.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

“What Distance I’d Go for My Other Half”

Bercakap mengenai pengorbanan dan sejauh mana aku sanggup berkorban untuk sidia, aku sebenarnya tak mampu nak meluahkannya dengan kata2. Tapi sebagai insan yang yang menjadi penghuni takhta hati ini sidia pasti ingin tahu apa yang termampu aku lakukan. Jadi inilah satu tulisan hati aku buat sidia...
v
v
v
v

Sayang, tiada kata-kata yang mampu mengunggapkan rasa cinta ini buat abang, tapi terkadang berbuku didalam hati ini nak meluahkan isi hati ini. Seperti yang hampir semua kenalan mengetahui usia kita berbeza hampir satu pusingan jam, bukannya 3 tahun bukannya 5 tahun tapi 11 tahun beza antara kita. Cinta perbezaan usia ini bukannya mudah, pelbagai halangan yang kita tempuhi.

Halangan dari keluarga abang, ugutan dari keluarga abg, itu adalah diantara pengorbanan2 yang sanggup B tempuhi hanya untuk hidup bersama abg. Abang tak ada ulasan, luahan bagi mengambarkan sejauh mana B sanggup berkorban untuk abg.

 Jika airmata ini bayaran untuk aku hidup bersama mu, 
aku rela menangis hingga menjadi buta, 
asalakn aku bisa celik diterangi cahaya cinta mu 

Jika aku menjadi air mata,
aku ingin lahir dari mata mu, hidup dipipi mu,
mati  dibibir mu.
Tapi jika kau menjadi airmata,
Aku tak ingin menangis
kerana aku tak mahu kehilangan diri mu

Jika kaki ini perlu melangkah sehingga aku lumpuh,
aku akan melangkah sehingga aku menjadi lumpuh,
Jika langkah itu bisa membawa aku kepada mu.


Sejauh maner pengorbanan yang saya sanggup tempuhi buat teman saya?

Cuma satu yang termampu aku nyatakan... selagi ada nyawa, nadi ini masih berdenyut, pengorbanan aku tidak akan pernah berhenti buat mu
Kepada yang mahu mendapatkan tiket dari Nuffnang   bagi menyaksikan cerita Going the Distance sila layari laman web Nuffnang dan luahkan isi hati anda buat sidia....

Pengantin Mayat & Pengantin Hidup



Begini ceritanya...
Tulisan ini awalnya ditulis dalam bahasa Cina Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris (kemudian ke dalam bahasa melayu ). Seorang guru sejarah melakukan kajian, dan tentu saja foto ini adalah nyata dan benar-benar ada.

Berasal dari tahun 1920-an, dari sebuah desa di Cina. Umur si gadis 17 tahun. Ia berasal dari keluarga yang berada dan kaya,dan dengan kekuatan duit, ia berhasil mendapatkan lelaki idamannya. jejaka tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis-gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang, tetapi upacara pernikahan secara rasmi belum terlaksana, dan si gadis meniggal kerana demam panas pada tahun 1922.

Si jejaka tidak ingin menjalani ritual tradisional menikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti telah disebutkan, si gadis berasal dari keluarga yang kaya, dan anggota keluarganya berhasil membawa si jejaka untuk kembali, kemudian si jejaka dipaksa untuk menjalani ritual menikah dengan gadis yang telah mati.

Foto ini diambil pada tengah malam, ketika si gadis telah mati selama 6 hari. Mereka harus menyangga tubuh si gadis dengan papan kayu, Agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahwa kaki si gadis tidak menyentuh tanah secara penuh? Dan juga, 2 baris huruf Cina, satu barisnya di tulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati.

Mereka mengatakan jika korg menatap foto dengan waktu bersendiri, lama dan jika si gadis tersenyum balik kepada anda, hal buruk akan terjadi kepada anda. Ini karena si jejaka tidak ingin menjalani ritual tersebut, namun, si jejaka sangat miskin, dan tidak dapat melakukan apa pun pada waktu itu. iang gadis sangat mencintainya, dan memaksanya untuk bertunangan.

Menyeramkan? ??? korang yang menentukan.. . aku tidak merasa ataupun melihat sang gadis tersenyum balik.......korang??? Mengikut sumber yg dipercayai, gambar ini adalah original. Lihat pada muka pengantin perempuan. nmpk yg mata dan pipi pompuan tu jatuh, tanda sudah mati dengan mulut yg terbuka sedikit, itu biasa terjadi pada org yg dah mati kerana otot rahang dah tak berfungsi. berbeza dgn pengantin lelaki, muka dia masih utuh. Kaki perempuan tu pun tak jejak tanah, sebab diaorang guna papan untuk mendirikan mayat tersebut. Macam mana diaorang dirikan... tak tau la plak...



Sedar atau tidak

Korang sedar tak dalam PC/Laptop korang ada lambang Yahudi?


Klu tak cayer,sila buat langkah2 dibawah ini....

go to this link:
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF Step by Step: 

1) Click start button
2) Click "Run"
3) Copy and paste link diatas dalam "Run" tersebut.
4) Click "OK and then, gambar tu akan muncul.
5) Delete la gambo tu. (Right click atas gambar tu and click "Delete". Tak elok sebenarnye gambo tu, buat ape nak simpan dalam PC/Laptop korang kan???)

Selamat mencuba.... Then, jangan lupe bagi tahu pada kawan2 korang, paling susahpun korang buatnye entry yang macam aku buat nie Renung2kan dan Selamat Beramal... :)




Menghina @ Penghormatan?

Apakah ertinya semua ini

Ini adalah iklan Coca Cola di salah satu kawasan di Eropah. Sekali imbas apa yang ada dalam kotak fikiran korang semua? Mereka sedang memberi penghormatan pada Islam dengan memakai pakaian coca cola dan bersolat atau mereka sedang menghina Islam dengan perbuatan mereka itu???


Berikan pendapat korang





Berjimba dimalam 4hb Ogos


 Klick untuk zat pembesaran


Wah!! sangat x sabar rasanya nak berjimba pada 4hb ogos ni. Dah lama rasanya tak tengok wayang FREE dari Nuffnang, tetiba dapat lah pulak kan. Seronok rasa, adalah peluang nak jumpa kawan2 blogger, setelah hampir 2 bulan x jumppa dengan dorang.

So siapa lagi yang dapat tiket Tekken ni?? sila angkat kaki!!!!!!








Tekken is in the Cinemas






Tekken datang dalam bentuk lakuonan. Diadaptasikan dari 'game' kini ia datang berjumpa peminat dipawagam. Pasti mendebarkan. Aku nak sangat tengok cerita nie, dan kalau Nuffnang bagi aku peluang tengok cerita ni, bermakna ini adalah cerita yang diadaptasikan dari 'game' yang aku tengok dengan tiket Nuffnang.


Tak banyak yang aku tahu tentang watak2 dalam game ini, seperti biasalah budak2 perempaun mana suka benda2 ni, tapi aku bukanlah jenis yang ketinggalan zaman, sebab ada jer masa sekolah dulu tengok kawan2 lelaki menggila main game TEKKEN ni. Cumanya bila bab2 game aku tak minat, tapi jika diadaptasikan menjadi cerita.... Wahhh aku sungguh teruja


Dia punya six pack buat aku sangat2 teruja

Apakah watak yang sangat2 aku nak tengok dalam cerita ini? 

Yer aku sangat teruja dengan watak Jin Kazama. Di dalam cerita yang telah diolah dari karekter asalnya, Jin Kazama merupakan hero dalam citer ini, Jin Kazama yang memiliki kuasa seperti Ibu dan Datuknya mahu menuntut bela atas kematian ibunya. Untuk membalas dendam, Jin Kazama perlu membunuh Heihachi Mishima Untuk membunuh Heihachi Mishima, Jin Kazama perlu menjuarai King of Iron Fist Tournament @ TEKKEN.

Harap2 Nuffnang masih sudi bagi aku tiket wayang setelah hampir sebulan aku bersara menjadi blogger tegar, tapi kini aku sudah KEMBALI seperti dulu............... Blogging adalah dunia ku


Untuk peminat2 TEKKEN jangan lepaskan peluang untuk menyahut cabaran Nuffnang untuk buat dan dapatkan tiket percuma ini. Ia semudah 1......2......3...... Jom usha kat sini “Tekken is in the Cinemas!!”


Kepala yang nak pecah

Jam ni pun pandai rasa sepi, sunyi dan berjalan membawa diri... agaknya aku pun kena buat benda yang sama jugak lah


Besarnya penghinaan Denmark pada Islam


 Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi. Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta tattabia millahum "

Titanic belayar ke GAZA????????



Titanic berlayar ke GAZA menghulurkan bantuan?? korang mesti tak percayakan?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Perjuangan Sedunia untuk Palestin


Apa yang korang fikirkan? episod 2


 Sambungan dan jawapan pada entry yang sebelum ini. Aganya korang rasa kat mana ermm tempat yang ada signboard nie? Korang tak rasa pelik ker? walaupon dia kata dilarang mengambil gambar, tapi gambar ini masih lagi dapat diambil?



Yer signboard ni berada di Kerteh Terengganu. Mereka meletakkan papan tanda ini sebagai langkah2 keselamatan yang mana menurut Mr Hubby aku  flash camera boleh menyebabkan berlakunya perkara2 yang tidak dikehendaki seperti spark yang akan terhasil dari Gas yang berada dikawasan itu.



Dah tau tak boleh nak ambil gambar tapi kenapa ambil?

Sebab aku sangat teruja sebenarnya melihat papan tanda yang agak pelik ni. Banyak kali aku balik ke Terengganu dan melalui kawasan yang sama, tapi aku tak perasan papan tanda tersebut (nak perasan cm mana kalau asyik membuta!! hahahhaha).


Apa pun aku memang teruja, dan setiap kali aku melalui kawasan ini pasti ada sedikit rasa sayu dalam hati aku bila memikirkan "sanggup Mr Hubby meninggalkan kerjayanya di Petronas di Kerteh semata-mata untuk bersama dengan ku Di KL" Terima Kasih sayang.


***Tahniah kepada Cik Zatil kerana telah menjawab dengan betul***


Apa yang korang fikirkan?




 Bila melihat pada gambar diatas apa yang korang fikirkan??

Fasa perubahan




Walaupun dah dapat password untuk online, tapi aku masih lagi bermalas-malasan untuk mengupdate, bukannya tak ada cerita melambak2 cerita yang nak aku ceritakan.Cerita yang paling aku rasakan aku ingin sangat meluahkannya disini ialah berkenaan aku telah MEMBLOCK sesaorang yang sangat rapat dengan aku di Facebook aku. Bukannya aku block semua, aku cuma block dia dari tengok wall aku, itu sahaja.

Hingga Hujung Nyawa





Bercinta, berkasih, sewaktu muda semuanya indah, terutama ketika bercinta. Sampaikan ada orang cakap, masa bercinta kentut pun wangi. Betul ker? Kita buta pada keburukan dan kekurangan pasangan. Tapi masa tu pernah tak kita terfikir bagaimana agaknya pasangan kita yang kita lihat masa itu cantik, jelita, tegang sana, tegang sini, gagah perkasa, maskular, 6pax, tapi agaknya bagaimana mereka kelihatan 20 tahun akan datang???

Tentang Nuff lagi




Siapa tak kenal dengan En Nuffnang. Aduhai beliau ni sgt sayangkan saya. walaupon sebulan tak online namun beliau tetap tak berhenti2 memberi saya buffred, walaupun pendapatan agak berkurangan sejak tidak meng'Hapdet blog. Pagi ni bila buka aje Nuffnang, tengok2 ada 2 buffred baru. Wah!!! update jer blog, terus Nuff bagi peluang untuk membuat duit lagi. best...best....Korang tolong2lah support yer

 Klik untuk zat pembesaran

 Ni aku tengah berkira2 nak cashoutkan duit Nuffnang aku yang berjumlah RM 5000.00 itu. Haruskah aku cash out atau simpan untuk percutian akhir tahun aku? wah!!! mcm nak cash out, mcm nak simpan. lalalallalalalalalala. nantilah aku tunggu mimpi malam ni..esok aku wat keputusan.hahahhahaha







Facebook Security Tutorial




Tadi tengah sedap melayan FB tetiba aku kena tendang keluar. FB suruh aku masukkan password plak.pelik jugak kan sebab aku tak log off. Dan benda ni bukan pertama kali terjadi dalam hidup aku. Sejak kebelakangan nie FB aku ada dicerobohi, tapi memandangkan tak ada apa2 yang penting kat situ so aku biarkan jer.Lantak lah korang nak masuk ke hape. bukannya ada benda2 yang penting pun. tapi bila dah banyak kali terjadi aku NAIK HANGIN jugak.



 klick untuk zat pembesaran

Tetiba aku tengok kat FB aku ada benda alah ni.woii ini sudah lebih...so aku pun buka email...yahuuuu ya bedabeduuuuu ada peminat masuk FB aku dalam diam2. Lahabau punya org. Tak ada kerja wat kerja masuk FB aku.... Cissskek bedebah betul....... So aku pun bukalah email..sebab bila terjai mcm ni selalunya ada notification yang akan dihantar ke email. Jeng......Jeng......Jeng.......


Klik untuk zat pembesaran

Wah!!! benar dan nyata lah memang ada berlaku pencerobohan lah... ayooookkk. So aku pun menghebah2kan tentang kejadian ini di FB aku sambil letakkan pic 2-2 ni. Adalah request dari beberapa org yang mintak aku ajar bagaimana nak buat setting security ini. cara-caranya ialah......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

aku ajar esok boleh tak?? hahahhahahahahahah alossss merajuk ker?? okok...sekarang jugak aku ajarkan.


Mula2 logging ke account Fb korang 



 Leps tu klick kat account dan klick kat account setting


So lepas tu akan keluar page ni.

Apa yang korang kena buat ialah scrool ke bawah dan cari "ACCOUNT SECURITY". klick kat situ.


 Maka keluarlah benda ni

Dari sini korang kena klick dekat "YES" pada perkataan "Would you like to receive notifications for logins from new devices?"
  


Maka akan keluarlah nama2 divice yang masuk ke Fb korang


Dan yang terakhirnya, mulai dari apa yang korang dah buat ni, maka akan keluarlah nama2 computer yang digunakan untuk masuk ke FB korang dalam ertikata lain "NEW DEVICE". So korang akan tahu sekiranya ada org lain masuk ke FB korang dengan menggunakan password & email korang tapi dari komputer yang lain atau HP yang lain. Maka bolehlah ambik langkah berjaga2. Satu notification jugak akan dihantar ke email korang bagi memaklumkan bahawa aktivititidak bermoral ini sedang berlaku dalam aktiviti FB korang.

Natasha : So cakap apa kat Cikgu Natasha selepas mengajar??
Murid-murid : Terima kasih cikguuuuuuu

Ahahahah sengalnya aku.........





Mengimbas kembali


 Sila klik untuk zat pembesaran


Sungguh lama, menantikan saat nak mengupload pic ni. Bagi korang yang selalu melalui hiway NKVE ni pasti korang perasan semua landmark yang ada dalam pic n i kan??? Ya ianya cuma lebih kurang 1km untuk susur keluar ke Subang Airport. Inilah kawasan yang telah meragut kening ziana zain ku...ahakzzz ahakzzz.. (sempat lagi memperasankan diri).





 Ha!! korang perasan tak signboard tu? Kemalangan yang menimpa aku baru2 nie sangat dekat dengan signboard yang hijau tuh. Nasib jer tak langgar tiang sighboard tuh, kalau tidak maunya aku dah arwah. Alhamdulillah tuhan masih mahu aku meneruskan kehidupan aku.





Cuba korang tengok tu? Pihak PLUS siap letak cat menandakan tarikh kemalangan itu berlaku...huhuhu.
Setiap kali aku lalu kawasan ni, aku pasti masih merasakan ngeri,sangat ngeri. Masih jelas segala yang berlaku. Esok cukup sebulan kemalangan itu berlaku. Dan kesan dari kemalangan itu masih lagi aku rasai sehingga kehari ini. Walaupun jahitan dah lama dibuka, tapi rasa kebas kat kepala masih terasa. Rasa berdenyut kadang2 masih ada. Apa pun kehidupan yang masih diberi peluang kedua ini harus digunakan sebaik2 mungkin.




Selepas sepurnama




Itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku lafazkan. Akhirnya penantian aku yang lebih dari sebulan telah berakhir. Kini aku kembali ke dunia berblogging. Insyaallah terlalu banyak yang ingin aku luahkan, ceritakan. Berikan aku sedikit masa menghimpun ayat2 bagi diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Hari Ini




Hari ini hari ke 6 aku selepas kemalangan yang berlaku, jujurnya aku masih belum pulih sepenuhnya, jujurnya aku masih terasa sakit dibeberapa bahagian tubuh, jujurnya juga aku masih trauma. Aku masih kerap bermimpikan kejadian tersebut dalam tidur ku. Arghhhh!!! Apa pun syukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini. Masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku bertaubat dan mempertingkatkan kekurangan amal dan ibadah.

Tragedi 13/06/2010 (part4)

Bila ditinggalkan seperti biasalah hati aku berasa sayu, sunyi, tambah bila menjelang waktu makan tengah hari. Melihatkan org lain semua ada keluarga yang datang, sedangkan aku seorang diri. Menunggu Mr Hubby datang untuk menjemput aku rasanya waktu berjalan terlalu perlahan.

Disebabkan rasa tidak sabar untuk keluar dari wad, aku sendiri telah menjelaskan semua bil untuk rawatan aku, nasib baik Mr Hubby awal2 dah meninggalkan duit. Dengan senang hati aku cuma menunggu mereka datang menjemput aku. Hampir jam 3.30pm bayang Mr Hubby dan mohdhairihassan.com masih tidak kelihatan lagi. Aku mula lah resah gelisah, tak sabar nak balik rumah. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Dalam kepala memikirkan macam manalah keadaan rumah aku saat ini? mesti macam tongkang pecah.

Dalam masa menunggu itu bakal room mate mohdhairihassan.com ada menelefon aku, dan kami sempat bersembang. Jam 4pm Mr Hubby muncul, dengan sepantas kilat aku angkat kaki. Tak sabar rasanya nak melihat dunia kat luar. Terasa semacam didalam penjara bila duduk hospital.


Tragedi 13/06/2010 (part3)

Sebaik segala tiub dan wayar tertanggal dari badan aku, aku lihat ada airmata jernih bertakung disudut mata Mr Hubby aku, mungkin saat itu dia begitu lega bila tahu aku tidak mengalami apa2 kecederaan pada bahagian tulang belakang selain dari mengalami kekejangan otot yang teruk. Aku pandang Mr Hubby sambil bertanya apa yang dia lakukan sepanjang malam sewaktu aku berada di ICU? Kata Mr Hubby dia tak boleh nak tidur sebab sangat tertekan bila mengenangkan keadaan aku, terlelap beberapa ketika di tepi longkang diluar hospital sudah cukup bagi dia mengilangkan rasa mengantuk sepanjang malam. Diwajah yang amat aku sayang itu aku lihat ada garisan2 kepenatan. Kesian lelaki ini desis hati aku.

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM