K
emas-kemas rumah...tetiba terjumpa satu pic ni....kiut sgt.....tetiba mata terpaku melihat
pic tersebut.... Dalam hati bertanya ..dimanakah aku saat gambar ini dirakamkan? Tapi gambar apa??gambar siapa??
My Hubby la....sape lagi
Masa pic ni di rakam kan hubby aku baru berusia 6 tahun dan aku masa tu dah berusia 17 tahun..... masa tu tahun 1992. Pada tahun ni aku dah jatuh cinta...dan kerana cinta itu aku juga terluka.... kalau lah aku tahu wajah diatas akan aku temui 14 tahun akan datang....adakah aku akan menunggu?? jatuh cintakah aku pada wajah itu walau pon ia sangat comel pd masa tu? kelakar bila memikirkannya.... bagaimana reaksi aku andai aku kenal dan tahu bahawa kanak2 kecil itu akan menjadi suami ku satu hari nanti?? bagaimana reaksi dia jika dia tahu gadis dewasa itu akan menjadi isterinya satu hari nanti?tentu dia x nak kan...hahahaha
Namun..jika aku tahu kebahagiaan seperti sekarang akan ku lalui bersama dgnnya..... aku rela menunggu...rela menyimpan segala yg berharga hanya untuk dirinya.... biar pon terpaksa melalui 14 tahun masa bersendirian...AKU RELA....
Tapi Allah ada rancangannya yg tersendiri... Dia tidak menemukan KAMI saat tu kerana dia mahu KAMI memiliki sejarah2 kami sendiri...Dia mahu KAMI dewasa tanpa satu dan yg lain. Dia mahu KAMI rasa jatuh cinta dan kecewa dgn org lain agar kami lebih menghargai hati hati & cinta KAMI.
Ramai yang mungkin tertanya2... adakah aku terasa berbezaan usia itu? jujur aku katakan 95% aku tidak merasainya... kerana segala cinta dan kasih sayang yang dia luahkan menjadikan hubungan ini cukup sempurna..... cuma sebagai manusia tidak ada yg sempurna...terkadang tindakan dan pemikiran dia juga tidak dapat lari dari usia dia yg sebenarnya..... well.... let him grow by him self...learn from mistake is d best way kan.....
Sekali lagi bila menatap wajah dalam gambar tuh hati terfikir...wow!!!!! waktu dia lahir aku dh berusia 11 tahun..dah baligh pon... perghh jauh beza jarak tu.... mmg patut pon jika hubungan ini mengalami byk dugaan dan rintangannya....
Sekali lagi bila menatap wajah dalam gambar tuh hati terfikir...wow!!!!! waktu dia lahir aku dh berusia 11 tahun..dah baligh pon... perghh jauh beza jarak tu.... mmg patut pon jika hubungan ini mengalami byk dugaan dan rintangannya....
A
pa pun kini KAMI bersatu.......................
No comments:
Post a Comment