.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aku dapat akar bahar | Barang unik

Akar Bahar atau ada yang menyebutnya sebagai Akar Bohor dengan nama latinnya Antiphates Sp juga lebih dikenali sebagai Black Coral.Ada sesiapa yang pernah melihat barang ini?

Akar Bahar adalah terdiri dari golongan hidupan laut yang kita panggil sebagai karang, cuma ia tidak kelihatan seperti batu karang biasa, tetapi ia lebih kepada menyerupai sejenis tumbuhan.Jom usha gambar yang disedekahkan oleh pakcik google aku nie.
v
v
v
v
v
v

Akar bahar yang masih kecil



Akar ini sudah sangat terkenal di kalangan Jawara dari Betawi ataupun Jawa, mereka selalunya memakai akar bahar ini dibahagian lengan mereka sebagai simbol kepahlawanan.

Akar bahar atau di bali biasa di sebut kayu uli hidup di perairan laut dalam dengan nama latin Antiphates Sp. terbagi menjadi tiga jenis, yaitu Akar bahar Hitam, Akar Bahar Putih, & Akar bahar Merah. Dari ketiga jenis tadi, akar bahar hitam lah yang lebih mudah di temukan. Sebagai Aksesoris akar bahar dapat dijadikan sebagai gelang, cincin, ataupun pipa untuk merokok ( cangkong ). Akar bahar ini adalah jenis tanaman karang, karena hidupnya di karang laut dalam.

Dimanakah selalunya terdapat akar bahar ini? akar bahar ini sangat mudah didapati di Bali, Kepulauan Bangka Belitung, di Sulawesi Tenggara Kab. Konawe Utara, di Halmahera Timur, di Irian Jaya atau yang sempat singgah di negeri seberang anda dapat menemukannya di Hawaii, atau di perairan Cuba.

Semasa di dalam laut (masih basah), pokoknya agak lembut dan mudah dibentuk. Ianya akan mengeras bila kering. Seperti sedia maklum akar bahar  terbahagi kpd beberapa gred, di mana ia terbahagi kepada warna hitam/ perang/ putih, untuk mengambilnya pula perlu mengambil risiko yg tinggi kerana ia terdapat pada lautan yg paling dalam .

Akar bahar amat berkhasiat untuk sesiapa yang mengalami rheumatism dan sengal-sengal otot. Ia juga dipercayai dapat merawat bisa seperti santau, bisa dipatuk ular, penolak ilmu hitam, pelaris, Wallahualambisawab. Jika kita mempercayai bahawa kayu ini mempunyai kuasa maka akan tercalar aqidah kita, tetapi jika kita beriman dengan Allah s.w.t dan meyakini setiap kejadian yang dijadikan oleh Allah atas muka bumi ini ada tugas-tugas dan kelebihan2 yang tersendiri maka tidak mustahil tumbuhan karang yang dicipta Allah ini juga mempunyai tugasnya yang tersendiri, khasiatnya yang tersendiri, dan disampaing ikhtiar itu jika berlakunya penyembuhan ucapkanlah "ALHAMDULILLAH". Barang yang menyembuhkan itu cuma perantaraan / asbab, kerana sesungguhnya yang meyembuhkan itu adalah Allah.


Aku dapat akar bahar ni secara tidak sengaja dengan mahar (tukaran) yang aku rasakan berbaloi.  

v
v
v
v
v

Akar bahar yang ketinggiannya melebihi 8 meter



Sarang (tempat tumbuh) Akar bahar



batang Akar bahar



Belakang sangkar(tempat tumbuh) Akar bahar



Aku masih memikirkan apa yang ingin aku buat dengan kayu yang menjadi kegilaan ramai ini.Any Idea?

Cantik tak gelang lengan nie?


Simple tapi tetap unik


Buat tasbih pon baguskan


Ataupun buat cincin


Atau jadikan loket?


Any idea?



signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM