.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Contest-Sejauh Manakah SIDIA Menyintai Diri ku

~Ini adalah sticky mood....~
Atas permintaan ramai contest ini akan dilanjutkan kepada 23feb 2009(12.01am)

Buat pertama kalinya Natasha-E1 ingin menganjurkan contest. Tajuk Contest ni:
Sejauh manakah SIDIA menyintai diriku?


Ha pelik erk??mana nak tahu sejauh mana cinta sidia pada korang kan??

Syarat2 penyertaan:
  • Suruh sidia tulis pada sehelai kertas kemudian korang scan dan masukkan kat contest korang.( keutamaan)
  • Jika berjauhan ada kelonggarannya.... suruh sidia email kat korang dan korang masukkan email tuh kat dalam contest korang.(alah nikan zaman email....) 
  • Korang haruslah menjadi follower blog Natasha-E1
  • Hasil luahan haruslah original( jgn tipu yer dgn menulis sendiri)
  • Korang kena letakkan luahan perasaan sidia & juga sekeping gambar sidia yang sedang melakukan aksi paling romantik untuk korang (contohnya: suap makan ker, dukung korang ker)
  • Letakkan banner dan link contest  Sejauh manakah SIDIA menyintai diriku pada entry korang
  • Cuma terdapat satu pemenang sahaja(pemenang utama)
  • satu hadiah saguhati bagi luahan yang menyentuh sanubari keperempuanan Natasha
  • Contest ini bermula dari 25hb 2010 Januari dan tamat pada 14 Feb 2010 ( tepat jam 11.59pm)
  • Semua keputusan adalah muktamad
  • Keputusan akan dinilai oleh 3 orang juri
  • Selepas membuat entry tersebut sila tinggalkan URL entry kat comment
  • SILA BUAT STICKY MOOD SELAMA 48jam dari waktu entry di postkan.
  • Segala Kepurusan akan diumumkan pada 16hb febuari 2010
** Ada perubahan sikit..ada komen dari bakal peserta yang kata" alah kak tash x ada scan mcm mana?"
okok faham dgn kesukaran tuh maka tash bagi kelonggaran dgn membenarkan u all salin balik apa yg SIDIA luahkan kat u all.......tapi kn jujur yer.......so tye dia sejauh mana dia cintakan kamu dan taipkan semula dalam entry tuh....tapi bagi yg ada scan tuh elok scan tau.... mana tau keikhlasan luahan tu akan buat korg2 jadi pemenang!!


    Update

    Peserta pertama

    Peserta ke 2


    Peserta ke 3


    Peserta ke 4


    Peserta ke 5

    Hana

    Peserta ke 6

    RiNa FaRiD 

    Peserta ke 7



    Peserta ke 8


    Peserta ke 9


    signature

    Rindu kt korg

    Natasha kt luar ni. Ada emergency. Sgt kecewa x blh on9 hr ni. Ni bru dpt kawasan yg ada wifi. Trus on9 pkai hp. Mcm bini kn tgal laki gamaknya bl dpt wifi. Hahaha. Gelojoh hbs. Huh. Rindu kt korg. Tlg2lh bg trafik ya. I.allah dlm 1 jam lg natasha blh on9 blik. Nti kita citer apa yg blaku tday k.
    signature'

    Paintball Tutorial Part 2





    Bagi student paintball (hahahah perasan cikgu ler plak), ini merupakan pembelajaran kedua. anak2 murid dah bersedia???

    kringgggggggggggggggggg ( bunyi loceng )
    Cikgu: alamak waktu kelas dh tamat lah plakkk Tak pe...tak pe... anggapkan ini sebagai kelas tambahan yer!!!

    Benda yang macam topeng nak sembur ubat nyamuk ni di panggil 'paintball mask'. Apa gunanya mask ni? 

    Cikgu : cuba korang tgk bentuk mask ni, rasa2nya sesuai tak kalau pakai kat kaki?

    Anak murid: Tak sesuai cikgu!!!

    Cikgu: Pandai!! memang tak sesuai, habis tu kat mana nak d pakai mask nie?

    Anak murid : Kat tangan cikgu

    Cikgu : kepala hotak korang pakai kat tangan, mask ni untuk pakai dikepala lah, kan bentuk kepala tuh

    Anak murid : Kitaorg baru nak cakap, tapi cikgu dah potong

    hahahahah apa yg ko mengarut ni Natasha wei?? cepat2 bagi tutorial tuh, memain plakk dia..geget kang baru tau!!! auwwwwwww

    Paintball Mask

    Mask ini digunakan bagi mengelakkan sebarang kecederaan dibahagian kepala terutama sekali mata. Mask WAJIB dipakai sebaik sahaja masuk ke dalam 'field'. Walaupun anda mungkin terkeluar dari 'field' akibat ditembak, anda DILARANG sama sekali membuka mask ini sehinggalah anda berada diluar kawasan 'field'

    Setiap pemain diwajibkan memakai mask sepanjang berada di dalam kawasan 'field'. Tiada istilah bertolak ansur disitu. Pemakaiannya adalah WAJIB!

    Mask akan diberikan kepada setiap pemain. Mask termasuk dalam kelengkapan yang diberikan ketika game nanti. Korang akan disediakan dengan tisu dan air untuk membersihkan mask korang (pastikan krg tak menyalah gunakan tisu tersebut...hahahahaha) mask harus selalu bersih bagi memastikan penglihatan korang terang sewaktu bertempur.

    Bagi kegunaan mask itu jerlah infonya, tak banyak pun.
     >>>>>>>>>>>>bersambung


    signature'

    Mentality orang melayu

    Terpanggil aku nak menulis bab mentality nie setelah membaca satu blog yang menjadi diantara blog'fav' aku. Blog sapa lagi kalau bukan blog :::BAI:::

    Macam2 cerita mentality dia ceritakan kat situ tapi aku plak tak mo ler kacau periuk nasi Bai, cuma aku nak menketengahkan MENTALITY ORG MELAYU DALAM BAB2 KAWIN.


    Bila perempuan berumur bersuamikan lelaki muda

    Sekarang nikan dah macam trend ramai perempuan yang dh berumur x kira anak dara atau janda yang berkahwin dgn lelaki muda belia. Bila ni terjadi mesti ramai yang akan cakap " ish perempuan tu tak sedar diri betul, lelaki yang dibuat suami tu dah pangkat adik / anak dia dah kan" lagi teruk bila ada plak yang cakap "tu mesti lelaki tuh dah kena mandram (jampi) dgn perempaun tuh, kalau x masakan lelaki muda tu buta nak pilih perempaun tua" lagi sadis bila ada yang buat tuduhan melulu " ish tu mesti anak ikan dia kan" tak pon org akan kata "alah lelaki tuh mmg lah nak kan perempuan tu sebab harta jer bukan nak kat perempaun tu"

    Tapi dorang lupa erk, Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w juga menikahi wanita berusia, adakah ini bermakna Nabi di bomoh/dijampi? adakah itu bermakna isteri Baginda x sedar diri? Adakah ini bermakna Baginda gilakan harta? PASTI TIDAK KAN!!!
    Kenapa mereka tidak melihat kejadian ini sebagai satu fenomena 'takdir kehidupan'. susah sangat nak muhasabah diri mengatakan" alhamdulilalh itu jodoh mereka, lebih baik dari mereka bergelumang dgn dosa"


     Bila perempuan muda bersuamikan lelaki tua
    Kawin lelaki muda salah so kawin plak dgn lelaki yang tua. Apa ingat tak kena kata ker? Ada plak background muzik yang berdendang mengatakan "tak sedar diri! kambing tua nak makan pucuk muda" @ "perempuan tu bukan nak lelaki tu, dia nak harta lelaki tu jer" @ "Rumah kata pergi, kubur kata mari ada hati nak kawin perempuan muda" @ "alah silap2 ari bulan laki dia keluar pintu depan bini dia yang muda tu keluar pintu belakang" @ " bini dia tuh dah pangkat anak / cucu dia dah.. dasar tak sedar diri dah tua" dan bermacam2 lagilah tanggapan masyarakat.

    Siapa mereka nak menghakimi pasangan tersebut. Entah2 dorg lebih bahagia. lelaki yang tua sgt sygkan isteri mudanya kerana wanita itu membuatkan dia rasa kembali muda / wanita itu amat bahagia kerana lelaki yang berusia byk pengalaman, pandai menjaga hati, sangat memanjakan dia. Sia jer masyarakat kita wat dosa kering.



    Bila pasangan kawin sama usia

    Ada jugak yang berbunyi "sama2 muda boleh ker teraju rumah tangga?" @ "cam mana nak hidup 2-2 baru grad, gaji kecik, baru start keje?" @ "susah kawin sama umur ni.. sama2 panas, susah nak bertolak ansur"

    So semuanya x kena..... apa yang kena erk? bagi aku senang jer korang yg nak kawin, korg yg lebih mengenali hati budi pasangan korang, tak kiralah apa ajer perbezaan korang, warna kulit, bangsa, agama, usia, kedudukan, paras rupa, itu semua jika menjadi indah di mata pasangan dan pasangan boleh menerima seadanya then Y not? kita bukan nak hidup dgn simpati masyarakat, kita yang nak menerajui hubungan & perkahwinan itu, masyarakat cuma mampu melihat dan berkata2 tapi yang mendayung nya kita sendiri. So fikir2kan lah yer.

    Bila kenal2 terus kawin

    " ish silap ari bulan perempuan tuh dah mengandung, sebab tuh tergesa2 nak kawin" @ "alah perempuan tu dah ditebuk tupai so bila ada jer lelaki yang nak dia main tangka muat jer" @ "lelaki tu dah jadi bujang terlajak so x tahan org kata dia gay so demi nak buktikan sbb tuh dia kawin walaupon baru jer kenal dgn perempuan tu"

    Hebat2 mulut masyarakat. kalah mulut Sarimah Ibrahim yang laser tuh

    Bila kenal bertahun2 tapi tak kawin2
    "entah yer entah tak lelaki tu nak kat dia, berapa tahun dah dorg bercinta tapi tak gak nikah2" @ "ntah2 lelaki tu nak buat main2 jer kot" @ "tak rasa dorg akan kawin sebab kalau dorg nak kawin dari dulu lagi, ni dah bertahun2 mcm tu jugak"

    Masyarakat ni nak tolong sponser ker majlis kawin tu, byk sangat cakap.. gi jaga tepi kain sendiri lah dulu sebelum nak kecoh hal org lain..semuanya tak kena.


    Korang kalau nak tgk lebih banyak lagi entry kisah mentality org melayu ni cuba g intai2 kat blog ::Bai::



    *** so aku antara mangsa yang menjadi isu bila berkahwin dgn hubby aku...tapi "ADA AKU KESAH?"***

    signature'

    Paintball Tutorial Part 1

    Idea nak wat tutorial pasal painball ni ujud bila MELZ Ym aku subuh2 hari. Melz sangat2 teruja nak wat gathering dgn bloggers disamping aktiviti extream. ( sampai tak tido malam Melz )

    Lepas discuss dan dating2 dgn Melz kat Ym maka tercapailah satu kata putus untuk aku wat tutorial sempoi ni. At least tak ler korang rasa terkejut bila nak main nanti, at least ada pengetahuan sikit2 dah kan.


    Ni lah rupanya bila dh siap nak berperang. ciri-ciri keselamatan dalam game paintball ni penting. Al-maklum jer la extream sports game kan. game ni boleh 'on' asalkan aje ada at least 10 orang untuk 1 game, dibahagikan kepada 2 kumpulan. Bermakna 5 lawan 5. game ni bukan sekadar main tembak2 bodoh jer. dorg ada mcm2 cara permainan. Ada yang di panggil 'key hunter', 'allien', ambush & mcm 2 lagi. memanglah basic permainan ni cuma kita kena tembak pihak lawan bagi dia kalah, tapi setiap game itu target dia berlainan. so x ler boring sbb ada benda yang korang nak kena target & aim dalam game tuh.

    Kecekapan kaki, tangan dan mata penting bila ada kat 'field' korang kena cekap menghidu tempat musuh korang bersembunyi.
    Berkolek, merangkak, meniarap dalam game ni perkara biasa.
    Game ni lasak tapi seronok.kalau korang tak cuba korang tak tahu, bila tak tahu makan korang rugi satu pengalaman.So y not gv a try kan? 

    Insyaallah blogger gathering lepas ni akan dianjurkan bersama game paintball ni. Plan nak buat gath ni pada ujung bulan feb ni. so korang bagilah idea atau pun respon kalau ada tarikh lain yang lebih cun. Ok pasti ramai yang tertanya2 pasal budget kan? untuk 500 pallet (peluru), 1 face mask & marker (senjata)+ tong gas & safety vase korang akan d kenakan bayaran RM 85.00. Untuk 500 pallet tuh boleh main dalam 3-4 game yang akan mengambil masa korang 2-3 jam(termasuk rehat). So ni first intro aku kat korang pasal game nie.. kita jumpa lagi nanti dgn tutorial yang baru.


    **bagi yang berminat nak join tuh sila beritahu seawal mungkin kerana tempahan field perlu dilakukan bagi mengelak kesesakan field**


    So Melz tunggu apa lagi...g lah war2 kan sapa yang nak main sgt tuh


    signature'

    Perjumpaan Scandal secara terbuka part 3

    Lagi..lagi.. & lagi.

    Korang yang tak ikut tuh sila & jemputlah telan air liur yer. Tu lah org ajak tak nak ikut, padan muka. Bwekkkkkk!!!!


    Korang mesti meleleh air liur tgk kemeriahan ni kan. padan muka. Len kali org ajak tuh ikut ler. Ni tak mcm2 alasan. nak g tgk org main kawin ler, nak g kenduri arwah kesyukuran la, laki nak kwin lain tak sehat la, anak demam la. Bf gatal nak jumpa la. Ha sekarang korang telan jer air liur k... hahahhaha


    Next gathering Insyaalalh alam masa terdekat ni jugak.yang ini korang jgn lupa join tau!!! kalau x menyesal buat kali kedua!


    signature'

    Bila manusia jadi binatang

    Bahan untuk entry kali ni adalah kiriman sorg sahabat ke email Natasha. Masa mula2 buka email ni mcm2 rasa ada. Loya nak muntah,sedih,sakit hati, takut...macam2 ada. tapi sebab nak tahu jugak maka teruskan jugak ler belek email tuh.

    Nilah akibatnya bila manusia jadi binatang, bila manusia dikuasai oleh kehendak yang melawan fitrah. sampaikan dorg x boleh nak kenal apa itu erti 'perikemanusiaan'.














    Cuba korang perhatikan... apa yang korang nampak? apa benda yang sedang dibersihkan tu?











    Yer bijak!!!!!
    Itulah janin bayi yang kegugurang. Tak kiralah gugur atau digugurkan dgn sengaja














    Janin bayi itu dibersihkan elok2











    Direndam baki memastikan ianya benar2 bersih

















    Dituangkan sedikit alcohol pada janin tersebut
















    Di tambahkan segala jenis herba & Ginseng












    Di masak selama beberapa jam sehingga empuk (euwwwwwwww)
















    Sedia untuk dihidangkan








    Glamernya hidangan ni sampai masuk surat khabar tau. Peristiwa ini berlaku di Canton China.(dorg ni selagi boleh mkn sumenya dia mkn).Mengikut kepercayaan mereka sup janin ini membantu menyihatkan badan dan juga menambahkan tenaga sexual.

    harga bagi setiap hidangan sup janin ini boleh meningkat kepada $4000 ( matawang dorg ler ). Mengikut cerita restaurant yang menyediakan hidangan ni sup janin ini dikukus bersama herba2 dan rempah2 ratus termasuk ginseng. Sup ini mempunyai permintaan yang tinggi dan mereka mempunyai 'regular customer' mereka.

    Seorang pengurus kilang mengesahkan kehebatan @ keajaiban sup ini setelah memakannya. beliau yang berumur 62 tahun masih sihat dan mampu mengahwini wanita yang berumur 19 tahun ( makaih hebatnya org tua nie).mengikut kata beliau, dia mengadakan hubungan sex dgn isteri nya yang baru berusia 19 tahun itu setiap hati sambil di perakui kebenaran itu oleh isterinya. (mamposss!!!)

    Kegiatan membeli janin yang digugurkan akan dibayar sebanya $2000 di negara China, manakala bagi uri pula harga nya adalah diantara $300-800. ( melampau betul dorg nie)

    Korang tengoklah perilaku mereka ni yang tak ada perikemanusiaan, menjijikkan. Mual aku tengok apa yang korang baca nie

    .

    signature'

    Perjumpaaan Scandal secara terbuka part 2

    Disebabkan menang contest 'kau yang aku cinta'..pasti ada hadiahkan.Hebat2!!!
    Cikhel telah bermurah hati memberi sesuatu yang menjadi impian natasha selama nie.(Tak sangka Cikhel nak bagi apa yg aku impikan)


    Hadiahnya adalah berupa penginapan 3 hari 2 malam dalam blog Cikhel. Wallahhhhhhh MELAMPAU SUDAH!!!!..hakhakhakhakhak.....tak ler.... hadiah yang diberi oleh Cikhel untuk tempat ke 5 adalah Voucher Pulau Tioman bernilai RM 200. Kenapa tak caye?





    Elok ler kalau tak percaya pon sebab cerita aku tu dusta semata-mata!! hakhakahak.... Tipah tertipu erk? Cikhel telah memberi aku
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
     V


    yEaH!!! itu dia...bantal spongebox... sangat  chumell macam si tukang beri jugak..ahahahhahahah.... korang mesti jeleskan.. jeles ar tu..jeles ar tu. len kali join ler bila ada contest. Mana tahu ada rezeki korg nak menang.Ni tak, korang buat 1001 alasan. Tak pandai pantun ler,syair ler,gurindam ler,puisi ler. Semua tuh alasan dan dusta belaka (emo aku!)

    Terima kasih daun keladi 
    Lain kali Cikhel baut contest lagi.

    -Maka tidurlah aku berasmara bertemankan si spongebox tu




    >>>>>>>>>> Bersambung







    signature'

    Perjumpaan Scandal secara terbuka part 1

    Hahahahah..tajuk entry lagi hampeh!! scandal ker? euwwww scandal terang ku ahakzzzz..SERONOK! itu jer yang boleh diperkatakan. Gathering yang dianjurkan oleh Cikhel ni juga merupakan majlis penyampaian hadiah pada pemenang2 Contest Kau Yang Aku Cinta. (salah sorg pemenang tuh haku ler, walaupun sekadar tempat ke 5). tahniah buat Natasha-E1 (masuk bakul angkat sendiri)



     

    Pic di Curik @ di rembat @ di rompak @ di ciplak, di kebas, di ambil tanpa kebenarah
    D
    Blog Cikhel ( halalkan yer cik hel)

    InsyaAllah lepas ni kita anjurkan gath yang lagi meriah dan bagi ramai lagi teruja erk... 
    Thks to all...u guys really make my day...SERONOK!!

    >>>>>>>>>>>>bersambung ( tungguuuuuuuuuuuu)

    signature'

    Anniversary Give Away

    Special Gift dari ::AIMILA:: sempena  Anniversary yang ke 9..... 
    " Semoga berbahagia selalu hendaknya "





    For Aimilia 
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v



    signature'

    21 Pesanan Isteri Untuk Suami

    Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan
    rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali. Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.


    1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

    2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

    3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

    4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
    5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
    macam maharaja.

    6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

    7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

    8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

    9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

    10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

    11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

    12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

    13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

    14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

    15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

    16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

    17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

    18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

    19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

    20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

    21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi! Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. InsyaAllah.




    signature'

    Suka-suka Give Away

     

    Suka Suka Give Away 

    Ishhh Pelik Bin Ajaib... selalunya bila hari jadi kita kita yang akan diberi hadiah...tapi berlainan plak dgn  cik Mangosteenskin ni... Dia punya birthday..dia yang menawarkan hadiah.... BAIKNYA ATI............

    I Loikeeeeeeee!!!!!!!!!

    Sapa minat bracelet ni..cantikkan... Ianya pemberian oleh


    nak tahu keterangan lebih lanjut korang boleh ler usha2 kat blog Mangosteenskin

    To Mangosteenskin
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    V




    May Allah bless You with all the joy,smile,& barakah in your life.... Salam Perkenalan


    signature'

    Mengapa bila berjauhan lelaki mudah berlaku curang?

    Aishhhh PANAZZ lagi ni nanti.... ari tuh isu Air Naik Kepala pun dh jadi panas.Yang ni mau lagi meletopZzZzZzZzZ.
    Atcually aku jadi tertanya-tanya kenapa lelaki mudah sangat nak berubah hati @ berubah cinta...? kenapa erk?? korang yang lelaki ni ada masaalah rabun ker?? yer lah mula2 pandang sume elok ..pas tu tetiba bila dh lelama sikit mula jadi x elok??
    Kenapa aku tanya cam ni? Sebab tiba2 aku teringat kisah sorang teman yang pernah aku tulis kat cni sebelum ni dalam entry aku ~Jatuh Cinta @ jatuh Nafsu~... dan hari ni sekali lagi aku dikejutkan dgn cerita seorang teman sekolah aku tentang kisah cinta suaminya di luar negara....

    Fatin adalah seorang wanita yang mempunyai package. Dia cantik, anggun, walau dah beranak 3 tapi potongan badan masih lagi menarik, berpelajaran, berpendidikan, cukup sempurna dimata aku. Demi mengenangkan masa depan anak2 suaminya yang  mithali (kononnya) mengambil keputusan untuk menerima tawaran kerja oleh satu syarikat telekomunikasi terbesar untuk berkerja di luar negara. setelah setahun berada disana ( setahun pada bulan 08/2009 ) tiba2 Fatin dikejutkan dengan berita suaminya mempunyai hubungan sulit lain....dengan hati yang hancur Fatin telah terbang untuk bertemu sumi yang DURJANA itu... meninggalkan 3 org cahayamata di Malaysia, Fatin berangkat ke NZ untuk bertemu dan meminta kepastian tentang cerita & berita yang diterimanya.....

    Bila sampai di sana, dan bertanyakan pada suami durjana itu bagi meminta kepastian dengan selamba suaminya berkata " x salahkan I nak kawin lagi satu...lagi pon I mampu... U & anak2 kat malaysia pon bukannya mati I x bagi mkn" Ha???????? enaknya mulut lelaki itu berkata2.... Maka Fatin bertanya lah pada suami itu kenapa dan mengapa ini semua berlaku... apa yang kurangnya....???Apa sebabnya hingga mendorong si suami ingin mencari kelainan? Tahu apa jawapan si suami (yang tak ada kepala hotak nie)
    " I perlukan sum1 untuk jaga I, untuk layan I, I sunyi, batin I tersiksa" .............ishishishhhhhhhhhh sedihnya mendengar keluhan si suami yang memang BANGANG nie...... dia x ada otak ker nak pikir.... isteri dia yang dia tinggalkan dgn anak2 kat malaysia ni x ada pon sapa nak jaga..sebaliknya si isteri plak kn jaga 3 anak yang ada, si isteri x ada pon sapa2 nak melayan..sebaliknya dia kena layan 3 anak yang ada.... habis tu isteri x sunyi....(kalau tye jantan tuh sure dia jawab "alah u ada anak2 dgn u").... habis tuh batin isteri tak tersiksa ker? (ha!!! dia ingat perempuan tak ada istilah air naik kepala)...ada ker si isteri ni g minta cerai dan cari jantan lain???? ada ker??

    Setelah puas memujuk dan merayu...... si suami ni masih lagi dgn keputusannya untuk mengahwini wanita berkulit putih (minah salleh) yang baru berusia 23 tahun...- si suami ni dh 40 tahun.( kederat tak larat nak layan minah salleh)...... hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa lagi menangis air mata darah ler si Fatin....maka balik lah si Fatin ke Malaysia..meneruskan kehidupan bersama anak2 sambil masih lagi cuba pujuk2 suami yang tak sedar diri tuh...... tak sampai 2 minggu Fatin balik ke Malaysia si suami menghantar email pada si Fatin.... menjemput Fatin untuk menghadiri majlis perkahwinanya dgn minah salleh berumur 23 tahun tu pada 20 September 2009......korang g cari kalendar dan tgk tarikh itu jatuh pada bila? ( malas nak carik erk?) meh cni nak bg tau!!!! tarik tuh adalah bersamaan 1 syawal... RAYA tu beb!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (mcm x ada tarikh lain)...... 

    Pada 20hb September sedang semuanya meraikan Hari Raya...Fatin dan anak2 sedang bergelumang dgn air mata.... takbir menandakan kemenangan kita berpuasa manakala bagi Fatin takbir itu seolah2 bertukar menjadi  talkin buat dirinya..... membayangkan perilaku suami yang telah menghancurkan hatinya....lagi teruk bila si suami langsung x memberi khabar @ ucapan pada Fatin dan anak2..( maklumlah tengah menyedap)...
    bukan sehari si suami hilang tanpa berita tetapi hampir 2 minggu si suami JALANG ini gagal dihubungi..... bila Fatin telefon ke tempat kerja... dia dimaklumkan bahawa suaminya bercuti panjang (honeymoon) lah tuh...

    Selepas 2 minggu :
    Si suami menghubungi Fatin dengan suara yang amat manja... katanya rindu benar dia dgn Fatin dan anak2.... si Fatin yang tgh blur2 pun bertanyalah " kenapa tetiba u baik sangat nie?" korang rasa apa jawapan suami dia????


    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    "Yelah.... pengantin baru kan.... zahir batin cukup...mood mestilah baik"

    YUCKKKKKKKKKKKKKKKHHHHHHHHHSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!

    &^%$#@$%^&^&**(())(*&&^^%$$#*)%$@!#$#~$^&)_+)*&^%$#$#@  (korang faham2 sendirilah yer apa yang aku nak ckp)

    Boleh si suami jawab mcm tuh...otak dia letak mana??? x fikir lansung perasaan isteri... di lukakan..dan terus di lukakan....(kena dgn haku taulah nasib dia)....... tapi Fatin terus jer ckp kat laki dia "tahniah abang dan semoga abang bahagia" dan si suami pon terus cakap"itu yang buat I sayangkan U tu" (jantan ni faham ker maksud sayang yang dia lafazkan?).......



    Bulan 12/2009:
    Si suami ni nak balik ke Malaysia.... Maka Fatin dan anak2 nak menyambut kepulangan itu di KLIA...Si suami halang tak bagi Fatin jemput di KLIA... tahu kenapa? Mem dia ikut sama...so dia nak singgah di Hotel dulu untuk tinggalkan Mem ... (waklu)...... selepas selesaikan hal Mem tuh..si suami ni pon balik ler ke rumah. Fatin..... seperti biasalah bila suami jumpa isteri apa lagi ( x kan korg nak aku ckp terang2 kot..faham2 sendiri dah ler)... walaupon dalam hati si Fatin tu bernanah sakit atas perbuatan suami..tapi demi tanggungjawab dia masih merelakannnya..... Ha!!!!!! tapi mmg dh dasar lelaki tak pandai jaga hati isteri... si suami ni boleh plak selepas berasmara g bg tau kat si Fatin ni " sayang ni x kurang hebat dgn org kulit puteh "... makaihhhhhh memuji x bertempat..kenapa ko nak banding2kan dgn perempuan yang dh hancurkan hati isteri ko tuh???? JAHANAM!!!!..... esoknya pagi2 lagi si suami dah hilang dari rumah ( sia2 Fatin ambik cuti ingatkan nak habiskan masa dgn suami)... balik2 tengahhari tuh si suami dengan tersenyum2 ajak fatin berasmara (tak ambik kira anak2 yang ada kat umah ..masa tuh kan cuti sekolah )... bila fatin tanya ke mana? dia jawab dgn selamba jer " yang sini I bagi mkn.... yang sana lagilah, org baru..mana boleh sehari x dapat... so tadi I pg lah lunaskan nafkah batin kat dia dlu" wei jantan ko sengal lah.......... mmg sengal tahap *&^&^%$$##@@.... ishhhhhhh... terus potong keinginan Fatin...x lama...cuma 10 hari si suami di Malaysia....Fatin sendiri yang suruh dia balik ke NZ..fatin x tahan dgn tekanan yang diberikan mcm tu.....dan sepanjang dia di Malaysia dia mmg banyak habiskan masa dgn Mem berbanding dgn Fatin

    Sekarang:
    Fatin dalam proses penceraian..mmg bukan senang sebab sorg di NZ sorg di Malaysia... mmg akan ambik masa yang panjang..terutama si suami x pernah gagal memberi nafkah  setiap bulan (kecuali nafkah batin)...
    Tapi x apa Fatin.... aku rasa ko kuat... ko lagi kuat dari aku.... aku pon pelik kenapa ko tetiba cari aku.... ko pon tak ada no tel aku kan.... rupanya ko cari dari kawan2 sekolah kita..... akhirnya ko dapat gak no aku.... nasiblah aku tak pernah tukar nombor sejak 12 tahun yang dlu.....aku terkejut masa ko call aku tadi...apa pun Fatin... ko kena kuat sbb ko ada anak2 dgn ko.... aku pelik kenapa ko cari aku.... rupa2nya sbb ko tahu kisah aku dr kawan2 yang aku juga mengalami peristiwa yang sikit lebih kurang cam ko... cuma dalam kes aku dia bwak balik dalam bilik tidur aku...... cukup!!!! cukup!!!! cukup!!!! aku x mo hengat lagi!!!!!!
    Untuk ko Fatin...ko ada aku.... ko ada anak2 ko..aku janji aku akan ada dgn ko untuk ujian ko yang amat getir nie...... Insyaallah akan ada lelaki yang baik untuk ko jika diizinkan ko bertemu jodoh lagi...Insyaallah...

    **masa entry ni aku tulis aku baru jer lepas letak tel dgn Fatin berceritakan tentang hal ni setelah hampir 15 tahun x mendengar suara Fatin......(akhirnya airmata aku gugur lagi).....



    signature'

    Contest Ayah Ku Sayang


    Menarik contest ni..... sangat menarik!! Contest ni dah menarik minat aku untuk luahkan perasaan yang dah terpendam sekian lama.

    Ayah..... Walau anak mu ini tidak pernah berpeluang untuk menatap wajah mu, merasa sentuhan mu, menikmati kasih sayang mu, dibelai dan dikasihi seperti anak2 yang lain namun hakikatnya Ayah tetap Ayah kandung saya.
    Sejak lahir anak ini tidak pernah sekali pun merasai sentuhan Ayah, kesiankan Ayah!! Sebaik dilahirkan anak Ayah yang malang ini telah dipertanggungjawabkan kepada org lain. Maka anak Ayah ini sudah tidak kenal siapa Ibu & Ayah kandungnya.... Kesian dia kan Ayah!!
    Tapi ikatan anak dan Ayah...anak dan Ibu..menjadikan anak ini bila dewasa dgn sendirinya ingin mengetahui latar belakang dirinya...mencari insan yang bertanggungjawab membawa kehadirannya kedunia ini... maka bertemulah anak itu dengan kebenaran yang amat pahit.... sebaik bertemu dengan Ayah...Ayah sudah tidak bisa berbicara lagi, yang tinggal cuma dua nesan pengganti diri Ayah. Maka berjujuranlah airmata anak ini... 

    SAYA SAYANG AYAH SAYA KERANA...................
    Perpisahan  selama 33 tahun akhirnya menemukan kita dalam keadaan yang amat memilukan.Yang mampu anak ayah berikan pada Ayah saat itu cumalah Doa..agar Ayah tenang disana... Walau apa pun alasan ayah tidak membesarkan anak Ayah & memberi anak Ayah ini pada org lain  sesungguhnya telah saya maafkan, Siapalah saya untuk mendendami insan yang telah bertanggungjawab diatas kelahiran saya kedunia yang fana ini, dimana disini saya telah mengenali 1001 erti kasih sayang dan cinta. Terlalu kecil kesalahan ayah itu berbanding dgn kehidupan yang telah saya perolehi dalam sepanjang pengembaraan saya selama 34 tahun didunia ini.....


    Buat Ayah : 

    Ya Allah Ya Tuhan ku, 
    Aku redha dgn ujian mu
    Kau ketemukan aku dgn ayah ku
    Disaat dia sudah tidak bisa menyentuh aku
    Disaat dia sudah tidak bisa mengungkap kata sayang pada ku
    Walau dada ku sebak...
    Namun aku pasrah Ya Allah.
    Kau tempatkanlah dia di kalangan org2 yang beriman dan hampir dengan mu
    Kasihanilah ia seperti ia mengasihani aku
    Walau tidak pernah terucap kata kasih itu dari bibirnya
    Namun jelas bila dia memberi aku pada pasangan yang sgt2 menyayangi aku
    Membesarkan aku dgn kesempurnaan
    Amin.........


    signature'

    MIETOS LUCKY DRAW



     #xkisah la sama ada hendak follow atau tidak blog ni, janji ada blog.... tapi dalam entry anda, silanyatakan referrer anda....

    #postkan banner atas ni pada entry & sidebar blog dan link kat blog aku!!!sila tinggal link entry kat bahagian comment....

    #tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)

    # 2 hadiah untuk cabutan bertuah & 1 hadiah untuk referrer terbanyak (ajak la member2 join skali) so, sila tulis souvenier dari negara mana yang dihendaki!!!pilih satu sahaja, antaranya....
    @japan
          @barbados
     @korea
    @egypt
     @france
    @USA

    Nak hadiah dari EGYPT....... kat egypt byk yg unik-unik....
    Mengendap Lucky Draw ni dari Wansteddy Tales



    signature'

    Hadiah Valentine untuk my Hubby




    Ini hand made video.... aku buat sendiri untuk nak bagi dia for valentine's day present. So aku nak korang komen dlu...ok ker atau x video ni?

    Ha kata suprise for him kan???? so dh letak kat blog ni cm mana???
    DUN WORRY!!! hubby aku x suka baca blog...dia x akan baca kecuali aku suruh sgt2...so dia mmg tak akan tahu ujudnya video ni....

    So korang nilaikan lah yer.... aku nak hantar kat dia on 12hb.... x mo celebrate 14hb tu x elok.... anyway ni bkn tanda aku mengagung-agungkan pon hari valentine tuh sebab we all celebrate cinta we all 24hr a day 1440 minutes a day,86400 secound a day..hahahah terlampau sudah!!!!!




    signature'

    Mengarut kalau korg baca

    Nak mengarut + mencarut + membebel + merepek = mood sengal.....



    Sengal tak bertempat.....
    rindu kat 'org tuh'
    ................................................
    ................................................

    Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


    x per ar dia dh ada org jaga dah:)......................................................





    signature'

    Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM