sayang dan pengorbananya selama ini.
Alhamdulillah kini kehidupan itu semakin baik, semakin sempurna, semakin indah. Dia semakin matang, semakin pandai menjaga hati,semakin tahu mana yg patut atau tidak... Terima kasih abg, terima kasih kerana memertabatkan diri ini dalam singgahsana hati abang....
Inilah insan bernama Ahmad Syazwan yang telah menyempurnakan hidup ini
Sebagai manusia, aku pasti ada masanya bersungut, tapi aku akan
SYUKRAN...SYUKRAN...SYUKRAN....aku dikurniakan yang terbaik dalam hidup aku. Pada teman2 doakan kebahagian aku ya....aku paparkan kisah ini bukan untuk memuja-muja kebaikan suami atau memburukkan suami org lain...tapi ini untuk tatapan teman2....bila ada kekurangan dalam perkahwinan kita lihatlah kembali nasib teman2 yang lagi teruk dari kita...nescaya kita akan amat bersyukur dgn kehidupan kita yang jauh lebih baik...
Pada ::Ms T::..sekurang2nya dia tidak dipukul, tidak dilacurkan seperti mana terjadi pada wanita2 yang mempunyai suami yang mempunyai sikap ketagihan. Sekurang2nya anak2 beliau tidak dipukul dan didera, sekurang2nya dia ditempatkan dirumah ibu mertua, dari dibiarkan merempat tak ada perlindungan..... Jika mampu untuk memperbaikinya...perbaikilah hubungan itu, jika tidak jalan penyelesaian selalu ada, walaupon itu amat dibenci dalam Islam. Kita berhak bahagia dalam kehidupan, so jgn mempersia2kan hidup yang singkat aje sebenarnya....
** Bersyukurlah dgn kehidupan kita..... kita sering bersunggut bila tidak ada sepatu baru, tapi kita lupa...ada dikalangan rakan2 yang tidak mempunyai kaki**
3 comments:
Syukran eh? Syukran tu nama manjer syazwan ke? Hehehe!
byak arrrr........ nak kena SELIGI lah tu
Post a Comment