Aku nak tegur sorang Otai boleh tak? Apa tak boleh? kenapa? sebab aku orang baru? apa orang baru tak boleh tegur Otai ker? Ceit!! mana adil. Aku nak tegur jugak. Aku tak kira. Peduli apa!!!! Orang yang aku nak tegur ni bukannya calang2 orang. Beliau adalah orang yang sangat berjaya dalam dunia blogging.
Daun Keladi
Apa kena mengena pulak kisah ni dengan kisah daun keladi yer? Takkan nak belajar pasal sains pulakkan? Ada sesiapa yang tak pernah tengok daun keladi tak? Melampau ler tuh kan! Tapi tumbuhan yang dipanggil keladi ni glamer tau? tak percaya? Maunya tak glamer, keladi ni ada pelbagai jenis tau, daun dia pon berwarna warni, ada orang yang siap buat pokok keladi ni pokok hiasan dalam pasu lagi. keladi pon sedap kalau di buat kueh. tapi aku bukan nak cakap pasal cerita keladi ni. Ynag aku nak cerita pasal pantun yang menggunakan 'keladi'
v
v
v
v
v
v
Terima kasih daun keladi,
Lain Kali bagilah lagi.
Ha! pantun 2 kerat nilah yang aku nak cerita. pantun ni aku tujukan khas buat teman bernama Isza, Tieqa & Rdna kerana sudi memberi aku award yang aku rasa aku tak layak untuk memilikinya. Tapi siapalah aku, apalah daya ku menolak pemberian mereka yang bernama teman. Demi sebuah persahabatan aku terima juga pemberian ini. Terima kasih sekali lagi.
dan award ini juga kuberikan kepada semua teman2 yang datang mengunjugi blog ini, kerana tanpa korg semua siapalah aku? Terima kasih atas sokongan kalian semua pada blog ini.
~My Date Night~
“My Date Night”!! Bila tengok jer ayat ni, ada satu kenangan yang menerjah benak fikiran ku. Mana mungkin aku melupakan saat itu. Itulah saat2 pertama cinta aku dengan Mr Hubby berputik.
Perkenalan di alam cyber telah membawa kami ke alam nyata. Dari alam nyata itu telah menerbangkan kami ke alam ciptaan kami sendiri.
Tarikh 11/03/2006 Pertemuan bersama insan bernama Ahmad Syazwan. Pertemuan yang telah membuka satu lipatan baru dalam kehidupan ku. Malam itu,perjalanan yang tidak bermatlamat telah membawa aku ke satu destinasi.Yer!!!! aku telah memandu memasuki jalan untuk ke PD.... alamak wat apa kat PD? ishhhhh x harus!!
Dia pun diam jer bila aku culik dia. Tgk2 jam masa tu baru pukul 2 pagi, so ambik keputusan untuk lepak kat tepi pantai sambil sembang2... takut gak masa tu buatnya kena cekup dgn pencegah maksiat (walhal duduk sembang jer). Nasib tempat kita org lepak tu memang ramai org buat BBQ, so tak ler takut mana pun.
Dalam bersembang itulah macam2 perkara yang disembangkan termasuklah kisah peribadi aku...kisah peribadi dia. Playboy gak mamat ni dari pandangan aku ( x boleh wat calon nie), tapi hati aku tersentuh bila dia bercerita tentang kisah cintanya yang kecundang kerana 'gadis' itu mempermainkannya. dalam hati " kalau aku diberi peluang luka-luka itu akan aku tampal, akan aku rawat, akan jaga agar tidak berdarah dan tiada berparut" ecewahh!! weii siyes ar..mmg nilah yang aku cakap dalam hati aku. Kenapa aku boleh berfikir mcm tu aku pun tak tau.

Sedar2 dah pukul 6 pagi, dengan mata yang mengantuk dia ambik alih memandu kereta. So sepanjang perjalanan itu aku dibuai mimpi indah. Sedar2 dah sampai tol Sg.Besi (6.50am masa tu) aku terjaga dan terus tanya dia "kita kat mana dah?" dengan selamba dia jawab "kita dah sampai destinasi cinta kita" ishhhhh mamat ni apa kes? aku terus jer sambung pejam mata, baru nak terpejam aku terasa ada orang usap rambut aku dan cakap"kalaulah i boleh temankan hari2 u, i akan temankan u dengan seluruh kasih sayang i" terkedu aku, terus jer aku tak jadi nak tido. Aku tanya dia apa yang dia cakap tadi? dia kata "ikrar untuk diri sendiri" ishh tak faham...tak faham...So sweet!Pertemuan itu berakhir selepas dia menghantar aku pulang dengan janji untuk menemui aku pada malam ini - 12/03/2006.
12/03/2006- Dia drive mlm tu aku tgk macam org yg sedang memikirkan sesuatu. Dia diam tak banyak cakap. Masa dinner pun dia diam jer, tak banyak cakap. Pelik gak. tapi aku fikir mungkin sebab dia penat seharian tak tido.
Lepas dinner dia bawak aku ronda2. jauhnya perjalanan malam tu adalah sebanyak 175km,destinasi >> kelang jer... kenapa boleh sampai 175km? sebab dia punya pusing & pusing bwak aku meronda. Katanya ada perkara yang dia nak cakapkan, tapi aku tgk dia diam jer.... ishhhhh
Bila sampai kat kelang... kat tepi laut tu barulah dia luahkan apa yg terbuku.
Hubby>>> I ada benda nak cakapkan dengan u
Natasha>> Cakaplah ( nada paling tak romantik)
Hubby>>> I jatuh cinta
Natasha>> uik dengan siapa? ( dalam hati sedih giler )
Hubby>>> Susah nak cakap lah dear sebab i tau kalau i cakap dengan perempuan tu for sure dia tolak i mentah2
Natasha>> Mana u tahu dia tolak kalau u tak luahkan ( dengan penuh ketidak ikhlasan memberi nasihat)
Hubby>>> Sebab dia jauh lebih matang dari I.
Natasha>> (aku x kisah pon kalau org tuh aku) >>>dalam hati jer ler
Natasha>> U luahkan dulu, selebihnya biar takdir yang menguruskannya ( lagi tak ikhlas )
Hubby>>> Kalau u, u terima tak kalau org tu muda dari u?
Natasha>> Y not? as long as jgn ler sampai 8-9 tahun beza
Hubby>>> Itulah masaalahnya. sebab i jauh 11 tahun dari dia
Natasha>> (dah tentu bukan aku tu sebab aku cuma 6 tahun beza dari dia)>>masa tuh dia mengaku dia 25 tahun so 6 tahun muda dari aku
Natasha>> Apa pun u cuba luahkan dlu, then baru u tahu apa penerimaan dia
Hubby>>> Alah sedangkan u x boleh terima apa lagi dia kan
Natasha>> (kalau dh jodoh aku..aku terima jer) >> dalam hati gak...gila korg nak aku ckp cm tu kat dia??
Natasha>> Masaalahnya dia bukan i, so u jgn samakan dia dgn i.
Hubby>>> lagi problem sebab i dah tipu dia pasal umur i. dia ingat i x jauh muda dari dia, kalau dia tahu i 11 tahun beza dari dia, mesti dia x nak kan! kalau u, u terima tak?
Natasha>> Kalau itu jodoh i, i terima..walaupon mgkin terpaksa ambik masa untuk menerima perbezaan tu
Hubby>>> **terus pegang tangan Natasha seraya berkata " so u terima i ler"
Natasha>>I m speachless!! (tangan masih lagi erat kena genggam)
So perjalanan diteruskan dengan 2-2 tak bersuara. masing2 melayan perasaan. Jam kat dashboard kete plak menunjukkan pukul 12.30am. terasa kereta yang dipandu mlm tu berat sangat, seberat hati we all berdua.
Sampai hotel untuk menghantarnya balik, lagi lah laju air mata aku...kenapa? sebab sebenarnya aku dah mula sayangkan dia, cinta tu mgkin masih terlalu awal, tapi aku x dapat nak memikirkan mcm mana hubungan kami lepas tuh.

8 Mei 2006 .... satu sms yang menggetarkan jantung aku " be there in 10min time" dada aku berdegup makin kencang. Sebaik dia sampai aku meluru keluar dari rumah, kami g makan, tapi aku lihat dia banyak diam dari berbicara. Berubahkah dia? argggggg!!! lelaki! makanan kat secret recipe yang menjadi kegemaran aku terasa berduri untuk aku telan bila dia bersikap dingin.
Dengan tiba2 seorang pelayan menghantar kek kegemaran aku Tiramisu! nyum..nyum.. Pelik jugak aku x order pon Tiramisu tuh, dan kalau Mr Hubby yang oder macam mana pulak dia boleh tau itu kegemaran aku? tapi mcm mana aku nak makan dalam keadaan aku sedang tak berselera bila berhadapan dgn kekasih hati yg ku lihat telah berubah. Dalam keadaan aku bersoal jawab dgn diri sendiri tetiba dia memecahkan kesunyian " I harap ini adalah pertemuan kita yang terakhir sebagai kekasih" aku tercengang!!!! kecewakah aku dengan kenyataan nya itu?? sedihkah aku?? Dada aku seperti dihimpit diantara langit dan bumi ketika itu!!!!!
Apa sebenarnya yang berlaku pada dia?
Bergenang air mata aku bila kata2 itu masuk menekap di gegendang telinga ku. Hati aku hancur bagai kaca yang terhempas di batu. Aku cuba kawal perasaan itu. Semahunya ku cuba kawal kecewaan, aku tahan manik2 mutiara dari jatuh berguguran.
"Makanlah kek kegemaran u tu" tiba2 dia bersuara. Aku cuma mampu tersenyum dalam kehancuran.Dalam hati aku menerit" Tidak kah kau tahu yang sekeping hati ini telah hancur, dan kau telah mematikan segala impian aku dalam sekelip mata" Jeritan hati ku mati bila dia tiba2 bersuara " I minta maaf kerana terpaksa buat keputusan ini, dari kita terus begini dan akhirnya kecewa, i rasa cukuplah setakat ini"
"Wahai lelaki cukuplah kau dera perasaan aku ini, cukuplah kau dustai sekeping hati yang amat2 menyayangi mu...cukup....cukup...!!! " tapi syg dia tak mungkin mendengar segala keluhan itu kerana ia cuma memekik di dalam hati aku yang dah bersepai....
Dengan penuh lakonan aku capai piring yang berisi Tiramisu kegemaran aku. Aku capai sudu dan aku suakan ke mulut sedikit demi sedikit. Tiramisu itu terasa penuh berduri melepasi anak tekak ku. Lantas aku bertanya " dari mana u tahu i sukakan tiramisu?" sekali lagi aku cuba membuang segala kelukaan itu, sekurang2nya aku tidak mahu dia tahu aku sangat kecewa. " Dalam kereta u, ada banyak resit kek..dan semuanya adalah Tiramisu" sambali tersengih dia menjawab.
Aku suakan lagi Tiramisu ke mulut, tiba2.................... aku seperti menyedari ada yang tidak kena pada Tiramisu yang baru aku suakan ke mulut, ada sesuatu di dalam cebisan kek tersebut!! Sebaik aku keluarkan cebisan itu aku tergamam, kenapa semua ini berlaku?? Kalau cuba untuk membunuh aku sekali pun, tak perlu membuat kejutan drastik ini! Sebaik aku keluarkan apa yang aku tarik dari dalam mulut aku dapati ia adalah sebentuh cincin. Aku lihat wajah didepan aku tersenyum puas." Ini adalah pertemuan kita yang terakhir sayang sebagai kekasih kerana lepas ni i nak kita bertemu dalam keadaan u bergelar isteri i"
Aku tergamam. Air mata yang cuba ku bendung akhirnya mengalir juga. Tangan2 yang mengenggam tgn aku hampir 2 bulan yang lepas kini mula menyentuh pipi aku dan menyapu air mata yang mula lebat turun ke pipi ku.
Dan sejak malam itu aku mengira dan menghitung hari untuk menghabiskan sisa2 hidup ku bersamanya, dan kini "we are together". Segalanya bermula dengan "My date Night"
Bila terpandangkan tajuk movie "My date Night" ia terus mengingatkan aku kepada apa yang berlaku pada aku. Kalau dapat tengok movie ni dan mengulangi semula keindahan "My date Night" itu alangkah indahnya.
So kepada sesiapa yang mempunyai kenangan "Malam Janji Temu @ My Date Night" jom kongsikan pengalaman korang kat sini. Mungkin dengan perkongsian ini korang bakal memenangi tiket untuk menonton cerita "My Date Night". Nanti bolehlan pergi bersama2 pasangan korang dan alami sekali lagi date night yang indah. Untuk keterangan lanjut klik disini
Ibu bertarung hidup,anak bz dengan dadah
Disaat ibunya sedang bertarung untuk teruskan hidup, dia sedang bertarung dengan dadahnya. Semalam Khaeryll Benjamin @ Benjy dilepaskan dengan ikat jamin RM 2000.00, malangnya dia cuma dilepaskan selama 5 minit sebelum ditahan semula. Kali ini dia ditahan semula atas kes memiliki Metafertamin (betul ker spelling ni) sebanyak 0.2grm yang boleh membawa kepada hukuman RM 100,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, tahanan reman kali kedua ini boleh dilanjutkan sehingga 60 hari bagi membantu siasatan. Penahanan pertama Benjy anak kepada aktres veteran terkenal itu kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000, yang boleh dibawa kepada hukman mati mandotori
Dah jadi suami & bapak org,bilalah nak insaf?nak berubah?
Azian Irdawaty
Dia tidak terfikirkah hati Ibunya? hati isteri dan anak2nya? Mengapa sebelum dia melangkah jauh dengan perbuatannya itu dia lansung tidak mahu membayangkan ibunya yang sedang dalam penderitaan? Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Kesal sungguh kesal.
Tutorial: YM detector
Pernah tak korang hadapi masaalah bila gaduh dengan boyfriend/girlfriend korang gaduh dalam Yahoo Messeenger? hahah mesti ramaikan cuma tak nak mengaku aje! betul tak?
Sedang korang mengarut marahkan orang tu dia tetiba 'offline' betul ker dia offline? atau sekadar dia drama ajer? dia sebenarnya menipu korang disebalik status "INVISIBLE". yang lagi teruk sekiranya cuma nama dan Id korang ajer yang dia invisiblekan, sedangkan dengan org lain elok jer dia 'online'. aduh parah ni! Tapi kini tidak lagi bila korang boleh mengenalpasti adakah mereka ini menipu atau betul-betul offline dengan menggunakan YM DETECTOR. benda ni senang aje, korang tak perlu d/load atau savekan kat mana folder. Cuma lawat laman web kat bawah ni dan segala masaalah korang selesai.
Dia akan keluar seperti ini
v
v
v
v
v
v
v
v
Sila klik untuk zat pembesaran
Tutorial : Multiple Yahoo Messenger
Natasha beralih arah pulak ker? nak buat tutorial pulak ker? ishhhhhh tak lah. Ini sekadar entry selingan jer. Aku rasa ramai yang tahu pasal Multiple YM ni, tapi ramai jugak yang tak tahu kan? so bagi yang tahu tu aku nak bagi tahu lah yer, yang YM ni boleh di login dengan pelbagai Id. Maksudnya kalau korang ada 5 id, korang boleh pakai ke 5-5 Id tuh, kalau ada 10 ID dia akan kuar 10 window dan YM akan keluar window YM macam ni
v
v
v
v
v
v
v
v
Sila klik untuk tumbesaran sempurna
Apa yang korang kena buat ialah:-
- Klik dekat 'start'
- Klik dekat 'run'
- Taip 'regadit'
- Klik 'ok'
- Bila window registry terbuka cari HKEY_CURRENT_USER
- Buka HKEY_CURRENT_USER >> Software >> Yahoo >> Pager >> Test.
- Click kiri pada folder Test >> New >>DWORD Value
8. Namakan New Value #1 menjadi Plural
9. Klik kanan pada plural dan kemudian klik modify
10.Tukarkan value data menjadi 1 dan klik pada 'decimal'
11. Klik 'ok' >>> tutup semua window
v
v
v
v
v
NOW ITS DONE!!!!
Selamat mencuba
Opsss!!!! Mr Kueh Tart komen cam mana nak buka banyak2 window tu? senang jer. korang clik ler banyak2 kali kat icon YM tuh, dia akan kuar banyak window mengikut berapa kali yang korang klik.
Selamat mencuba
TQ Nuffnang, TQ Sifu
Sekali lagi terima kasih kepada SIFU aku kerana tak putus2 memberi aku galakan. Aku tak menafikan selain dia, aku banyak terima tips dari SIFU2 yang lain jugak seperti Melz & Eriqazz. Tapi SIFU aku ni lah yang paling banyak membimbing aku. Dia selalu bagi aku galakan. Tak henti2 dia memberi aku tips. Tak penat2 dia menjawab segala pertanyaan aku. Dia bz macam mana pun dia akan tetap jawab soklan aku walaupon selepas 4-5 jam, hakhakhak (siyes nie)
Siapakah SIFU aku? Siapakah yang bertanggungjawab pada income aku dalam Nuffnang sekarang? (mcm ler banyak sangat) tapi still DIA lah yang bertanggungjawab atas menerapkan nilai2 murni agar aku tak putus asa. Siapakah SIFU aku tu?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
pst..pst... Bean jangan lupa ambik award tu yer......
Semalam aku agak berdukacita kerana aku tak dapat pun email dari Nuffnang untuk projek Alpha week 3 tu, tapi seperti biasa dukacita aku itu dipositifkan oleh SIFU aku. So aku sangat positif, aku anggap bukan rezeki aku, mungkin ada kelemahannya dalam entry aku untuk week 3 tu, tapi demi nak sedapkan hati anak muridnya ni, dia kata "agaknya Nuffnang bagi lambat kot kak", tengok? sebab tu aku kata dia ni selalu buat aku pikir positive.
Lupakan kisah tu ok. aku tak terpilih!
Tapi hari ini 25hb Mac 2010 aku seperti biasa online jer terus buka web blog kesayangan aku, buka web duit aku, Nuffnang ler, dan aku dikejutkan dengan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Yezzeeehhh aku dapat jugak!!!! Nuffnang bagi aku RM 20 untuk week 3. Sekarang aku tunggu week 4 pulak. Mintak2 minggu depan dapat lagi. Insyaallah
Entry ni bukan nak bodek2 Mr Bean Moreno atau nak bermegah2an. Entry ni cuma untuk korang jadikan panduan, dengar cakap mereka yang dah lama dalam Nuffnang, kerja kuat sikit, blogwalking kena banyak, rajin2 join apa2 yang Nuffnang anjurkan. Insyaallah dimana ada usaha disitu ada kejayaan.
I Love Nuffnang. 10Q Nuffnang
Award
Wah!!! terasa diri macam artis pulakkan, ramainya yang nak bagi aku award nie, so aku buat satu untuk semua yang dah bagi aku award okey?
Mereka2 yang sayang kat aku adalah
~ Dan aku yakin ada lagi yang nak bagi aku award nie,tapi anggapler aku dah jawab semua soklan tuh k~
Wah!!! Beautifull kah aku? anyway thks untuk semua yang bagi aku award nie k.
Ini adalah 7 fakta tentang diri saya....
1) Isteri terchenta Ahmad Syazwan
2) Kakak kepada Fasihah & Kema
3)Trying hard for a baby
4) No House debts (cash)
5) No Car debts (cash)
6) Ibu kepada Muhammad Izdihar Hafiy
7) Fasih berbahasa Sarawak dan bahasa Terengganu.
now, i want to tag 15 beautiful persons.....
My AnjerMy Sis Fasihah
My Sis Kema
Isza
Eny
Lily
Aina Chika
Eyenee
Wansteddy
Shapika
Kak Ina KL
BlueCity
Wanita Mutalib
Onniey
Lumut
Pandai vs Kurang Pandai
Jodoh pertemuan semuanya kehendak Pencipta, tapi kita juga diminta agar berusaha, bukan sekadar meletakkan semuanya pada jodoh, dan kemudia menyalahkan tadir jika berlaku kegagalan dalam hubungan itu.
Dalam zaman yang serba maju ini wanita dah semakin hebat, malah ada ramai wanita yang lebih hebat dr lelaki, bukan aku bermaksud merendah2kan lelaki, tetapi secara logiknya pun perempuan lagi ramai dari lelaki, so tak salah lah kalau aku katakan perempuan yang bijak lagi ramai dr lelaki. Tetapi kadang kala dalam pencarian cinta itu, tetiba korang akan bertemu dengan sesaorang yang sangat mempunyai 'opposite personality' dari korang, so bagaimana korang nak menangani masaaalah ini. Maksud aku tentang 'opposite personality' disini ialah, contohnya :
- Korang sangat adventure, tahu banyak benda, tetapi pasangan korang naif dalam banyak hal, termasuklah soal barang2 yang branded, soal makan2 ditempat yang hi-class, segi pemakaian dan lain2
- Korang tergolong dalam golongan yang bijak/cerdik tetapi pasangan korang dalam kategori sebaliknya
- Korang sangat suka melancong / berjalan sebaliknya sidia bukan tak suka, tapi ada rasa rendah diri kerana naif tentang banyak benda
- Korang sangat berfesyen, sebaliknya sidia hanya biasa2 aje, malah lagi teruk jika disuruh sidia menggayakan baju untuk ke pasar malam dan dinner, sidia tak dapat nak membezakan.
- Agaknya kalau dibawa ke western wine & dine restaurant lagi teruk bila sidia tak dapat nak bezakan apa itu medium, row medium, well-done.
Itu diantaranyalah. Jika korang jumpa pasangan seperti diatas, tetapi hati dah terpaut adakah korang akan menukarkannya jadi seperti korang? atau dalam kata lainnya mengajar dia agar jadi lebih cerdik dan terbuka? atau membiarkan dia dengan 'kekurangan'nya itu atas alasan korang tak kisah, wal hal dalam hati korang ada sekelumit rasa tergugat andainya pasangan korang tuh bijak nanti, mungkin peluang untuk sidia mendampingi org lain lagi terbuka luas. Sanggupkah korang meneruskan kehidupan dengan sesaorang yang tidak bijak hanya kerana menjaga kepentingan korang agar tidak kehilangannya? Apakah topik perbualan korang berdua bila bersama, andainya banyak benda yang tidak boleh disembangkan? Tidak malukah korang bila membawanya dalam majlis bersama kawan2 korang andai dia tidak boleh nak berbual tajuk & topik yang disembangkan( tambah teruk kalau pasal benda yang dia tak tahu & dia memang tidak tahu byk benda), sanggup ker korang pergi kemana2 sahaja, korang harus bergantung pada diri sendiri seperti membuat tempahan hotel sebab sidia tidak tahu bagaimana mahu menempahkan hotel, order makanan kerana banyak sebutan2 makanan yang sidia tidak pandai menyebutnya, kalau ke luar negara korang yang harus berkomunikasi memandangkan sidia tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa mereka.
Kalau ini yang berlaku pada aku, aku tak sanggup nak hidup dgn pasangan yang kekal dengan 'kekurangannya' itu. Aku akan cuba yang terbaik untuk ajar sidia agar jadi lebih terbuka, agar lebih cerdik agar aku boleh bergantung dgn sidia, berbanding dgn sidia bergantung dgn aku. Aku perlukan pasangan yang aku boleh sembangkan apa sahaja topik, aku perlukan sesaorang yang cerdik, boleh berfikir, mahukan kehidupan yang lebih maju, agresif, pandai membawa diri dan yang paling penting sidia 'JANGAN MEMALUKAN AKU'
<<<<<<---------- sebab aku tak sanggup nak jadi macam ni
Tanggang era 2000
Ibu....
Engkaulah ratu hati ku...
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Mendengar lirik lagu diatas apa yang muncul dalam pemikiran kita? Tentunya tentang Ibu. Ibu membawa maksud wanita yang melahirkan dan membesarkan anak yang dilahirkan. Tapi dalam zaman serba maju ni, dengan teknologi yang serba canggih ini, perasan tak korang ramai antara kita menjadikan teknologi itu sebagai pemisah antara kita dan ibu kita. Kenapa aku cakap mcm 2?
- Handphone - kita gunakan hp untuk call Ibu kita, walaupun setiap hari, tapi kita lupa dalam sekeping hati seorang Ibu itu mengharapkan dapat melihat seulas bibir anaknya bergerak berbicara, bagi kita mungkin sudah cukup sekadar berbicara di dalam telefon tapi kita lupa hati Ibu, dia merindui anaknya lebih dari itu. Sms- Dengan teknologi ini jugak kita sms mereka bertanyakan khabar, cuba fikir, cukupkah merawat kerinduan seorang ibu hanya dengan tulisan2 kaku itu? Lagi teruk dengan MMS, G3, dia main hantar gambar dengan video call je! Apa korang fikir cukup ker?
- Computer - Yang ini lagi melampau tahap dewa, bagi yang duduk luar negara oklah acceptable, ini bagi yang duduk dekat, sorang KL, sorang Kelang. Bayangkan jumpa ibu hanya melalui webcam? Apakah perasaan ibu itu bila tak dapat nak menyentuh anaknya, membelai anaknya? korang tau tak? bagi seorang ibu, walau setua mana pun anaknya itu tetap kekal 'baby' padanya?
Cuba letak diri korang kat tempat seorang ibu? apa perasaan korang semua andai anak2 korang melakukan hal2 sedemikian pada korang? Apa korang nak jadi cam si tanggang @ malim kundang ni ker?
v
v
v
v
v
Pesanan pada yang lelaki
- Selalu2 lah balik tengok ibu korang, syurga korang kekal dibawah telapak kaki ibu
- Ingatlah tempat pertama dan ke2 dalam hati tu milik ibu korang, kalau ada isteri letakkan kat tempat ke3
- Izinkan isteri korang balik tengok ibu dia, walaupun syurga dorang terletak kat bawah tapak kaki korang (suami), tapi korang kena ingat tanpa ibu yang melahirkannya, korang takkan dapat pasangan korang pada hari ini.
- Berilah pelukan dan ciuman pada ibu korang. Ini satu lagi yang aku perasan, anak lelaki sangat susah nak peluk cium ibu dorang! kenapa ini berlaku? sudah lupakah korang tentang belaian ibu korang masa korang masih kecil?
- Bagi hadiah @ duit pada ibu korang.Untuk pengetahuan korang ibu korang memang tak harap semua ni, cuma ambil lah hatinya,dan sebagai tanda penghargaan korang kat dia, selepas beribu duit dia habiskan untuk besarkan korang, susah ker nak hulukan setakat RM 100 sebulan pada ibu korang. jangan terlambat macam cerita Malim Kundang @ Tanggang sudah, bila kapal2nya menjadi batu. takkan korang nak tunggu duit dan harta2 korang menjadi batu jugakkan.
- Ucapkan terima kasih pada suami bila suami bagi kebenaran korang balik ziarah ibu korang, kerana kalau suami tak izinkan, korang tak boleh balik walaupon saat itu ibu korang tengah nyawa2 ikan
v
v
v
v
v
v
v
Pesanan pada yang perempuan
- Jangan cemburu bila suami sayangkan ibunya lebih dari korang, korang patut bangga, sebab dia ank yang baik, Cuba korang fikir logik akal macam ni, kalau dia boleh sayang korang lebih dari ibunya yang dah mengandungkannya selama 9 bulan, melahirkannya dgn penuh kepayahan, membesarkannya dengan penat dan jerih dia boleh tumpahkan kasih lebih kat korang melebihi ibunya, tak mustahil dia jumpa wanita lain, dia boleh tinggalkan korang yang hya beberapa tahun aje hidup dengannya. so fikirlah sendiri yer!!!
- Hormati Ibu mertua seperti ibu korang sendiri.korang kena ingat syurga suami korang kekal dibawah tapak kaki ibunya, takkan korang nak tengok insan yang korang cintai menjadi penghuni neraka?
- Jika suami korang jenis yang tak ambik kisah mengenai ibunya, jgn korang berseronok pulak, tapi nasihatkan dia balik jumpa ibunya, ingat2kan dia agar selalu bertanya khabar ibunya.
- Peluk cium ibu mertua korang macam ibu korang sendiri sebab kalau tak ada dia, korang tak ada pasangan korang sekarang. Takkan korang nak suami korang jadi macam si tanggang @ Malim Kundang?
v
v
v
v
v
v
v
Walaupun mungkin cerita si Tanggang @ Malim Kundang ini sekadar dongengan, apa salahnya kalau korang ambik moral of the story? pengajarannya disini ialah korang jangan sesekali derhaka pada ibu. bayangkan jika ibu korang tak halalkan walaupon setitik dari susunya yang korang minum? Ishhhhh tak mo pikir lah.takut!!!!
So jadilah anak yang baik, kerana seorang anak yang baik hidupnya selalu didalam doa ibu, dan doa ibu itu adalah doa yang di makbulkan
Cuci telur sebelum masuk
Apa yang korang pikir? ishh telur pun kotor tau!! Apa korang ingat mentang-mentang dia specis telur so tak payah cuci lah erk? kadang2 najis pun melekat kat telur tau. so baik korang cuci telur korang
No Sweat
Hari ni banyak sangat yang perlu diselesaikan, Since Mr Hubby bercuti dan ada beberapa urusan dengan pihak Kerajaan yang perlu diselesaikan maka terpaksalah meninggalkan rumah seawal pagi.
Memandangkan sekarang ni musim panas, panas yang tahap boleh cair segala lemak dekat badan, tentu korang boleh bayangkan macam mana bau badan sekiranya tidak dilindungi oleh sesuatu yang mengandungi bahan aktif untuk melindungi bau-bauan tersebut dari menyerap ke lubang hidung orang lain.
Terutama bagi lelaki,mereka ni jenis yang kuat berpeluh dan bau badan cepat bertukar kepada bau yang sangat tidak menyenangkan. Jika beli prodak yang tidak mengandungi bahan 'anti whitening' akibatnya akan meninggalkan kesan keputihan pada baju.
Tapi segala masaalah tu aku tak perlu risau sebab dari awal lagi aku memang menyediakan Mr Hubby aku dengan Deodorant Adidas Action 3 Fresh. Mr hubby memang suka yang jenis 'Fresh' kerana:-
Deodorant Adidas Action 3 Fresh
- Mengawal peluh selama hampir 24 jam
- Dengan system penyerapan berteknologi baru bagi mengawal kelembapan
- Dengan bau-bauan yang meninggalkan rasa sejuk, yang akan menjadikan anda terasa seperti baru selepas mandi walaupun dalam keadaan cuaca yang panas, dan ia pasti akan membuat anda berasa selesa dan segar sepanjang hari
- Anti keputihan - mengawal dari meninggalakn kesan putih pada baju anda
- 0% alcohol & telah menjalani ujian PH
Dengan Deodorant Adidas Action 3 Fresh ini, saya boleh bermanja & kekal mesra bila-bila masa dengan Mr hubby, tak payah lah nak jalan jauh2, secara tak langsung ia mengekalkan hubungan intim pasangan. Ini kerana dengan Deodorant Adidas Fresh saya tak perlu
v
v
v
v
v
v
Menutup hidung seperti ini lagi!!!
Terima kasih kepada Deodorant Adidas Action 3 Fresh. Saya akan selalu dan kekal menggunakannya.
Auto show
Aduh!!! dah seminggu dah patutnya entry ni dikuarkan, cm mana boleh lupa erk?? bkn lupa tapi malas nak upload pic. Ni pun harapkan Mr Hubby yang uploadkan. Kalau harap aku nampaknya tahun depan jer lah yer....
Actually tak plan pun nak pergi Auto Show ni. tengah pusing2 tanpa tujuan lalu pulak kat stadium shah alam tu, maka ternampaklah Auto Show ni, Mr Hubby pun apa lagi, mestilah nak g tengok. So sempatlah mengsnap pic2 ni walaupon lupa nak snap pic sendiri...huhuhuhu












































