.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

12hb Mac 2011

25 tahun yang lalu, pada tarikh ini, sepasang suami isteri En Ahamad Pauzi Abd Jalil dan Puan Wan Nor Azizah Ton Ali tersenyum bahagia menyambut kelahiran putera sulung mereka. Lantas bayi lelaki itu diberi nama Ahmad Syazwan.

Dan sekarang pada tahun 2011, sudah masuk 5 kali aku meraikan tarikh tersebut. Ya inilah tarikh kelahiran suami ku yang tersayang. Seperti entry aku yang sebelum ini, hadiah Mr Hubby telah aku serahkan pada 1 Mac yang lalu, kerana setiap tahun aku tidak pernah memberi hadiah pada tarikh yang sebenarnya, selalunya aku akan bagi awal, walau bagaimana pun, pada tarikh ini, aku masih lagi keluar makan, dan memberi ucapan. Kali ini, disinilah kami meraikan tarikh keramat ini.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Birthday Dinner at Bora Asmara

Tempat ni suasana dia mmg sangat romantik. Bora Asmara berkonsepkan bali, cuma diterangi oleh lilin(candle light dinner), sesuai untuk jamuan makan malam yg romantik. Dengan alunan mizik sunda, berada di Bora Asmara terasa seperti berada di sebuah spa yang amat menenagkan.



Inilah dia pemandangan hiasan dalaman di Bora Asmara..romantikkan, suasana suram denagn lilin2 sebagai penerang.

Kepada sesiapa yang merancang untuk makan malam secara candle light dinner, korang bolehlah cuba datang kat sini, Food? oklah not bad, ada western ada malaysian food, dan aku kesini bukan sebab food sangat pun, its more on nak rasa suasana yang damai, dan tenang. Dan memang ianya sangat tenang.

Untuk suami tercinta, Bby minta maaf, turun jer  flight dari Manila, abg dh terus dibawa kesini. Mesti penatkan.huhuhu sowee!! dah tu siapa suruh abang g Manila masa Birthday abg kan..hakhakhak..bby tak kira, bby nak gak celebrate!!~~!!

 

Happy Birthday Mr Hubby

HAPPY BIRTHDAY TO YOU & I LOVE U

Selamat menyambut bulan kelahiran. Yeah 12hb Mac ni usia abang genap 25 tahun. Tapi seperti selalunya Bby memang tak suka sambut pada tarikh tersebut. Kenapa?? rasanya abg pun tahukan kenapa!!
Bby lebih suka sambut awal2 bulan. Dan seperti biasa setiap tahun pasti ada kejutan buat abang. Cuma tahun lepas kita tak meraikannya dengan gilang gemilang ..hahahah cewah~~cewah~~.

Sebagai menebus hadiah tahun lepas, tahun ni bby memang sgt2 menantikan bulan Mac....Tak sabar nak sambut hari dimana cinta hati baby dilahirkan...bermula dari akhir bulan Feb bby dah mula survey hadiah abg, tak tahu nak bagi apa. semua abg dh ada. nak belikan abg apa yer. Puas di catu-catukan akhirnya bby ambik keputusan membeli ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kenapa Bby pilih jam untuk abg? kerana ia melambangkan waktu. Apa kena mengena waktu dan masa dgn abg? ooohhhh sangat banyak!!

1- Kerana selama mana WAKTU beredar, kasih sayang kami masih seperti dulu, malah semakin kuat 
2- MASA-MASA yang pernah kami lalui satu masa dulu yang menjadikan kami hari ini
3- SAAT-SAAT bersama suami tercinta adalah diantara saat yang paling membahagiakan
4- Jam ada 12 pusingan, hampir sama dgn perbezaan usia kami 11 tahun
5- Kerana setiap DETIK dan WAKTU aku mahu dia pahatkan kasih sygnya pada ku

v
v
v
v
v
v
v
v

Hadiah buat suami tercinta -Guess special 25th  Edition



Terima kasih kpd gadis ini yang sgt2 banyak membantu aku sewaktu berada di butik jam tersebut



Cash ok!!! bkn bayar dgn credit card Hubby aku, sbb ni hadiah utuk dia, x adil pakai duit dia kan


Cuma ini yang aku mampu aku berikan sempena ulangtahun buah hati kesayangan aku ini....Semoga hadiah ini akan selalu membawa makna untuk dirinya. Sepertimana jam ini akan selalu berada di tangannya, harapan aku, semoga aku juga akan selalu dihatinya.

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran sayang. Terima kasih kerana sgt2 menyayangi baby....... sgt2 menjaga baby.......sangat2 menyintai baby.......... terima kasih sekali lagi sayang


Aduh.....aduh......aduh......aduh......

Bangun pagi elok jer sihat-sihat. Tak sakit. Tetiba masuk pukul 11am, gigi sebelah kanan bawah (gigi taring) dh mulla rasa ngilu dan berdenyut. Bukan main sakit lagi. Bila gigi dgn gigi bertemu pun mak aihh sakitnya tuhan jer yang tahu mcm mana. Tak sanggup nak bayangkan dan ceritakan.

Akhirnya gigi yang sakit ni terpaksa aku buang. Mula-mula ingat nak ke klinik yang sama masa aku buang gigi bungsu aku hari tu, sayangnya klinik tu tutup (cuti Maulidurasul). So nak tak nak aku terpaksalah cari mana2 aje klinik gigi yang buka. Sampailah aku TTDI JAYA, Klinik Gigi Indra. Bila dah register, terpaksalah aku tunggu 40 minit sebab ada patient lain yang buat scalling. Dalam keadaan sakit nie terppaksa jugak aku tunggu, kalau tak mengenangkan kesakitan ini, dah lama aku angkat punggung. aku memang tak sabar bab-bab nak tunggu nie.... 

Akhirnya gigi yang sakit tuh tercabut juga, malangnya ia tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan biasa, ia harus dipotong, dan gusi aku harus dijahit.


Inilah rupanya gusi aku bila sudah dijahit


Rupa gigi aku yang telah dicabut


Aku dah ada 2 koleksi gigi yang dicabut :D

Disebabkan gigi ini tidak dicabut secara biasa, pembedahan kecil harus dilakukan, maka harga cuti am juga termasuk, maka terbanglah RM 125.00


 

Natasha | onetasha buka business BATIK MALAYSIA

Terkejutkah bila mendengar cerita tentang Natasha @ Onetasha buka business batik? kenapa? x percaya kah? ishkkkk. Korang ni kalau sekadar cerita memang korang tak nak dengar kan, nak jugak suruh aku bagi bukti. Ingat tak ada bukti ker ha? Meh aku nak tunjuk bukti yang nyata.



Inilah batik pertama hasil kerja ku

Inilah hasil kerja ku yang pertama.  Sebenarnya aktiviti melukis batik ini aku lakukan di pagi minggu dengan suami tercinta. memang sangat menarik bila berpeluang mencanting dan mewarna batik. Satu pengalaman yang sangat best. Tambah bila kita berpeluang memilih dan melukis design kita sendiri. Aku pastinya memilih corak abstrak dengan tulisan ONETASHA.



Inilah dia hasil canting sebelum di warnakan


Proses mewarnakan batik


Onetasha yang telah dibatikkan


Hasilnya

Dan tahukah korang apa maksud "batik"? batik adalah perkataan jawa, yang membawa maksud lukisan lilin/ lakaran lilin.Dan tahukah korang bagaimana untuk mengenali batik asli atau tidak? Cara2nya adalah dengan melihat dibahagian depan dan belakang kain, sekiranya tone warna kain tersebut sama dan tidak pudar berbanding yang dibahagian depan, ini menunjukkan bahaga batik itu adalah batik asli, sekiranya tidak, ini bermakna batik itu adalah 'cetak'


 

Mungkinkah 1/11/2011 tragedi itu akan berlaku?


Tragedi......... 
menyebut tentang tragedi, pastinya ia sesuatu yang amat menakutkan. Mungkin kah 1/11/11 ini akan berlaku sesuatu? Korang percaya ker pada tilik nasib? Sebagai org islam, mempercayai tilik nasib itu dh jatuh hukum haram, so jangan percaya. Cumanya aku nak tunjukkan SATU KEAJAIBAN yang akan berlaku pada tarikh ini.


Cuba korang tuliskan tahun kelahiran korang. Contoh korang lahir tahun 1980 dan sekarang umur korang 31, cuba korang campurkan :-

80 + 31 = 111

sekiranya korang lahir pada tahun 1986 dan sekarang umur korang 25, cuba korang campurkan :-

86 + 25 = 111

pendek kata sebarang tahun kelahiran jika dicampurkan dengan umur korang pada tahun ini, maka jumlahnya pasti 111.

Ajaibkan????? cuba korang kira, dan tengok dapat tak 111? kalau tak dapat maknanya korang kena tunggu 3 jumaat lah tu...agagaggagagagagaagga






 

Kebahagiaan

Bahagiakah aku dengan kehidupan ku kini? yer !!!! sangat-sangat  
Aku bahagia kerana dikurniakan satu kehidupan yang sederhana, namun lengkap, tiada kekurangan. Lengkap dan sederhana itu menjadi impian aku sejak dulu lagi. Mungkin saje ada yang akan menunding jari mengatakan aku cuma menulis sebegini, namun jauh di sudut  hati aku mahukan sesuatu yang lebih. Siapa yang tidak mahukan kehidupan yang lebih baik, namun aku sudah sangat2 bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada saat ini.

Di saat orang lain sibuk mencari pinjaman untuk membeli  rumah/ menyimpan duit bagi membayar deposit rumah, aku diberikan rezeki memiliki rumah sendiri yang tidak berhutang lagi. Rumah atas nama aku sendiri. TUNAI!!! (ni penting). So aku tak perlu sakit kepala nak pikir mana nak cekau duit nak bayar bank, mana nk cr bank nak buat loan, nak sediakan dokumen nak buat loan, nak sewa rumah, nak bayar sewa, sampai masa tuan rumah nak rumah, kena cari rumah lain, pindah lagi. Ishk tak berkesudahan.



My chenta hati ku


Di saat orang lain masih terkontang kanting membayar kereta, alhamdulillah kami berdua dianugerahkan dengan sebuah kereta, walaupon kereta yang cuma bernilai 16k, namun yang penting kereta ini jugak tiada hutang. TUNAI!!! so kami berdua boleh tido lena tanpa memikirkan kalau ansuuran bulanan gagal di bayar mana nak sorok kereta, mana nak cari penjamin, nak jamin pinjaman, mana nak cr deposit nak bayar booking kereta.

Yang paling penting, walaupon ini perkahwinan ku yang kedua, namun aku BAHAGIA, sebab ....
Aku tak perlu kongsi-kongsi. Lelaki yang aku cintai dan lelaki yang menyintai aku adalah hak aku, bukan berkongsi kasih dgn org lain.

Aku bahagia, walaupun banyak dugaan yang mendatang, suami tercinta tak pernah membiarkan aku sendirian menghadapi segala ini. Dia sangat2 memberi aku segala kekuatan, dan tak pernah membiarkan aku tenggelam  kesaorangan. Untuk apa sekali pon, dia selalu ada bersama ku :)

Sejak detik 21 Dec 2010, segalanya telah berubah:)... dari tarikh ini, dia sangat2 mem'permaisuri'kan diri aku, segala kehendak, segala keinginan, tiada ayat TIDAK dalam kamus kehidupannya, Terima kasih sayang atas segala2nya...






Natasha menjalani operation


Gambar2 gigi yang cukup buat aku terasa ngilu

Pernah tak korang hadapi masaalah kesakitan gigi atau lebih parah lagi kalau gigi yang sakit itu adalah gigi bongsu atau lebih dikenali dgn nama 'wisdom tooth'? Aku tak pernah terfikir yang aku akan melalui saat2 kesakitan ini.sangat sakit ok!!

Disebabkan sakit yang amat sangat aku telah ke klinik gigi pada 7hb Januari 2011. Pergi sorang2 dalam keadaan sakit gigi itu memang sangat menguja kesabaran aku, manakah tidak, dengan jalam jem, dengan parking yang susah. Setibanya aku di klinik gigi, Doc memeriksa keadaan gigi aku, dan seperti yang aku duga gigi ini memang tak dapat nak diselamatkan lagi.

Inilah rupanya gigi aku sebelum di cabut.... (gigih masukkan HP dalam mulut..hahahahha)


Sebenarnya ini bukan kali pertaa gigi ini sakit, seingat aku sudah hampir 7-8 tahun aku menahan sakit yang sekejap datang sekejap hilang. Bila sakit aku ke klinik, doc bagi antibiotik dan pain killer, bagi aku temu janji untuk aku buang gigi aku, dan selalunya lepas semua ubat habis, sakit pon hilang dan aku mulalah melupakan hasrat nak buang gigi tersebut. Sebenarnya aku takut!!! grkkkkkkkkkkkk!!!~~~ menurut kata doc nak buang gigi ni bukan menggunakan kaedah biasa mencabut gigi, sebab dia tumbuh senget, so kena di belah/operation, bila dengar yang tu lah yang buatkan aku cancel nak buang gigi tersebut.

Namun kesakitan yang aku alami, menjadikan aku tekad untuk buang gigi bungsu sebelah kiri aku nie, aku sudah tak mampu nak bertahan lagi. maka setelah diperiksa dan diberi antibiotik, aku diberi satu tarikh untuk aku jalani pembedahan gusi bagi mengeluarkan gigi bungsu aku. Tarikhnya ialah 28 januari 2011.

 Sementara menunggu gusi aku cukup kebas, 20 minit itu tidak disia2kan begitu sahaja.

Pada tarikh yang ditetapkan aku pon pergilah, bukannya sorang, Hubby aku ada jer menemani aku, dia yang drive, sanggup dia ambik cuti untuk aku, terima kasih sayang... dan aku juga ditemani jururawat peribadi aku, cik shakilla. Apa lagi, aku telah di berikan 5 bius bagi mengebaskan gusi dan mulut aku bagi memudahkan doc membelah dan menyiang-nyiang gusi aku cam siang ayam dan ikan.agagagga. Selepas bius aku dikendaki untuk menunggu selama 20 minit, ini sementara menunggu ubat yang diberi benar2 mampu mengebaskan kawasan yang di bius. Semantara menunggu 20 minit itu berlalu maka aku dan jururawat aku sempatlah bergambar.

Selesai 20 minit, aku dipanggil masuk, bermulalah kerja2 doc menyiang gusi aku bagi mengeluarkan gigi yang telah memberi aku satu penderitaan yang teramat sgt.


Doc yang sedang memotong gusi aku.

Bila masuk jer, diperiksa sekali lagi, bius yang diberi tak cukup kuat untuk aku, maka aku diberikan 3 lagi bius, menjadikan semuanya 8 bius, mulut aku lak dah rasa senget sebelah.hahahaha. selepas bius yang kelapan apa lagi....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Inilah hasilnya..................TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


Gigi aku telah berjaya dikeluarkan setelah separuh gusi aku di belah



Aku keluar dari bilik operation dengan senyuman yang memanjang (almaklumlah, bius masih ada lagi, so tak ler terasa sakinya lagi kan)




Dan inilah dia gigi ajaib itu :P

Dan yang paling mengejutkan aku ialah :- Operate sebatang gigi cam nie duit incik hubby telah terbang sebanyak RM 1200 :P sian incik hubby. Kenapa mahal sangat erk harga dentist la nie??


Jom layan Video ni..tengok bagaimana gigi bungsu dikeluarkan






 

Wajarkah duduk dengan mertua?


Duduk serumah dengan mertua selepas kawen? patut kah ini berlaku?? Terutamanya kepada perempuan yang terpaksa duduk dengan mertua, kalau bagi menantu lelaki kena duduk dengan mak mertua mungkin tak banyak konflik kan? sebab menantu lelaki tak banyak masaalah dengan mertua..( kecuali lah kalau korang senasib dengan kassim selamat) agagagaggagaga.

Tapi bagi perempuan yang terpaksa duduk dengan mak mertua ni aku rasa kurang sesuai. Kurang ker??? ishkk rasanya tak sesuai langsung kot.  Macam mana yer perasaan mereka yang kena duduk dengan mak mertua? aku tak dapat nak bayangkan sebab aku tak pernah berada di dalam situasi itu, tapi rasanya mesti susah kan. Kalau pon korang ni menantu kesayangan dan menantu pilihan, pastinya tak ada masaalah mertua cari pasal, tapi tetap tak best sebab tak ada privacy kan. (nak mandi berdua pon segan ) tambah kalau dalam bilik korang tak ada bilik air. agagaggagag ...keluar bilik air rambut basah2...lepas mandi junub... ishkkk malunya...

Tapi kenapa situasi ini harus berlaku. Dalam Islam sendiri menyuruh duduk berasingan selepas berumahtangga. Aku rasa diantara sebab-sebab kenapa ini berlaku ialah:-


  • Si suami ialah " mom's boy ". Tak boleh jauh dari bawah ketiak mak
- Kalau suami  korang  jenis yang macam ni..jawabnya memang 'masak' ler korang. sampai mati pon korang kena duduk dengan mak mertua korang. Jawabnya memang tak ada privacy ler sampai mati
  • Si suami masih tak mampu nak sediakan kediaman untuk isteri
- Ini lagi tak masuk akal. Kalau tak mampu kenapa nak kawin kan? bukan ker menyediakan tempat tinggal adalah sebahagian dari tanggungjawab si suami?


  • Si suami mampu tapi nak berjimat cermat
- Ini lagi teruk, mampu kalau nak sewa atau duduk rumah sendiri, tapi memilih untuk duduk dengan mak dia sebab nak berjimat cermat. nak berjimat cermat tuh rasanya alasan jer kan, sebab kalau nak jimat sgt tak payah kawin sebab tak payah tanggung isteri.


  • Si suami bagi alasan nak jaga mak ayah dia
-Kalau mak bapak dia memang dah sangat tua dan uzur ok lah kan, tapi kalau masih kuat dan berdaya nak menjenguk anak cucu rasanya alasan kat atas tak boleh diterima pakai.


  • Si suami yang rasa selamat di sisi keluarga
- Suami yang jenis ni sebenarnya tak 'independant'. dia rasa tak selamat bila jauh dr keluarga. Dia rasa mcm dia tak boleh handle marriage dan life dia bila jauh dari keluarga. Dia takut isteri dia tak boleh jaga makan dan minum dia macam mak dia jaga.


  • Si suami yang kononnya tak mahu isteri bersendirian
-Ini sering terjadi bila suami kerja jauh / outstation/ offshore. Kononnya kesian kat isteri yang selalu kena tinggal sorang2. Padahal itu cuma alasan dia jer kan sebab kalau aku jadi isteri, aku sgt2 menghargai waktu sendirian aku, sebab masa tu lah aku nak berehat dan buat apa yang aku nak buat. Kalau duduk rumah mertua, sakit kepala/demam pun takkan nak terperuk dalam bilik kan.

Macam2 alasan lagi lah yang ada, tapi apa pun bagi pendapat peribadi aku, eloklah sediakan tempat kediaman bila dah berumahtangga. Biarpun rumah sebesar pondok durian, asalkan duduk berdua. Bukan dgn keluarga isteri mahupun keluarga suami, sebab pasangan suami isteri sgt2 memerlukan privacy. Dalam rumahtangga mana yang tidak bergelora kan. So kalau duduk dengan mertua bila ada jer masaalah susah nak diatasi masaalah tu, sebab takkan nak kurung diri dalam bilik berjam2, nak bertegang urat dgn suami? nanti mertua cakap apa?

Bila nak keluar berjalan (honeymoon) terhad, takkan nak cuti selalu2? nant mertua korg cakap apa plak kan, tambah bila dia mintak duit kat anak dia, anak dia kata tak ada duit, tapi bwak isteri berjalan ade jer pulak budget. Kalau nak keluar dating balik jauh2 malam pon susah kan, sebab apa kata mak bapak mertua kalau setiap ujung minggu anak menantu balik 4-5 pagi?

Nak manja2 lagi susah, nak baring2 atas riba pun nak kena jeling2 dulu, yelah takkan nak menepek dengan suami 24 jam, nanti mertua cakap apa? takkan nak mandi dgn suami berdua, tambah kalau bilik air tak ada dalam bilik korang. kalau ada bilik air dalam bilik tuh boleh lagi consider.

Nak hias rumah, nak masak, nak uruskan rumahtangga ikut cara dan kreativiti sendiri pon susah, sebab itu rumah mertua. Akhirnya korang yang akan makan hati

Lagi susah kalau bila suami korang tak pandai nak jaga 2 hati dalam satu masa.Boleh ker suami korang jaga hati mak dia dan hati isteri dia dalam satu masa?

Jadi aku rasa duduk denga mertua bukanlah satu idea yang bernas, dan aku bersyukur aku tak melalui pengalaman itu. Alhamdulillah sejak kawen lagi, kami duduk sendiri, dan alhamdulillah selepas 5 bulan kawen, kami dah beli rumah sendiri, walaupon kecik, ia syurga kami, tambah bersyukur kami tak pening2 nak mengadap muka bank untuk bayar rumah, sebab rumah ini kami beli cash. Tak payah pening bila tuan rumah mintak sewa, tka payah pening nak pikir bila nak pack barang nak kena pindah, so boleh tido dengan nyenyak.



 

Pojie Pooh sedang bercinta?




Berita panas ni bukan khabar angin tau!! ini berita benar. Tak percaya? aku tangkap pasangan ini sedang keluar berdating okeh!! Patutlah incik Pojie sangat bz sejak dua menjak ini, rupanya sedang hangat bercinta dengan gadis ini!!

Wow!!! mereka memang memiliki selera yang "class-class"... tempat mereka berdating juga susah untuk korang menemui mereka, almaklumlah, tempat tu penuh dengan pak arab-pak arab, tak banyak org melayu. Sungguh pandai incik Pojie mengatur tempat pertemuan agar hubungan cinta mereka tidak dapat dikesan.

Tapikan, selama mana lah orang gelemer macam incik pojie pooh tu nak sorokkan? akhirnya pasti dapat di hidu jugakan? korang nak kenal tak siapa gadis yang menjadi pujaan hati incik pojie?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Inilah dia pasangan yang sangat bahagia itu, semoga mereka kekal abadi hendaknya!


**Tetiba saya rasa nak buka kasut dan lari laju2 sebelum mereka berdua marah kerana saya publishkan kisah cinta mereka**




 

Januari yang ajaib | istimewa

Januari tahun 2011 ini sangat istimewa. Mungkin ramai yang tidak perasan kan, januari kali ini kita ada 5 kali hari sabtu dan 5 kali hari ahad. Dan kejadian ini cuma berlaku setiap 823 tahun. Wow hebatkan!!



Tapi ada lagi yang lebih hebat yang ramai tidak perasan. Apakah dia?
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini.




Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!


Psstt: Korang perasan tak?Azan subuh di kebanyakan tempat dilaungkan sebanyak 2 kali?

Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram — pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz “as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur)













   

Puas!!

Bila bercakap soal kepuasan, mampukah kita untuk memuaskan dan mengembirakan hati setiap orang? Mana mungkin, jika kita asyik nak puaskan hati ramai pihak, nak gembirakan hati ramai pihak, nak bahagiakan hati ramai pihak, bagaimana dgn hati kita? Mana lebih mudah? Memuaskan satu hati atau banyak hati? mana lebih mudah? mengembirakan satu hati atau banyak hati? mana lebih mudah membahagiakan satu hati atau banyak hati? Pastinya satu hati lebih mudahkan.. so apakata kita jaga dulu sekeping hati kita dari kita sibuk nak jaga hati org lain, sebab org yang kita cuba jaga hatinya itu belum tentu nak menjaga hati kita. Kalau dia tak bahagiakan kita pon tak apa, asalkan sahaja dia jgn menyusahkan kita. Pernah tak korang dengar kisah "Lokman Nur Hakim"? 

Situasi 1:- 
Satu hari Lokman ingin membawa anaknya keluar daerah, untuk mengajar anaknya tentang satu kehidupan, mereka membawa bersama mereka seekor kaldai. Dalam perjalanan itu yang agak jauh itu, lokman sangat kesihan dengan anaknya, makaa dia menyuruh anaknya menaiki kaldai itu, sementara dia pula berjalan dan memegang tali di leher kaldai tersebut, sampai di satu kawasan yang mereka lalui, lokman dan anaknya terdengar satu kata-kata sini "ish kurang hajar betul, anak dia duduk atas kaldai manakala bapa pulak berjalan kaki, apa punya anaklah mcm nie" Maka lokman menyuruh anaknya berjalan dan dia menunggang kaldai tersebut. 

Situasi 2:-
Sampai pula di satu kawasan yang mereka lalui, lokman tidak terlepas dari menerima kritikan, " sampainya hati bapa dia, dia sedap-sedap naik kaldai, anak dia pula disuruhnya berjalan" Maka Lokman mengambil keputusan untuk menunggang kaldai itu bersama-sama dgn anaknya, maka naiklah dua beranak itu keatas kaldai tersebut 

Situasi 3:- 
Sampailah lokman ke satu pekan lagi, maka sekali lagi ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati lalu mengkritik Lokman dan anaknya dgn kata-kata " tak ada hati perut betul dua beranak nie, kesian kaldai tersebut terpaksa membawa 2 oorg sekali gus" maka sekali lagi Lokman dan anaknya turun dari kaldai tersebut. 

Situasi 4:- 
Maka berjalanlah mereka berdua bersama-sama dgn kaldai. sehinggalah sampai ke satu lagi daerah mereka di kecam dgn panggilan bodoh. kenapa? kerana org-org disitu mengatakan "betapa dungu dan bodohnya dua beranak ini kerana ada mempunyai kaldai tetapi dinaiki, sebaliknya berjalan bersama-sama kaldai, kalau mcm itu baik x payah ada kaldai kalau tak tahu memanafaatkannya" Kesimpulannya :- Seperti yang aku katakan tadi, kita tak akan mampu nam puasakan, bahagiakan, gembirakan hati ramai pihak, so kita buatlah sesuatu untuk menjaga hati kita sendiri. Kerana menjaga sekeping hati sendiri lagi mudah dari menjaga banyak hati disekeliling kita.





Kenapa dengan Natasha?

Terlalu lama aku tak menulis, dan hari ni aku begitu merindui blog nie. Kenapa aku berhenti menulis? pastinya ramai yang ingin tahu. Yang penting bila aku berhenti menulis ini tidak bermakna aku berhenti dari menjalani kehidupan aku. Hampir 7-8 bulan aku tidak menulis dengan serius. Kenapa?


  • Aku takut, dengan menulis aku akan menyakiti hati banyak pihak, kerana  sejak kebelakangan ini kehidupan aku banyak kepada berkaitan dengan ramai hati. So aku ambik keputusan untuk mendiamkan diri. Kekadang bila kita luahkan dan org tak mengerti dengan luahan itu, mereka menyalah tafsirkan akan maksud yg ingin kita sampaikan.
  • Aku hilang semangat, hilang mood untuk menulis, bukan kerana aku tak ada pembaca dan peminat blog ini alhamdulillah boleh dikatakan adalah jugak, walau tak sehebat blog blogger2 terkenal.Kenapa aku hilang mood? entah lelr aku tak ada jawapan untuk itu
Kerana hilangnya semangat itu, banyak benda yang berlaku tidak aku tuliskan, diantaranya:-

  • 10 Julay 2010- Tarikh kelahiran anak kesayangan aku Muhammad Izdihar Hafiy
  • 1 syawal - Tak ada satu entry pon menceritakan tentang sambutan raya aku, walaupon sebenarnya tahun ini adalah raya yang paling meriah buat aku.termasuklah tiada cerita tentang keluarnya CHENTA dari hospital selepas kemalangan teruk.
  • Tiada juga entry sambutan Hari Raya korban dari aku
  • 21 December 2010- Tarikh keramat. Paling keramat. Cuma mereka yang betul2 terdekat dengan aku sahaja yang mengetahui rahsia di sebalik tarikh ini, dan aku bersyukur "sahabat baik" aku ada bersama aku pada tarikh ini sehingga segalanya selesai.
  • Tiada entry sambutan tahun baru dari aku
  • Tiada entry menceritakan tentang penambahan ahli keluarga aku? aku dah ada baby. Nak tengok gambar anak2 aku, nantikanlah entry2 aku selepas ni. Adakah kerana sibuk menguruskan anak2 maka aku sampai tak ada masa nak update blog? tak jugak. tak ada kena mengena langsung
Now terasa akan hati ini teramat merindui blog aku. Inilah laman kehidupan aku, inilah platform aku meluahkan perasaan, inilah cerita cinta aku. 

Natasha selamat kembali berblogging!!!




 

Cat contast@show | 19 December 2010 | PWTC






For the 1st time kucing aku masuk contest.

My Fabby

His in a contest cage

Fabby's being Judge



Habuk!!

Masuk sini untuk bersihkan rumah yang dah lama di tinggalkan. Ada momok ker kat rumah tinggal nie? hahah. Insyaallah akan menulis kembali. semuanya sudah kembali seperti biasa!!!



 

Bila aku rindu

bila aku rindu inilah yang terjadi.....
ku tatap..... 
v
v
v
v
v
v
v
v

ku tatap..... 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
dan ku tatap
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 





lama aku tak update blog..tetiba keluar entry sengal nie...hehehhehehe... ni permulaaan tuk aku berblogging ler nieee



 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM